Monday, August 22, 2011

Posto posto! Alfredo!

Yeay, hari ni dapat hadiah lagi!

Best kan duduk obersi, rajin orang hantar barang kat kita, hehehe.. Terasa diri dihargai pulak, hahaha.. Rasa seronok tu tahap melampau kalau dapar parcel dari obersi. Ala, macam dedulu, bila dapat parcel dari US, excited kemain. Skang ni terbalik pulak dah kan.


Terima kasih orang Malaysia! Semangat diorang nak belikan Cik Aiyu baju kurung. Siap mintak ukuran badan lagi. Nak tau potongan badan anakku camne? 

Eh, toksah cerita la. Malu dia nanti. Yang pasti pinggang ngan dada 18 inci. Takde potongan langsung, hahaha...


Baju raya untuk mak nye pun ada. Merah sungguh mak ngah! Tapi iolls mak teh, aci kah? Baju untuk Cik Abe takde, pasal kompem dia takkan pakai. Selalu kat Malaysia, dia buat pakai waktu semayang raya aje. Pastu tukar. Masa sanding dulu pun, dia cabut samping dan tengkolok awal. Tak dan nak buat aksi majalah mangga atas pelamin. T__T


Yang ni birthday card untuk Cik Aiyu. Arissa, eja nama Aiyu salah lah. Isabella ada satu 's' aje tau. Kena tolak duit raya ni, hehehe.. 

Kad besday I pun ada tau.. besar lagi gitu. Selain tu, family hantar aksesori rambut untuk Aiyu. Tidak dilupakan, bendera Malaysia. Boleh tampal kat laman belakang ni. Kang tampal laman depan, takut Cik Abe kata over. Dah la hari tu aku suruh turunkan bendera US yang ada kat depan tu, la ni nak tampal bendera Malaysia. Haruslah kena sound nanti kan, hahaha....


Malaysia Boleh!


Oh, memandangkan skang ni tengah semangat memasak untuk anak kan, haruslah eksyen gambar makanan. Kalau jadi haku upload, kalau takde gambar tu, pepaham la kan... 

Nanak, malam ni kita dinner fettucini alfredo. Tengok tu, nama Fredo jugak yang kita sebut tau, hahaha...


Tak tau ngape, tiba-tiba hari ni teringat fettucini alfredo. Walhal semalam dah makan spaghetti. Nak kata teringat boipren Itali, tak pernah pulak aku dating dengan orang Itali. Adakah nanti bakal mendapat menantu dari sana???

10 comments:

*Hani Alani* said... BALAS

daku geram btol lah dgn cik kak kite nih..tk smile pn die eh. hihi.

Niza said... BALAS

Ni yg x saba nak tgk gamba cik aiyu pakai baju kurung , mesti comei sgt . Besar skit nanti pakai baju kebaya pulak.

Anggerik Berduri said... BALAS

hamboi, merah sungguh baju u sis..mujur x ddk new zealand, klau x mau kne kjar dek lembu susu fernleaf.hahahahahahaha

Madam Sooyaree said... BALAS

Hani,
Hari ni mood serious. Muka kebangsaan gitu, haha

Niza,
Insya allah nanti kita upload ;) Skang dah boleh berdiri, mesti best kan pakaikan baju kurung :D

Aqilah,
Hahaha.. kalau dikejar, kita standby pisau. Mahal daging weh! :D

Amy Z! said... BALAS

Waahh. Dpt baju raya.. Haha.

Eh. Awat awek tu serius nya? Hihihi.

Gantung bendera. Semangat kemerdekaan gitu. Haha. *org kat msia ni pon tak gantung bendera. Huhu T_T.

Aiyu mesti makan fettucini tu dgn bersungguh2. Best betul tgk gambar2 dia mkn spegetti tu. :D

Nazayiena said... BALAS

Hai Cik Aiyu kenapa muka masam je nie....kan dah dpt kad birthday,baju raya dan clif rambut lg....

Nanak said... BALAS

napa monyok tu sayang? tak suka bendera msia ye?
jgn lupa ajar cik Aiyu lagu Negaraku ok...hihihi...
Alfredo...ala, teringat bakal menantu lah tu..hahaha..

p/s
Fredo blm potty train lg..tatau bila nak start..Mommynya pemalas i tell u..:p

Anonymous said... BALAS

sama2 merah kita tahun ni mak ngah..hehehehe.. smangat malaysia btol ni mummy n aiyu..cpat2 kibarkn jalur gemilang 2 tau =) ..

WAWA PUTRAJAYA

Madam Sooyaree said... BALAS

Amyz,
Hahah.. bila duk luar ni biasa la, semangat terlebey :P Boleh cuba masak untuk Alam, kot kot nanti mojo dia nak makan datang nanti :D

Ina,
Hehehe.. tak tau la dia, baru bangun tak silap masa tu. Tu yang masam aje :P

Nanak,
Hahaha.. ayat pedas tu, tak suka bendera Malaysia :P Eh, I pun tak start lagi. Tunggu diorg paham bahasa lagi senang nak train kot

Wawa,
Yeay, ada gang kena tanduk lembu! :P

Nanak said... BALAS

i gurau je..jgn marah ya..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...