Sunday, November 22, 2009

Cuti2 Malaysia di Port Dickson

Cuti2 Malaysia! Sebenarnya idea nak ke PD datang bila kitorang (ahli rumah KJ) pergi JB 2 minggu lepas. Cadangan asal nak ke Penang, tapi sorg kakak tak dapat cuti Jumaat, sorg lagi tak dapat cuti Isnin. Makanye kami plan pegi dekat2 sket, so.. Port Dickson!


Mula2 terfikir gak, apa ada dengan PD. Ialah, laut tak le cantik mana, nak shopping mopping pun tak byk pilihan kan. Tapi fikir2 balik, ape salahnye, rilek2 fikiran, iye tak? (walhal fikiran tidak la serabut mana pun, dah kata tak keje, hehehe)


Tapi ada gak satu problem, hotel semua fully booked maaa... Tu le, gatal lagi nak pergi bercuti time budak2 sekolah cuti. Tapi minggu depan dah Raya Haji, pastu wa dah chalo betty. Maka setelah disemak2 oleh AJK IT kami (kakak sulung bernama Helen), kami pun menuju ke arah Avillion Admiral Cove.... jeng jeng jeng... ni lah tempatnye....





tong sampah gembira
Malam2 kitorg gi dinner ala2 Vichuda. Tak ingat nama apa kedai ni, pasal time tu dah tahap pelahap. Yg tau dia tepi kedai bundle ni...

Pastu kitorg continue pegi pasar malam kat tepi Petronas tu, saje jalan2 cari jajan. Helen seperti biasa tak habis2 ngan pisau nye (dulu gi Gold Coast boleh tahan tak, byk benda2 dibeli, dia beli can opener)



Jalan depan sket jumpa kedai jual2 beg anyam ni... kebetulan mmg tgh carik nak bawak balik US, makanya pakcik dan makcik kedai ni tersenyum sumbing kerana brg nye diborong org :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...