Tuesday, January 25, 2011

Duit terpijak

Siang tadi pengembaraan mencari high chair Cik Aiyu bermula lagi. Setelah mendapat pengesahan daripada Cik Google, kami ke kedai perabot Ashley. Katanya ada high chair di situ.

Tapi, nampaknya kami ditipu Cik Google. Kedai tu takde jual high chair bayi. High chair macam ala kerusi dekat bar tu adelah. Cisss... tipah tertipu, tipu tertipah sungguh. Nak jadi cerita, kebetulan salah seorang consultant di kedai tu adalah kawan atas kawan Cik Abe. Dia pun baru dapat baby boy, muda 2 bulan dari Cik Aiyu. Apa lagi, first time daddies rancak la bercerita.

"Anak aku power. Dah boleh buat kegiatan A"

"Anak aku lagi power, dia boleh buat kegiatan B"

"Ehh.. tak... anak aku dah buat dah tu bulan lepas"

Hahahah.. takde lah gitu. Tipu aje. Diorang berbincang pengalaman menjadi bapa, macam mana nak gembirakan anak dan sebagainya. Tapi perasan tak, ada sesetengah mak bapak memang camtu. Suka bandingkan anak mereka dengan anak orang lain. Tak elok taaauu... lain orang lain rezekinya.

Anyway, nampaknya pencarian high chair Cik Aiyu berhenti setakat itulah.Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, kami beli online aje lah nampaknya. I lap you Amerika! Online shopping memang world!

On the way balik, kami singgah pergi peti surat. Sini peti surat berkelompok. Jadi kalau nak pergi amik surat, kenalah pergi depan rumah jiran. Dah jadi satu kerja pulak kan. Lelagi time winter ni. Kena bersiap sedia pakai jaket segala untuk meredah angin beku. Kalau dapat surat dari boipren lama famili takpelah, ni yang tak best selalunya yang dapat adalah bil-bil tertunggak.

Tapi, bukan hari ini.

:D

Hari ni mak nye dapat check! First time nih dapat check sejak berada di bumi Amerika. Pergh, macam buku The Secret dah. Hari-hari fikir dapat check dalam mail box, nanti satu hari kita akan dapat juga.

Ku dapat check dari Computershare, dividen share time kijo dulu. SLB ada sistem potong gaji untuk beli saham. Sebagai anak muda yang sedar dirinya pemboros, ku pun enroll lah. Simpanan terpaksa gitu. Lepas berhenti kijo, rupanya diorang ada kasi dividen atas saham tu setiap 4 bulan. Mak nye tak tau, selama ni diorang hantar check ke Libya. Hari tu bila tukar alamat, baru tau. Kira ni diorang hantar check-check tertunggak la. Siapa sangka, duit terpijak you.





Here comes trouble. Semalam dah berjaya panjat anak tangga pertama. Mula-mula ingatkan jiran yang naik tangga, rupanya anak sendiri. Nasib baik Cik Abe pergi check. Kalau tak, naya aje. Mak bapak dah bertambah pening, kena cari gate le nampaknya.



16 comments:

FaznFaz said... BALAS

weh, camener ko buat ah??? aku dulu tak dan nak setel pun duit saham slb. so, sekarang tak tau nak buat apa. nak contact saper eh???

afni+hafiz=dani said... BALAS

wah duit terpijak2 sungguh tu..hehe
comel la baby awk =)

nur easy said... BALAS

dah pandai nak naik tangga ya cik aiyu..

Madam Sooyaree said... BALAS

Eila,
Nanti e-mail la. Panjang ceritanya.. dan panjang telefon nya nanti :P

Afni Hafiz Dani,
Thank you dear :) Thanks for dropping by too :)

Nur Easy,
Baru satu anak tangga. Tapi dah kena berhati-hati lah kan, benda yang tak elok ni kejap aje kalau nak jadi

Jian said... BALAS

Hi!Can I have ur email add? I nak tnye psl saham SLB too..x tau cane nk setel kan..thanks!

ati_emylia said... BALAS

wahhhhh mak cik kayooolah nih.....

Madam Sooyaree said... BALAS
This comment has been removed by the author.
Cik Jannah said... BALAS

wah wah..
meh la share duet terpijak 2 mamacik aiyu.

hug n kiss cik aiyu tok saya ya.
chomel betol

Dinas Aldi said... BALAS

wahhh, dapat duit terpijak!

err, boleh beli udang mahal untuk dimasukkan dalam tomyam nanti, hehehe

marinahunny said... BALAS

rambut cik aiyu mmg mcm tu ke?

Anonymous said... BALAS

Marilah melabur Unit Amanah bagus tau...hehehe. Nama i Sally...

Kaseh said... BALAS

wahh duit terpijak rejeki tuhh... dear kaseh da lama cari buku the secret arr..

Fatt said... BALAS

durian runtuh! ini namanya rezeki dtg bergolek :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Jannah,
Boleh aje. Mai la sini, kita belanja dinner :D Insya allah kita sampaikan peluk cium itu, terima kasih :)

Dinas,
Udang tu kena makan jarang-jarang. Efek gatalnya amatlah kuat pada mereka-mereka yang sensitif ini

Marina,
Rambut Cik Aiyu memang ala mohawk gitu. Tebal di atas. Tepi tu banyak jugak rambut, cuma tak nampak sangat pasal warna kurang pekat

Sally,
Boleh aje, mari la hantar borang ke sini, hehehe

Kaseh,
Cuba cari di MPH. Saya dulu beli di MPH. Good book to boost up positive energy

Fatt,
Jauh datang bergolek tu, sungguh puas hati :D

Mama Kembar Tiga said... BALAS

comeinya cik aiyu!!!! geram!

Madam Sooyaree said... BALAS

Tq mama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...