Sunday, August 21, 2011

Menu si kecil

Haaa... dah tido pun si kecil kita.

Tak tau la dia, 2-3 hari ni very the clingy ok. Sikit-sikit mintak aku bacakan dia buku. Asyik la duk tarik tangan aku, pastu letak buku atas tapak tangan. Buku feveret dia, buku 1,2,3 Count with Me. Tak tau la dia minat part counting tu ke, pasal aku selalu buat bunyi binatang yang dalam buku tu. Yang pasti, sekali round kira sampai 10 kan, kalau dah 26 round aku baca? Tak ke sehari aku mengira sampai 260! Apa kes nak mengira, zaman skang orang pakai kalkulator la nak oi, hehe.. Oooppsss.. tarik balik. Benda yang baik, tak elok ditegur kan. Sorry anakku.

Semalam masa blog hopping, mokcik Amyz mengadu, anak nye pilih bulu makanan. Rasanya bebudak baya ni memang camtu kot kan. Cik Aiyu ni generally dia memang suka makan, tapi kekadang datang angin kus kus, dia buat main-main aje makanan tu. Pastu aku perasan, dia tak suka makanan yang sama untuk lunch dan dinner. Amboi, kau ingat ni restoran ka?

Dulu aku selalu gak stress nak fikir makan apa setiap hari, dah ada anak ni, tahap stres makin meningkat pulak. Furthermore, we are trying to give Aiyu a wide variety of food, so she won't be dependent on certain element. Macam haku, kalau seminggu tak makan nasi, rasa tak best aje. Serba tak kena. Makan tak kenyang, tapi mandi masih basah la. Cik Abe lak, kalau seminggu tak dapat daging dan kentang, dia pun sama. Sudahnya kitorang selalu rotate, hari ni Asian, esok omputeh. Lusa makan kedai, hahaha.. Tak la, kitorang dah jarang makan kedai skang. Macam malas dah, nak beratur bagai. Sini restoran selalu penuh, kekadang siap beratur sampai ke luar. Apa kes?

Jadi, dengan semangat waja, hari tu aku beli buku "SuperFoods for Babies and Children" by Annabel Karmel. Layan gak buku dia, cuma agak terlambat dibeli, pasal kat dalam tu ada macam-macam resipi puree. Tapi takpe, better late then never. I've tried several recipes, alhamdulillah Cik Aiyu terima dengan perut yang kosong. Tapi standard la, masak untuk sekali bayi makan adalah mustahil, jadi selalu lepas meal, balance ku campak ke freezer. Meriah pulak freezer kitorang skang ni. Ada cheese & zucchini sausages, meatballs, dan......





Spaghetti.


Hahaha.. kejis sungguh. Spaghetti pun nak tunjuk. Tapi Cik Aiyu suka weh. Banyak dia makan tadi. Walau bukan fresh, freezer mari. Lega rasa di hati, bila kita masak, anak makan. Kalau tak, aku yang makan. Tapi makan hati la, hahaha...

Ni gambar hari Jumaat lepas, masa spaghetti baru dimasak. Hari ni tak sempat camwhoring, bateri kamera tengah caj.


Praktis pakai garfu. Omputeh sket kann...



Tapi apo nak dikato. Kan Cik Aiyu orang Malaysia, haruslah pakai tangan jua...


Bahan-bahan kuah senang aje, pakai 1 lb ground beef, 2 garlic, 1 onion, 1 can of stewed tomatoes, 1 tomato, 1 tbsp tomato paste, basil, oregano & thyme. Garam dan lada sulah tak letak. Bila mak bapak yang nak makan, baru letak. Anak maintain, tunggu umur 2-3 tahun baru letak kot :P

12 comments:

ANR said... BALAS

amboi, selerea btol tgk spaghetti cik aiyu. lapar wei..

btw, bib die comel berbunga².hiks

soulsearcher said... BALAS

adoi..cute banget! terliur nengok cik aiyu kita makan tgh2 pose ni..

malin_purple said... BALAS

Bole plak drooling tgok cik aiyu makan. -_-" tak aci tak posaaaaaa

bonda dadif aka akish said... BALAS

same bujang kuh....lunch dg dinner tamo same menu nye..haishhh..

anyway..babe...kalu tak ltk garam..ok kah rase dia....wahhh anakku dah bergelen2 kot garam...

