Tuesday, December 23, 2014

2 days to Christmas

 Lamanya menghilang.
 
Kekonon nak buat entry Euro trip satu per satu....
 
chaiittttt!
 
*muka monyet tutup mata*
 
 
 
Selain daripada penyakit M i.e. malas menyerang, I ada sedikit sibuk dengan projek baru.
 
Pada mereka mereka yang follow I di Instagram mesti nampak hari tu, I sibuk buat kuih raya untuk omputeh. Tapi bukan sebarang kuih raya you, macarons!
 
Hahahah... akhirnya, alhamdulillah... tercapai juga cita-cita I nak buat macarons.
 
Honestly, I was never a big fan of macarons. Manis sangat, pastu tah la, I lagi suka cokelat betul kot. Tapi biasa lah, dah gatal tangan, harus lah cuba buat.
 
Memula buat, eh eh ehh... tak lah susah mana buat macarons ni. Waktu tu macs I ok aje naik, rasa pun ok. Waktu tu pelik gak, kenapa ramai bakers kata macs ni susah nak buat. Tapi bila I nak repeat paper balikkkkk.....
 
*ggrrrrrrrrrr*
 
Bermula lah era macarons tak jadi. They failed in every possible way that they can fail.
 
Seriously, that time, it was me against the macs yo! Rasa gerammm aje. I ni pantang sikit bila benda tak jadi, mula lah simpan dendam. Elok sangat lah tu, simpan dendam kat kuih yang tak berperasaan. Kekadang tu, sehari I siap buat sampai 3 bancuhan, hahaha... Gila tak gila la. Banyak sungguh gula dan badam kisar yang terkorban. Orang kat rumah ni toksah cakap lah, bak kata mek Aiyu,
 
"Macarons again, mommy???"
 
Cik Abe senyap je, malas nak layan bini. He only said that he adores my determination, hahaha.. Banyak cakap kang, orang tak masak dinner, baru padan muka :P
 
 
 
Anywayyyy... nanti I cerita lebih pasal kisah macarons I.
 
Selain daripada tu, I sibuk sikit minggu lepas pasal bebudak tak sihat. Memula Aiyu, dia tak berapa sihat sejak Sabtu lepas. Bila pergi jumpa doctor hari Isnin, rupanya member dapat strep throat. 3 hari juga tak ke sekolah, pasal dia tak larat. Hari Khamis dia pergi sekolah, petang tu juga kami jumpa doctor balik. Kali ni, Aaron pulak. Rupanya abam Aaron dapat Influenza A. Sian dia, sampai hari ni batuk ngan selsema. Memula tu memang kesian aaaa, layu semacam je. Mata pun separuh bukak, sambil main kekadang dia terus landing kepala. Memang tak larat betul la tu, pasal selalunya susah nak tengok dia duduk senyap.
 
Nak ikutkan, I pun tak berapa larat sangat. Kepala rasa berpusing pusing, tapi nak buat camne kan, terpaksa digagahkan juga lah. Itu lah nasib orang duduk jauh dari keluarga. Pening sakit, kena tanggung sendiri, hehehe...
 
Nasib baik esok ofis Cik Abe dah mula cuti. Lama gak, sampai Ahad ni lah. Kiranya kalau takde job, dia tak perlu pergi ofis. Kalau ada tu, terpaksa pergi ke site lah. Harap-harap takde la, boleh dia take over bebudak, hehehe...
 
 
 
As for the Christmas celebration......
 
 
 
Aiyu's ornament.
 
 
 
Kesian dia, kitorang selama ni memang tak pernah ada Christmas tree dalam rumah. Cik Abe malas nak beli, takkan aku yang nak over pulak kan, hahaha... Sebelum ni Cik Aiyu tak pernah kisah, tapi tahun ni dah besar kot.
 
She kept on insisting about having our own tree, and that we need to decorate our house with the festive decoration. I did give it a thought, but with Aaron in the picture....
 
Hmmm... maybe not. Nasib baik lah dia ok, pasal dia pun tau adik dia suka buat sepah. So kitorang cakap, tahun depan lah kot. Buat tahun ni, sangkut je la ornament yang dia buat di sekolah tu, pada pokok tiruan kami, hehehe...

2 comments:

FadlinaMokhtar said... BALAS

Ha ah.i suruh u bukak cafe kat london.cepat bukak.hehe.
FAD

Shikin ali said... BALAS

Memang ternanti2 entri London ni...boleh buat referral itinerary (berangan2) getaway ke London utk me n girlfriends pulak :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...