Saturday, August 20, 2011

Lemari baru Cik Aiyu...

Khamis lepas, kedai lemari Cik Aiyu tipon. Cakap nak datang Sabtu pagi.

Haku dengan semangat, terus bersiap-siap mandi pagi. Heh, selalu mandi pagi jugak, tapi lebih pada mandi tengahari. Tak syiok ah bangun pagi terus mandi, haruslah guling sana sini dulu. Baru asyik.

Janji datang antara pukul 9 pagi ke 11 pagi, tapi sampai jam 11:15 pagi. Ada darah Melayu jugak Mat Salleh ni.

T__T


Besar sungguh lori itu. Tapi jangan risau, lemari Cik Aiyu kecik aje. Sekadar memenuhkan ruang, dan agar boleh letak monitor di atas. Kalau macam sekarang, aku rasa jangka hayat monitor tu ada lah 2-3 minggu lagi kot. Suka betul la dia tarik wayar, bawak monitor jalan-jalan. Kang kalau takde monitor, sape nak dengar awak nangis nanti? Mak bapak tido mati, ada monitor pun tak tentu dengar lagi.


Taaa daaaa.... Inilah lemari baru Cik Aiyu!

Ok tak Amyz?


Seperti biasa, laci yang paras-paras Cik Aiyu, kimsalam la kau nak simpan barang. Member suka buat serprais, simpan barang sana sini. Macam hari tu, Cik Abe jumpa berus gigi Cik Aiyu dalam backpack laptop dia, boleh? Sama perangai macam Nisha time kecik dulu, suka simpan tah harper beckham dalam bag orang. Kekadang nak gi sekolah, jumpa piring dalam bag. Helen kat ofis, jumpa apa tah dalam handbag dia. Serprais!

Oh, sekarang ni Cik Aiyu dah makin minum banyak susu segar. Alhamdulillah :)

Semalam masa kat Target, aku jumpa satu cawan yang sesuai dengan jiwa i'm-not-a-baby-not-yet-a-girl Cik Aiyu. 


Super straw easy grip by Nuby. 

Ada straw seperti yang Cik Aiyu suka, dan no-spill yang mak nye suka. Pagi tadi dalam 4 oz susu dia minum. That's a really big step for her, yang sebelum ni duk kemam aje susu dalam mulut. Agaknye dia rasa macam big gal kot, minum pakai cawan macam orang besar. Saiz pun besar, hehehe...

Harap-harap bukan hot hot chicken shit la. Malam ni pun dia masuk tido bukan minum susu cap gantung, tapi minum susu segar. Lepas minum susu, gosok gigi, terus gosok-gosok mata. Oh my big gal...


20 comments:

nur easy said... BALAS

cantik lah almari dia..;)

venusfreedom said... BALAS

Wow bestnya! Lepas ni nak apply dekat aariz la! Cuba jugak sampai die minum fresh milk!

venusfreedom said... BALAS

Wow bestnya! Lepas ni nak apply dekat aariz la! Cuba jugak sampai die minum fresh milk!

fatt said... BALAS

cantek lemari...classic :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Nur Easy,
Thanks dear :)

Erma,
Cuba sua kat dia hari-hari. Cam Aiyu dia suka tiru kitorang skang, so I think she likes it better than she gets 'big people' cup n such :P

Fatt,
Thanks laling!

Asmara said... BALAS

ayat mat saleh ada darah melayu tu tak menahan. hahaa.. uit cantik lemari tu, tambah 2,3 lagi kat tepi2 tu pun cung jugak. hehe..

blu4sky said... BALAS

that is one lovely lemari..i think soon bila cik aiyu dah pandai pegang kaler sure lemari tu akan keluar munga2 merah biru putih dan kuning..warna bendera kita..hahaha

FaznFaz said... BALAS

uish!!! klasiknya lemari, leh celen ikea nih!!! heheh!!! ko dah nak berenti bf ker??? aku introduce susu lain kat anak aku pun awal gak, dlm setahun lebih.... tapi, anak aku kata, susu cap gantung lebih lemak berkrim, lalu, umur 2++ jugak laaa nak bagi dia fully stop bf!!! hehehhe!!!

