Friday, January 15, 2010

Popiah

Masa gi Asian Market hari tu, ternampak la beberapa ketul sengkuang yang sayu. Sayu kenapa? Pasal kalau sengkuang rupa gitu, memang di Malaysia tauke buat campak ke lombong. Time tu jugak teringat kat popiah yang mak selalu buat. Kepada yang tak tau, mak memang terror tang kuih2 Melayu ni. Sampai skang orang ramai mintak order, tapi dia yang tak berapa larat. Dulu time kecik2 mak amik upah buat kuih. Memang sedap kuih dia, sampai susah nak beli kat luar pasal selalu rasa tak seberapa.

So dalam ingat tak ingat resipi (nak call malu le pulak, asyik call mintak resipi aje), aku pun buat popiah ala kadar seperti resipi di bawah ni:-

Bahan-bahan inti:-
1 sengkuang sederhana besar
1 carrot
udang kering
2-3 ulas bawang putih

Cara-cara:-
- Parut sengkuang dan carrot
- Tumis bawang putih ngan udang kering. Masukkan sengkuang & carrot tadi. Dalam 5 minit camtu boleh la diangkat dan ditoskan.

- Pas tu boleh la dibalut dengan kulit popiah. Untuk gam, pakai tepung + air.
- Goreng sehingga kekuningan.
- Boleh la dihidangkan bersama sos cili Thai. Jangan lupa baca Bismillah hokay.

Gitu la popiah yang telah selamat di dalam perut. Siapa2 yang ada cadangan, boleh la kasi pada tuan punya blog :D


2 comments:

Lady of Leisure said... BALAS

rajin masak... sedap nampak popia cicah ngan sos cili thai best juga kan..

NMA said... BALAS

hehehe, tgh rajin ni LOE. tadi cuba resipi bubur kacang hijau LOE (tapi ikut barang kat dapur la) sodap! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...