=)

Amyz! said... BALAS

Teruusss ai google Annabel Karmel. Ada web + resepi juga. Tp puasla tiap kali nak masak, tiap kali tu bukak website. Haha!

Patut beli buku tu jugak la. Huhu.

Hari tu beli buku mama saya lapar by wardina tu. Banyak tips camne nak bagi makanan pd anak. Tp kalo anak dah besar, ok la nak ikut tips tu.

Cuma tak sesuai dipraktikkan pada bayi setahun ni. Hihihi.

Kdg bila dah masak, dia tak mkn, mmg frust. Huhu.

Madam Sooyaree said... BALAS

Aqilah,
Kalau tgh lapar, semua nampak sedap, heheh.. Ha ah, bib plastik. Senang nak cuci!

Sya Zazoo,
Sabar laling, lagi 6 jam je lagi :D

Malin,
Hahaha.. kita lak kalau tengok gambar nasi panas ngan lauk, memang nanges!

Bonda Dadif,
Rasa ok kalau letak garam, rasa manis dari tomato tu. Sebenarnya bebudak diorang tak kisah sangat pasal garam, kita yang besar je pasal dah terbiasa. Macam pedas gak, kalau dah biasa makan pedas, tak pedas rasa tak sedap kan. Aiyu kalau makanan tu terlalu banyak perisa, dia tak suka. Natural gitu

Amyz,
Hahaha.. resipi dia senang gak. Tapi byk deep fry, tak tau apsal. Ku layankan saje, hehehe.. Kekadang rasa frust kan, esp bila kita beria-ia masak. Tapi itu lah, what to do

Nanak said... BALAS

haha..i baru tfikir nak tanya menu apa Cik Aiyu mkn hari2...wah, mkn sendiri kah? berdikari sungguh bakal menantu i ni..
i tak pernah lg bagi spagetti tp macaroni/spiral tu selalu..i pun tak letak perisa :) tp kdg2 kalau pergi kenduri, adalah org tu sibuk nak sua makanan itu ini kat mulut anak kita..geram tau!

Unknown said... BALAS

Standard tu mai, even arissa spi la pon kengkadang appetite mkn dia ok kengkadang...kui kui kui :D

Yg penting kita bagi kerap dan variety kan dia kan ;)

*Gewam aunty tgk aiyu mamam tu!

BabyIntan’s latest n3:
Faces Of Cik Arissa!
Siapakah Gerangan Pemakai Bunga Ini?
Siapa Yg Terover Seksi Tu?

Serendipity said... BALAS

mmg terliur betul tgk cik aiyu mkn!!haih lmbt lg nk buka ni ;(..menu for today spaghetti bolognese laluuu

daela said... BALAS

Amboi cik aiyu..sama mcm anak buah daela masa kecik2 dulu..kalau mkn mesti tangan kiri tolong tangan kanan sekali bila suap makanan..heeee..

Madam Sooyaree said... BALAS

Nanak,
Fredo masih bersuap ke? Aiyu skang ni dia tanak kita suap, semua nak makan sendiri T__T Hahaha... kadang2 kasi takpe kot, kalau hari2 tu takut dia dependent atas perisa kan ;)

Baby Intan,
Sampai besar pun camtu eh? Takpe la kan, at least dia makan. Kekadang baca ada baby langsung tanak makan, tu lagi susah kan.. auw auntie, meh le join sekali :D

Jihan,
Hehehe.. sabar laling! Eh, you tak jawab pun tau soalan I. Adakah??? :D

Daela,
Hihih.. tuhan kasi dua tangan kannn.. hahaha

Elin said... BALAS

nyum3..sama cam wina..fav meal die spaghetti (like her mom)....selera org putih w/pun bukan org putih..heheh. Cute sgt dak aiyu ni.. makin hari makin jelita.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...