Wednesday, August 24, 2011

Hobby lobby and couscous

Orang selalu kata, don't do your grocery shopping on empty stomach.

Yang orang lupa nak kasitau adalah, kalau perut lapar, elok jangan keluar langsung.

Bila boring duduk rumah sensorang, mula la kan aku cari pasal, tengok apa yang takde. Alasan le tu, nak keluar membeli belah. Nak beli baju ngan kasut semua, rasa macam tak patut pulak. Bukan aku kerja pun nak pakai baju baru setiap hari. Jadi minat membeli belah haruslah ditukar pada perhiasan rumah dan bahan makanan di dapur. Hehehe.. dasar pompuan, suka sangat perabih beras kannn...

Lagipun bila kita duduk tempat baru, kenalah tau apa yang ada di sini. Termasuk la kedai-kedai berhampiran rumah anda. Seperti kedai yang kami pergi tadi, Hobby Lobby.


Best jugak la kedai ni, macam-macam ada. Apa hobi anda? Crafting? Boleh cari gunting fancy schmancy di sini. Baking? Segala macam acu Wilton ada. Painting? Quilting?? Gardening??? Semua boleh!


Pendek kata, kedai buat perabih duit. Lenkali Cik Abe ada, memang akan ku tinggalkan Cik Aiyu dengan dia, nak tawaf lagi. Tadi tak puas. Takut pulak nak test the water, takut Cik Aiyu bingit duduk lelama dalam kedai.


Untuk Cik Aiyu yang minat membaca, pun ada bahan bacaan yang dijual. Tak sempat balik rumah, dia duk pulun dalam kereta.


Bila petang sikit, ada member tu dah resah duduk dalam rumah. Asyik la dia merenung pintu, tengok luar. Skang ni kan sekolah dah mula, kekadang dengar la bunyi budak-budak kat padang belakang ni. Cik Aiyu dengan perasaan curious, selalu skodeng diorang. Tapi takde hasil, dah kata belakang ada pagar.


Muka orang tak puas hati, duk mundar mandir dalam rumah.


Memandangkan hari ni mood rajin sket, aku pun bawak le dia keluar. Hoih, tak cukup tanah dia berlari. Catch me if you can kekdah nye. Ada bebudak tengah practise American football kat padang, dia selamba nak join. Sedar la diri, awak tu katek lagi.


Menu Cik Aiyu hari ini:-

Couscous ayam, sayur zucchini dan tomato. First time aku masak couscous. Ingatkan susah, rupanya senang aje. Lagi senang dari masak nasi, hahahaha...


Tuan pemakan kasi standing ovation.


Nasihat pada semua, kalau nak kasi anak makan couscous, kasi masa korang tengah picnic k. Naik juling bijik mata aku tadi sapu lantai.

23 comments:

malin_purple said... BALAS

selamat ari raya cik aiyu comel pipi epal. collect duet raya bnyak2 dlm USD pastu convert ke RM perghhhh :)

Anggerik Berduri said... BALAS

sdap dangat lah tu smpai standing ovation bagai. hiks

ahkakbatik said... BALAS

ya ka kauskaus tu... macam tempe je....kat bandar ni takdek hobby lobby tu.. nampak macam crafting untuk org kg yg banyak masa terluang takde mall untuk pi shopping je... ekekee...

Amy Z! said... BALAS

Amboi awek.. Pakai spek mata itam lg masa baca buku. Haha..

Pehh. Mesti sedap gila sampai bagi standing ovation. Haha. Tgk kat high chair tu punya sepah, takyah teka la lantainya mcm mana bersepahnya couscous tu. *pengsan mak menyapu lantai.* hahaha.

bonda dadif aka akish said... BALAS

aweks pakai spek..diam aje....kalu bujang kuh...emmmm takde makne!

:|: TinTa Kibod :|: said... BALAS

part acu wilton tu..cam besss je haha..
couscous tu natang pe..cm angin kuskus jek :p

ctm.zainal said... BALAS

Mencabar keimanan sungguh di bulan bulan pose ni nak sapu lantai yang penuh dengan "manik2 halus" tu... and Cik Aiyu makan sampai berdiri!! Sedap sangat kot...kan??

Anonymous said... BALAS

jeles, jeles, jeles ai nengok je. Kalo ai tak kerja cam U ai pun test water jugak kat kedai ni. Perabih karan sekali sekala apa salahnya.

Sekarang katik le, tak lama lagi jadi zirafah tinggi nya, kalah mak nya. Cam ai ni, sibongsu pun dah tinggi drpd ai.

Azian

liemaopurut said... BALAS

i likeee yr statement 'jgn keluar rumah dengan perut kosong' buruk padah nya....harharhar

sedap sangat tu sampai cik aiyu makan berdiri. biau cepat hadam gitu..

Nanak said... BALAS

nampak ke baca buku pakai spek hitam tu sayang? Aiyu heran kot tetiba belakang rumah riuh sejak buka sekolah..pepun, menu itu sgt kalerful..confirm budak2 suka..takpelah lps tu kena menyapu sampai juling...hihihi

misha.w said... BALAS

nak sebut nama sayur pon i dah terbelit2 lidah. hehe

Niza said... BALAS

wah memang sonok tapi pi kedai mcm ni, mcm2 ada naik juling mata. Window shopin pun best.

