Thursday, April 24, 2014

Her new ride

 Waktu untuk bersilat.
 
Keluarga mertua dah balik, Cik Abe lak dah mula kerja. Bukan takat pergi ofis, ni siap tak balik rumah. Daripada ada empat orang dayang-dayang untuk jaga anak-anak, tetiba mommy kembali sendirian.
 
Perghh.. memang penat.
 
Lagi penat pasal ada orang tu dah ada beskal baru.
 
 
Don't play play, ni Cik Aiyu pilih sendiri you.
 
 
 
Dalam minggu lepas, Cik Abe ada belikan Cik Aiyu basikal princess. Cantik, siap ada tempat letak handbag pink lagi. Belum lagi dengan ropol ropol, sticker gambar Disney princesses. Cik Aiyu suka, tapi basikal tu terlalu besar. Itu leeee... orang dah kata bawak anak gi kedai, tapi Cik Abe kekonon nak buat surprise. Sudahnya surprise makan diri, hehehe...
 
Maka tak pasal-pasal Selasa hari tu kami ke Toys R Us, cari basikal saiz 12". Yang sebelum ni 16". Setelah diberi pilihan antara basikal princess, Spiderman dengan basikal hijau ni, Cik Aiyu pilih basikal hijau.
 
Niceee... tak yah mommy susah susah nak cat untuk Aaron nanti. Jimat duit mommy.
#nasibanakkedua
 
Masa dalam Toys R Us, memula Cik Aiyu macam tak reti sangat nak kayuh basikal ni. Iye lah, member dah biasa ada basikal yang boleh gostan, tetiba naik basikal yang ada rantai. Tapi dah nama bebudak kan, cepat aje diorang belajar.
 
Sudahnya hari ni mommy rasa nak pengsan. Memang tak terkejar dengan stroller. Nasib baik la Midland ni agak selamat, so I suruh dia naik basikal keliling padang permainan je la. Mommy tunggu kat tepi.
 
Nampak gaya mommy kena mula jogging ni. Ok lah, boleh mommy beli kasut sukan baru, hahahaha...

5 comments:

Puan Hani said... BALAS

kakak, panas diorang ni mcm panas kite kat Malaysia ni ke? hahaha sorry tanya, jakunnnn. ;)

nasa mulia said... BALAS

momy boleh guna basikal 16" tu berkejaran dengan cik aiyu....hehehe

Amyz Azlie said... BALAS

Hahaha. Spiderman terus. Senang turunkan kat Aaron nanti. Haha.

Ok la mommy. Boleh la jogging petang-petang sambil tolak stroller.

Kat sana best la. Sini padang dekat dengan rumah ni, cam disaster je rupanya. Haha. Lagi satu kat sini petang-petang hujan. Last-last mak Alam bersenam atas sofa aje la. Hahaha.

Fifi Nadhrah said... BALAS

pandai aiyu jimatkan duit mommy.. hihi.. sebab tu mommy boleh beli kasut sukan baru!

Anonymous said... BALAS

reason nk tmbh koleksi kasut..padai mommy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...