Pagi tadi kami berdua bangun dengan semangat berkobar-kobar.
Dua-dua excited nak pergi Tyke Time. Ok, tipu. Sebenarnya mak nye yang excited lebih kot. Anak masih kecil dan tidak mengerti.
Sebenarnya dah lama nak bawak Cik Aiyu pergi bersosial, tapi biasalah, takde masa. Hahaha.. iye lah tu. Sebenarnya asyik bertangguh. Dasar pemalas. Kesian anak takde kawan.
Pagi tadi bila bangun, memang semangat nak pergi. Tapi dalam jam 8 pagi, salji pulak turun. Lebat pulak tu. Dalam hati aku, alahai, kesiannya Cik Aiyu. Dah berapa kali tertangguh, bila nak pergi cuaca pulak tak mengizinkan.
Tyke Time ni ada setiap Selasa & Jumaat, dari 10:00 ke 11:30 di Recreation Center. Sesi ni khas untuk kanak-kanak bawah umur 5 tahun. Kira waktu ni lah kanak-kanak boleh bersosial, sambil mak-mak (atau bapak-bapak) duduk tepi mengumpat bersembang.
Mula-mula aku cam dah patah semangat. Kira takde rejeki lah kau Aiyu. Tapi dalam pukul 9:30, salji dah berhenti. Tinggal hujan renyai-renyai pulak. Mungkin pasal hari makin panas, jadi salji sudah bertukar menjadi air.
Aku pun apa lagi, kasi Cik Aiyu makan cecepat, tukar bajur terus vrooommm... Kalau hujan berani sikit nak drive, tapi kalau salji ni kureng sket. Takde experience, takut masuk ke longkang pulak kang.
Lepas bayar USD1, kami pun melangkah masuk....
Antara mainan yang disediakan:-
Aksi Cik Aiyu di dalam dewan:-
Kebanyakan budak-budak yang datang dalam umur 2 tahun ke atas gitu. Semua dah tau berjalan, kecuali Cik Aiyu. Tapi ada 2 orang budak ni, suka datang dekat dengan anakku. Yang baju pink tu girl (duhh!), baju merah tu boy. Yang boy tu rajin layan Cik Aiyu. Cik Aiyu pun rajin mengekor dia.
Siap kena kiss lagi. Selamba aje kiss anak orang depan mak sendiri.
Yang girl tu kasar sikit. Dia nak kiss Cik Aiyu, tapi dia tarik leher anak aku, pastu tekan kepala Cik Aiyu ke lantai. Nasib la member bukan bangsa cepat menangis. Lepas tu duk tarik-tarik seluar Cik Aiyu bila kawan tu tengah merangkak. Cik Aiyu pun nampak rimas dengan girl tu, tapi dia layankan saje.
Ni aku bawak diorang pusing dewan dalam kereta sorong.
Dalam jam 11:00, Cik Aiyu dah mula merangkak ke arah aku. Sebelum tu nan hado, dia buat tak nampak aje. Bila aku suruh dia main lagi, dia mula merangkak sambil kepala menyondol lantai.
Iye, mommy faham awak dah mengantuk.
Jom balik.
Tak sempat sampai rumah, dia dah tido dalam kereta. Selalu bila kita angkat masuk rumah, dia akan jaga. Tapi tidak tadi. Jaket pun tak sempat nak bukak.
Sejam kemudian, baru terjaga.
17 comments:
so sweet laa korang bonding time for mother n daughter..go cik Aiyu go! 9 more days to go!! :)
luas kawasan jajahan ni. 4 sure cik aiyu lotihhh..hehe cute
aahhh comelnye dia tido terlentang camtu.penat sgt lah tu bawak jln2.saya pun kalau cuti dan tak ke-mana biasa bawak anak buah gi giant ada playground kat sana n kasi dia lari2... balik dia penat then tido...
penat sgt la tu tido gitu ghope
hheee... cumilnya... tido ngan puting eks... :)
Alice,
Sejak berdua ni, rajin pulak layan kerenah dia. Dia pun baik lately ni, kira present le :P
Nur,
Memang luas, gigih dia exercise 40 minit!
Syima,
Ni tido siang terlentang, kalau malam macam orang sujud stail tido dia. Rajin awak bawak anak sedara jejalan, mesti auntie feveret :D
Nisha,
Ni pun spesis kau masa kecik, tido macam nak bergusti
Mama Yana,
Selalu waktu tido dia takde puting, tapi kita standby letak tepi tangan dia pasal tengah2 tido tu mesti dia cari
alolo..bestnyer aiyu play2 kat situ. paling comey tgk die tdo last sekali tu..gerammm.
Nampak letih sangat tuh! Comey je tido..
haa tu dia penangan bersosial, letih sakan tidor tak sedarkan diri, kahkah! bayar USD1 ja, ok la eh?
Alolo.. Penatnya main eh. Sampai lena tertido mcm tu. Hehe.
Bagus betul ada tempat utk anak bersosial. Kat sini mcm ada playground dlm jusco tu kan. Tapi ramai budak2 beso. Kang kena buli plak anakku. Hehe.
masuk je blog nie, takde ayat lain..baby tu memang comel! hehe
cer ko bawak pi swimming pulak, confirm flat! dapat la ko 2-3 jam nengok movie, cer try, hehehehe
Elin,
Kita rasa dia pun suka ke situ. Tido terkangkang, hehehe
Shiera,
Memang letih sangat tu. Elok la, exercise!
Dinas,
Nasib baik tak sedar diri as in tertido, kalau tak sedar diri yang lagi satu, bahaya! Yup, itu macam local recreation centre, tu murah
Amyz,
Itulah, kena sarankan kerajaan untuk buat kan. Khas untuk budak-budak bawah 5 tahun. Kalau campur budak besar confirm kena buli
Sandra,
Thanks dear :) Mak nye tak comel ke, hahahaha
Lurpak,
Bapaknya cakap nak ajar anak swimming masa dia umur 3-4 tahun gitu. Tunggu lagi 3 tahun la aku nak tengok movie dalam keadaan aman, hahaha
amboi. dah ade yang berkenan ye? ok sila suruh dia kumpul duit hantaran banyak-banyak. cepat mak dapat menantu. hehehe
So cute.
teros ketiduran.....kepenatan...
=)
terkangkang haaa...
wah, cik aiyu kuak lentang le.hahaha ade bakat jadi perenang negara ni.
Post a Comment