Thursday, December 17, 2009

Washer & Dryer

Sebenarnya dah lama dicadangkan pada cik abe untuk beli washer & dryer (W&D) ni. Tapi biasa la, orang lelaki, dia lagi prefer hantar dobi. Dulu pun iye lah, kita kerja, jarang2 ade kat rumah. 6 minggu kerja, 3 minggu je duk rumah. Tu tak campur lagi aktiviti rambu-ramba (jalan2 hujung minggu), maka setelah ditambah tolak darab bahagi, mmg sekejap sangat ada rumah.

So skang memandangkan mem besar dah balik US (setelah bertapa 4 bulan kat Malaysia terchenta) dan mem besar pun dah tak bekerja, maka persoalan W&D timbul kembali. (dan sah2 baju kita yg byk bertimbun, hahaha). So kelmarin kitorg gi survey2 W&D dekat kedai, mak aih.. mahal sungguh mesin basuh Amerika! Skang ni diorg buat pesen front load yg berpintu besar, dan teka la berapa harga nya.... jeng jeng jeng.... $2600/set! Tambah tax, darab ngan 3.4 = RM9500++. Gilo ke apo? Kecuali la nak basuh baju Rizalman ke kan, kalau takat2 baju Walmart tu mmg rasa tak berbaloi sungguh!

So kitorg pun dgn terkulat2 tanya, ada mesin second hand tak? Abang tu pun kata ada... jom ikut gi basement.. Pas tu kitorg jumpa satu set W&D brand GE nih (yg kebetulan sama ngan set kat kedai yg kitorg gi before kedai ni), harga $450/set. Tambah tax & transportation, dapat la dalam $530 gitu. Ok la tu kan, bukan mesin basuh kena samak pun, hehehe... Lagipun abang tu kata, diorg nye kedai ada buat servis sekali. So senang lah sket.

Pagi tadi diorg datang install kat umah. Nasib baik cik abe takyah masuk keje ari ni, dia la yg melayan diorg. So memperkenalkan, Cik Basuh dan Cik Kering di rumah kami.....

Cik Basuh


Cik Kering

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...