Cik Aiyu bersungguh2 mkn, mummynyer masak sodap lah tuh (^ *)

sya_zazoo said... BALAS

cik aiyu boleh baca buku ka pakai spek mata itam tu?hihi..
mummy aiyu,pakai beep pun rasa mcm x bkesan je kan?kena pakai rain coat br selamat baju cik aiyu tu..;)

Anonymous said... BALAS

wahhh...kedai crafting...i likeee so much..........kat sni ssah nk jmpa kdai cmni..klu wawa msuk sni 1 jam pn ckup..i like crafting so much.
sedap plak nmpak menu cik aiyu hrni. mcm ns grg thai gupenyer..hehehe..
smp brdiri cik aiyu mnikmatinya...
(^-^)

wawa putrajaya

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

nak gunting kraf seketul :p

maik aih..sedapnya makan kus kus.. kuss semangat :p

Konot said... BALAS

hai cik aiyu... dok baca buku pun pakai spek itam eh? tehehe..

Nazayiena said... BALAS

Hai kasihannya dgn mom Cik Aiyu, naik juling mata menyapu lantai disbbkan Cik Aiyu mkn couscous sampai berdiri 2....

BabyIntan said... BALAS

Hee hee, pakai spek mata hitam baca tu cik aiyu nie, comel benor :)

Ucapan Aidilfitri dari BabyIntan…
~Salam Lebaran 2011 from BabyIntan~

Wahidah said... BALAS

cik aiyu ne bgs tul la..pakai rayban pun relax jer lg..tk rimas mcm budak2 lain

Madam Sooyaree said... BALAS

Malin,
Selamat hari raya auntie Malin. Bak mai la barang sekeping dua USD1, hehehe

Aqilah,
Hihih.. budak tu memang camtu, kalau dah nak hujnug2 makan tu, kekadang dibantai berdiri. Sabar je la

Kak Tek,
Hek eleh, sape yang frog under coconut shell skang? Berlambak le Hobby Lobby kat bandau besau tu. Contohnya di Frisco, hehe

Amyz,
Hehehe.. sebab tu le kita ada penyapu kecik yang siap ngan penyodok, ready time awek makan :D

Bonda Dadif,
Aweks kena bergaya, orang lelaki sempoi pnu takpe :D

Tinta Kibod,
Waa.. kaki baking ke? Apa lagi, cargassss

CTM,
Standing ovation tu closing masa makan. Kalau tunggu lama, nanti kaki pun naik meja T__T

Kak Azian,
Best kannn... kalau nak buang duit ngan tambah sepah kat rumah, memang best! Itu le pasal, takyah tunggu lama, anak sedara baru 9 tahun dah tinggi bahu saya!

Liemaopurut,
Kann.. betul tak statement tu? Haha, cepat hadam sampai ke kaki!

Nanak,
Nampak le, buar gelap asal bergaya, hehe... Dia makan selalu dia kopek2 sayur dulu, baru dia makan yang lain. Tapi pagi ni I repeat makanan, ok la pulak nak pakai sudu :D

Misha,
Hihih.. sayur tu ala2 timun gitu, cuma takde bijik

Niza,
Best kan kedai2 hobi ni, i like! Poket je tak like :P

Sya Zazoo,
Boleh la yang, sini silau, hihih... Kita nak beli silicone bib tu ha, yang ada mangkuk kat bawah, hahaha

Wawa,
Suka crafting ke? Best nye.. kita tangan keras :( Tapi suka tgk hasil orang buat, cantik2!

Elissmie,
Gunting mana laling? Ada banyak, yang lektrik pun ade!

Konot,
Stail itu penting hokayyy

Ina,
Hihih.. takpe la kan, asal anak makan. Dari dia buat baling2, lagi hangin!

Baby Intan,
Thanks dear :) Selamat hari raya pada awak sekeluarga!

Wahidah,
Dia ok pakai kalau panas. Agaknye dia sedar, kalau takde kena kerut lebih kang. Tak pasal2 botox di umur 16 tahun, haha

Anonymous said... BALAS

ha a,wawa suka craft..sjak zmn skolah lg, amik upah wt gubahan hntran org khawin. smp la skg hobi craft x hbs. ada wat bisness kecik2 jgk dlm craft..suka tgk seni kraftangan yg trhasil,,(^__^)

xpe kak tgan keras..hati lembut meh...=)

WAWA PUTRAJAYA

Marliza said... BALAS

hey huds...i dah lama tak baca ur blog..becos it doesnt appear in FB updates..unless i yg tak perasan...eh im having the same prob as u...qairyn tak reti diam..nak jalan (or can i say lari) all the time...bole naik gile kalau bawak gi malls...or makan kat restaurant ke mana..mmg tak nak ddk diam dlm baby chair...dia buat standing ovation mcm aiyu ni or dia nak cedok sendiri makanan dia hbs berserak malu i..haha..qairyn is active mmg ade je bende dia nak buat...i tkt je org tgk kenapa la anak aku ni tak tau diam...kalau kite dokong dia n dia nak turun mmg dia menggeliut mcm ulat...tak lart la..so selalu we ended up lepas kan dia..so kiteorg pun berjoggingla dlm mall...haishh..

SJB AKA SUE J-B. said... BALAS

Best lah dia suka baca buku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...