Monday, January 24, 2011

Penat sangat

Yesterday's weather report:
Big sunny smile :)

Semalam cuaca adalah terbaik! Macam paham-paham aje kan, semalam adalah hari Ahad, yakni hari bersuka ria. Suhu naik sampai 0 degC tu! Untuk kami-kami di sini, itu adalah cuaca yang sangat indah. Selalu -15 degC gitu, jadi bila dah sampai 0 tu memang marveles! Mak siap tak zip jaket, amik feeling deruan angin. Haaa.. nampak tak betapa tepu nya sel lelemak ku itu, 0 degC pun boleh jalan-jalan tak zip jaket!

Jadi kami telah mengambil kesempatan untuk jalan-jalan cari kerusi makan. Nak jalan-jalan cari makan tak best kat sini, jadi kami cari kerusi makan. Bukan lah untuk kitorang, tapi untuk si kecik itu. Susah betul nak suruh dia duduk senyap waktu makan. Cuma berlaku pada minggu pertama, lepas tu dia dah mula tak reti duduk senyap. Suka sangat nak peluk orang, dengan pipi penuh carrot. Siapa jugak yang bajunya nanti warna oren? Mak nye ngan bapak nye jugak. Anak maintain bersih, pasal dia sapu baeekkk punya kat baju mak bapak.

Pusing punya pusing, kerusi makan idaman Malaya hati tiada. Ada jumpa 4 ke 5 kerusi di Walmart, tapi Cik Abe tak suka. Pergi kedai perabot pun tiada yang berkenan di hati. Susah jugak eh nak beli kerusi makan ni. Macam nak beli stroller dah peningnya.

End up kami tak beli langsung. Sebab ada orang tu dah penat.


Penat sangat dah tu. Esok kami cuba lagi.


20 comments:

FaznFaz said... BALAS

huda, sana takder ikea eh??? aku pernah beli kerusi makan papa&mama (betul eh brand nih????) tapi, lama-lama dia macam tak leh nak hold so, meja dia cam jatuh sket....

pada aku, kerusi ikea gak best sbb simple n murah, bila anak dah besar sikit pun takder laaa terseksa sgt nak masuk dalam tuh dgn tali berbelit bagai....

ati_emylia said... BALAS

aduhai cik aiyu....janji blh lelap mata..mana2 pun dia landing...

emy

Kaseh said... BALAS

wahhh rindunya nak g walmart... ciannya aiyu..keletihan..macma dia je yg g shopping hehe..

Madam Sooyaree said... BALAS

Eila,
Kawasan rumah aku takde Ikea. Kalau tak kompem tuju sana dulu!

Marliza said... BALAS

Huda kt msia ni it seems all restaurants ke cafes ke using ikea nye baby chair..i think its cmfy jgkla spacious for baby to move about qairyn ddk siap letak kaki kat atas mcm mem besar and it is safe la stkt ni...

Madam Sooyaree said... BALAS

Emy,
Asal sempat aje kan, hehe.. Penat sangat le tu.

Kaseh,
Itu tanda kena balik US ni :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Marliza,
I tengah survey2 ni. Kalau tak kena la beli online dari Ikea :D

Mummy ZaraZarif said... BALAS

ala..cutenye..

masyareta said... BALAS

baby aiyu soooo cute...(silent readers)...

Nanak said... BALAS

kami pun tengah cari kerusi makan baby Fredo..tp tak jumpa2 lagi..

Madam Sooyaree said... BALAS

Mummy Zara Sofea,
Thank you :)

HapposaiYoda,
Terima kasih, juga kerana sudi baca blog kita :)

Nanak,
Ku rasa sudah jumpa satu online ni. Kalau di kedai esok tak best, confirm online! :D

masyareta said... BALAS

aiyu remind me of my cousin's son...also anak melayu+omputih...

marinahunny said... BALAS

hohoho..sian cik aiyu sampai tertdo... hahaha

mummy adam said... BALAS

alahai comelnye cik aiyu keletihan!

Dinas Aldi said... BALAS

tu dia kesiannya cik Aiyu penat sampai terlentok tido tu!

Madam Sooyaree said... BALAS
This comment has been removed by the author.
Madam Sooyaree said... BALAS

HapposaiYoda,
Boy dia umur berapa? Botak tak? Ngehehe...

Marina,
Kesian kena dera berjalan, hehehe

Mummy Adam,
Thank you :)

Dinas,
Macam ayam dah kan rupanya, hihi

masyareta said... BALAS

x botak, hair ikut gen melayu (mommy rambut kerinting) tp size ikut omputih dad - besar...

lagi besar pada my 18mths daughter even dia baru 15mths...

plg best opahnye panggil 'putih' sbb putih all over (bak kata org bontot pun putih)...ye la kan dah nama mix omputih...

Unknown said... BALAS

salam..nanti jemput amik TAG ye..tq
:)

http://fadzren.blogspot.com/2011/01/tag25-random-thing-about-me.html

Madam Sooyaree said... BALAS

HapposaiYoda,
Hihih... dah gen begitu kan :P Cik Aiyu ni tah la, rasanya standard wanita Asia kot. Putih tu takleh cakap gak, pasal anak2 abang saya semua putih belaka!

Sue,
Terima kasih, nanti kita datang amik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...