Nazayiena said... BALAS

cantiknya almari Cik Aiyu,drawer no.1 hingga 3 dr bwh memang cik Aiyu punyalah simpan brg2 dia...

farah said... BALAS

Owh the lemari is so gorgeous Nurul!!! Klau lah blh shipped to Malaysia, boleh I order setongkol. Hehe. Jgn conteng2 ye cik Aiyu...hehe...

Nanak said... BALAS

siap posing dgn lemari baru lg ye...Fredo still gagal pakai straw..org lain sedut, dia buat tiup pula..huhu

Dinas Aldi said... BALAS

Cantik lemari tu, matching dengan warna bilik cik Aiyu. Bila dia berdiri kat depan tu baru boleh agak saiz. Selamat monitor kat atas tu, tak sampai, hehe

Chik Na said... BALAS

comelnya lemari cik aiyu :)

liemaopurut said... BALAS

waaa.gerun nengok lori besau gitu datang anto barang. duk imagine lemari yang besar gedabak.tapi....heheh walau lemari nye kecik tapi memang nice..santeeek sangat design dia.nak satu camtu??? hehehe

Mick's Mama said... BALAS

eh? eh? eh? botol nuby kiter samerrrrlaaaaaaaaaaaa! - MICK

Amy Z! said... BALAS

Cantik! Cantik! Klasik la. Ada curve lagi. Ni kalo cik Aiyu dah besar, mak dia blh isi benda lain plak dlm ni. Hihi.

Gud. Gud. Multipurpose gittew. Haha.

Yeay! Dah blh minum fresh milk.

Pandai kan budak2 ni. Dorg nak tgk presentation something tu ok ke tak, baru nak makan/minum. Kalo tak menarik hati, mmg tak layan. Belum rasa lg, dah reject. Sabo je la. Haha.

abah khalisha said... BALAS

wah cantik betul almari dia..so cute..Mahal ni..hehehe

Kasih seorang ayah, hayatinya bersama

Unaizah said... BALAS

Nice drawer!!! Sesuai je dgn color dinding....kebetulan or memang dah plan?

Niza said... BALAS

memang santek bangat lemari baru cik aiyu itu. Yg x tahan tgk besar bebenor lori mai antar lemari itu.

Madam Sooyaree said... BALAS

Asmara,
Betul apa, Melayu selalu lambat, hehehe :P Lemari satu cukuplah, jenuh nak cari barang kang :D

Blu4sky,
Thanks laling. Takyah tunggu, skang ni pun kalau dia makan strawberry, siap la :P

Eila,
Takla completely stop, tapi slowly kasi fresh milk kat dia. Itulah, susah kan nak wean off completely ni. Aku lagi la, tak kijo, hihi

Ina,
Hahahah.. ya betul!!! Skang ni kalau nak cari botol air dia, dalam tu le :P

Farah,
Thanks dear! Hahah.. ni belum pegang crayon. Eh, Fatehah nak pegang crayon tak?

Nanak,
Hihihi.. dia buat bubbles ye Fredo, very cheeky! Takpe, slowly nanti dia tau ;)

Dinas,
Hehehe.. thanks laling! Itulah, kalau tak sebelum ni kitorang letak kat tingap. Tengahari mesti atas lantai sudah. Kekadang jumpa kat dapur!

Chik Na,
Terima kasih dear :)

Liemaopurut,
Hahah.. agaknya lemari Aiyu tak sampai 1/10 lori tu kan. Dah la delivery mahal gilos!

Az,
Hahaha.. yes laaaa ada gang!

Amyz,
Mak nye bilik kosong! Serious, bilik kitorang rasa kosong sangat. Tapi kang nak diisi memacam, takut sarat lak :P

Abah Khalisha,
Eh, tak mahal mana :) Kira ok ok la untuk rakyat marhain macam kami, heheh

Unaizah,
Masa kitorang tawaf kedai tu, ini yang Cik Abe berkenan. Kebetulan la kot kan. Dia tak suka sangat pinky pinky, jadi mak nye pandang saje lemari princess and such, hehe

Niza,
Hahah.. lori haruslah besar, senang nak drive, orang takut! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...