Friday, May 20, 2011

Cubaan makan berdua di restoran dengan anak kecil

Pagi tadi kami ke Starbucks lagi. I know, membazir kan minum kopi mahal hari-hari. Tapi ahkak tengah ala-ala bercuti, jadi kira halal lah. Nak perasan jadi mem sahab jap. Nak shopping mopping tak dapek kan, jadi minum kopi mahal aje lah untuk lepas kempunan. Sebelum ni mana pernah ikut Cik Abe pergi kerja. Cik Abe ikut aku pernah lah. Tapi itu dulu le, sebelum Cik Aiyu ada. Gigih dia ikut aku pergi work course 3 minggu. Hari-hari aku gi kelas, dia dating dengan Lissa, isteri Brazilian colleague kitorang. Amik kau, tanak kalah, nak yang dari Brazil aje :P.


Masa on the way ke Starbucks, ada makcik tegur Cik Aiyu. Ajak kami pergi kedai baju Wood Boots. Aku cakap dia, kami singgah lepas balik kedai. Bila masuk kedai tu, amik kau... topi koboi saje. Ada jugak riki riki baju untuk Cik Aiyu, tapi very limited. More to toddlers, not babies. Untuk aku tak payah lah, bukan pakai pun nanti. Dah la mahal, membajirrrr...

Tengah hari tadi, kami ke Carino's Italian restaurant. Cik Abe terasa nak makan pasta, ahkak ikut aje lah. Pasta pasta ni sebenarnya aku kureng sket, pasal cepat muak. Sedap tu memang lah sedap, tapi makan sikit aje dah kenyang. Kita nak ternak lemak kan, mana boleh jadi kan makan sket sket ni :P. 


Deco deco Eric kedai tu. Typical Italian restaurant deco. Muzik pun sama aje, jazz gitu. Orang Itali memang minat jazz music ke eh? 


Yang ni appetizer ku. Broccoli & cheese soup. Gambar makanan Cik Abe takde dalam kejadian pasal dia selalu tuduh iollsss jakun kekdahnya. Jadi sebelum kena sound, baik amik gambar makanan sendiri aje. 

Rasa? Sodap!


Main course, lobster ravioli. Parmesan cheese terlebih dos gitu. Aku mintak sikit, dia pergi shred, mak aihhh... 


Minuman kebangsaan. Iced tea. Minum margarita ada pulak yang tak nampak jalan pulang kang. 

Cik Aiyu lak apa cerita???

???

??

?

Terima kasih kepada mereka yang memberi feedback pada entry semalam :)

Hari ni kami cuba letak Cik Aiyu atas high chair. Mula-mula kami offer makanan dia, haram dia tak pandang. Bila offer roti yang kitorang tengah makan, baru dia nak. Cesss.... bertuah sungguh kan anakku ini.


Yang penting, kami dapat makan dengan aman. At least sampai habis makan lah, pasal lepas tu dia dah boring makan roti. 

Sekarang dah tau taktik makan di Italian restaurant. Kalau pergi Thai restaurant, takkan aku nak kasi dia tomyam kot, hehehe... Haru-biru kang!

Terima kasih semua!


11 comments:

Poist-en Ivy said... BALAS

Merujuk kepada pernyataan mengenai gambar food daddy Aiyu... Lelaki memang pelik bin hairan kenapa perempuan suka amik gmbr makanan.. Kegiatan tak berpaedah tu hanya berleluasa di kalangan perempuan je pulak tu.. Why ah?? Adakah kerana perempuan sinonim dengan masakan??

Unaizah said... BALAS

Enjoy the moment while you still can. Nanti Cik Aiyu dah ada adik barang dua tiga orang, mimpilah nak makan semeja dgn aman.

Erma Azman said... BALAS

Well done cik aiyu! Makan harus sama dgn org besar kalo tak rusuhan! Tak tenang mak nak makan. Hahahaaha. Mommy nye mane? Kasi up satu!

Dinas Aldi said... BALAS

Syabas beti! bagi tomyam, baru tersengih sungguh cik Aiyu kang, kahkahkah!

Syima Syaz said... BALAS

itu petua nya ek? ok...noted!
btw, aiyu sudah makin membesar... so cute

Rose said... BALAS

alalala comel je cik aiyu mcm biasa. baby saya dah besar pun, saya x pernah lagi bawa dia makan skali kat restoran berdua je. "seram" tu.

your place kat mane ye? saya bayangkan nampak mcm kawasan cowboy, red indian, dan padang pasir. mcm kat movie2 tu. hehe.

----
It's called Excited yet Nervous

DeLancrettLurpak said... BALAS

pegi Thai's restaurant, ko bagi sticky rice with mangoes pada cik aiyu, sedappp!!!

Madam Sooyaree said... BALAS

CTM,
Pompuan sinonim dengan kamera kot, hehehe.. Cik Abe suka gak masak, tapi dia kata takdelah setiap kali masak nak canang satu dunia, hahaha... Dia apa tau! :P

Unaizah,
Thanks dear, ini pun on n off, tengok mood dia jugak :P

Venus Freedom,
Cik Abe kita tak rajin nak amik gambar bini, how la? Iolls malu nak self snap :P

Dinas,
Kasi tomyam confirm nampak semua gigi... pasal dia confirm nangis, hahahaha

Syima,
Thanks dear, kejap aje kan dia dah besar. Boleh cuba, jalan tak jalan belakang cerita petua itu :P

Rose,
Thanks dear. Boleh cuba, tapi pergi restoran yang tak sesak lah. Baby Rose umur berapa? Kita plan nak pindah Midland, Texas. Memang bandar koboi aje, tinggal kita nak tunggang kuda aje, hahaha

Lurpak,
Kalau sticky rice & mangoes kang tak tau siapa yang sebat dulu pulak kang, hahahah

farah said... BALAS

I takut tgk cheese2 tu!! Hehe.

Rose said... BALAS

'baby' saya umur 20 bulan! tapi seram lagi nak bawa dia makan kot. dia selalu hampir berjaya buat cubaan buka strap kat high chair tu. nanti kang bukannya makan tapi malahan sebok tahan dia kacau makanan kat atas meja. hehe.

----
It's called Excited yet Nervous

Madam Sooyaree said... BALAS

Farah,
Cheese itulah yang indah! :D

Rose,
Hehehe.. memang diorang ni, susah betul nak duduk diam kan! Kalau kasi makan pun still takleh nak lengah-lengah, kalau tak mulalah meronta!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...