Sebagai orang Asia sejati, sudah menjadi lumrah kalau kita merasa diri ala-ala ayam serama. Lagi-lagi kalau kita tinggal di negara yang purata warga mereka adalah tinggi belaka (I'm talking about you, fellow Dutch!!!)
Siapa tak suka kan, kalau dapat badan ala-ala Gisele Bundchen. Meletop you! (tuan blog still tak puas hati, apsal VS models semua masih hot walau sudah beranak-pinak)
Tapi toksah la nak tipu diri begitu. Gisele 5' 11" tu, kena pakai kasut 9 inci baru sama tinggi! Tu pun kalau Gisele tak pakai selipar Ipanema dia.
Hari ni kita nak kasi tips, macam mana nak rasa diri SENDIRI bertambah tinggi & kurus sedikit. Tanpa kasut stiletto merah untuk tendang Farid Kamil 5 inci, dan korset pilihan hati.
Nak tak? Nak tak?
Kalau nak, sila timbang berat & ukur ketinggian masing-masing di pagi hari.
Awal pagi tau, selepas proses perkumbahan (pergh, menangis cikgu BM ku) di tandas.
Ini kerana, manusia adalah paling tinggi dan kurang berat badan pada waktu itu.
Berat badan kita akan berubah dalam sehari, bergantung pada faktor pemakanan (dan pembuangan). Sebab tu kadang-kadang kita timbang 56 kg, kadang-kadang 57 kg (ehh... berat sape tu haa? :P).
Semasa kita tidur, badan akan melalui proses baik pulih. Cecair yang berlebihan akan disalur ke salur darah, lantas ke buah pinggang. Sebab itu selalunya apabila kita bangun pagi, kita perlu ke tandas untuk membuang apa yang patut.
Untuk ketinggian pula, semuanya adalah kerana graviti.
Tulang belakang mempunyai cecair yang mengisi ruang di antara disk. Apabila menjalani kehidupan seharian, tekanan dari berat badan kita akan menekan cecair ini, lalu sedikit sebanyak ianya akan terkeluar. Pada waktu malam, badan kita yang sedang melalui proses baik pulih akan mengisi kembali permata cecair yang hilang ini. Kita pun baring waktu tidur, jadi efek graviti adalah tiada pada tulang belakang.
The best part is....
Ini adalah berat & tinggi sebenar kita!!! :D
Jadi jangan risau puan-puan dan tuan-tuan, kita ni tak la berat & pendek sangat sebenarnya :D
P/S: Untuk timbang berat badan, adalah bagus untuk hanya memakai birthday suit anda ;)
11 comments:
gud info..dpt belajar science dgn cikgu madame sooyaree :-)
Lavender,
Kita pun baru tau, Cik Abe kasitau pagi tadi, hihih
I loveeeee timbang berat in the morning in my birthday suit sbb terasa sgt2 kurus, hehehhe.
My hubby kata nasib baik I pakai scarf, or else memang dia tak boleh jumpa cari I in lautan manusia yg tinggi2 ni. Sian dia, bini dia kemetot cuma 5 foot aje, hahaha...
Psst..you ada kasut stilletto 5 inci ke? ;-)
Hehehe... sama la kita! Oh well, I 5' 2", tapi tak banyak beza kan :P
Kasut 5 inci ada, tapi bukan stiletto lah ;)
T_T huhu. Memang menangis tgk body Gisele Bundchen.
Walaupun badan tak hot, tak tinggi macam Gisele Bundchen tu, (menangis lagi T_T ) - sepadan lah dengan suami yg tinggi seinci dua saja dari diri ini.
gud info... tq mommy cik aiyu ;-)
Amy,
Cik Abe kita tinggi 10 inci dari kita! Tapi elok la, senang nak kerah amik barang dalam lemari, hihihi
Akak Ratu,
Sama-sama :) Saya pun baru tahu, tu yang excited tu :P
wowowow..thx 4 sharing :)
i loikeeee timbang pagi-pagi. dahla tengah dok diet ni. haruslah percaya pada angka di pagi hari ni saja. hahahahha!
Nanak,
No problem :)
Nenektua,
Percaya kerana benar, hahaha
ooohhh camtuh eik.. ermm mmg biasa timbang pagi2..[pastu berkali2 selagi tak dapat no besh..hahaa
Post a Comment