Tuesday, February 23, 2010

Hard Rock Cafe


Hari tu ada orang tu kan (nama samaran: Cik Bedah) e-mail kita, suruh tolong carikan FM HRC. Oh, bagi mereka2 yang kurang mengerti, FM = Fridge Magnet, HRC = Hard Rock Cafe. Fikir2 balik, sebenarnya agak banyak jugak HRC yang telah acik pergi. Sejarah ke HRC bermula pada Darjah 6, kawan baik nama Ku Zarina buat birthday party kat situ. Ingat lagi time balik dapat t-shirt HRC Kuala Lumpur, punya la excited. Iye la, acik tak pernah gi HRC sebelum tu, so memang la jakun kan, hehehe.

Lepas tu bila dah besar kekadang pergi la sana utk makan. Tapi tah la, tekak tak kena sangat ngan makanan dia, prefer pergi TGI Friday's atau Chilli's (ni time ade duit ye, kalau takde duit kena la makan Maggi, hehehe). Pastu ingat lagi, time keje BC Petrochemical dulu, pernah gi HRC KL ngan client dari UK, dia belanja t-shirt HRC lagi. Tu kira t-shirt kedua la kan.

Tup tup lepas tu solo travel bermula. First foreign HRC yang acik kunjungi adalah HRC Bahrain. Sebagai tanda kenangan (iye lah, negara2 Arab ni diorg kurang jual souvenir) beli lah t-shirt HRC Bahrain buat diri sendiri. Time tu la bermula nya, era t-shirt HRC ku.

Sampai hari ni, antara HRC yang acik dah pergi (dan kumpul t-shirt nye) adalah:-
  • Surfer's Paradise, Australia
  • Bahrain, Bahrain
  • Paris, France
  • Bali, Indonesia
  • Rome, Italy
  • Kuwait, Kuwait
  • Kuala Lumpur, Malaysia
  • Malta, Malta
  • Cancun, Mexico
  • Cozumel, Mexico
  • Amsterdam, Netherlands
  • Singapore, Singapore
  • Bangkok, Thailand
  • Minneapolis, USA
  • New York, USA
  • Niagara Falls, USA
  • San Francisco, USA
Ada jugak tempat2 lain yg ada HRC, tapi tak perasan time pergi. Ke diorang baru bukak? Tapi satu yang leceh HRC ni tak selalu update collection, kekadang beli design sama, color je lain. Nak buat camne kan, terima saje lah.
Cik Bedah tu ada bertanya, kenapa tak beli FM sekali? Hahaha, soalan cepu emas tu. Satu FM HRC kat Europe tau tak berapa? EUR 18.95! (tak sure kalau harga dah naik ke tak) Dan sah2 kalau beli, kena beli 4 (hikayat adik beradik ramai). Bayangkan ~RM400 utk satu HRC, kalau dah gi Euro trip, darab la berapa HRC yang anda kunjungi. Tu acik cakap kat Cik Bedah, agak2nye kalau time sesak, boleh jual FM HRC ni. Value pun makin naik. Pikir2 balik macam emas daaaa....

4 comments:

Lady of Leisure said... BALAS

bestnya banyak dah tempat yang narif pergi kan.. malta tu best tak narif? masa kat swiss dulu lady jumpa kawan husband lady from malta, dorang ni husband and wife umur dlm 60++.. depa dok sibuk ajak lady pi malta hehe.. katanya malta cantik walau negara kecik...

pasal FM tu banyak betul peminat kan..

Sooyaree said... BALAS

lady,

malta mmg sangat cantik, lagi best pasal dia kan tgh2 laut, so rasa anging laut tu sentiasa ada. malta ada 2 part, malta & gozo. gozo ni famous pasal diving, tapi narif tak gi lah dulu.

tapi satu lah malta ni, jalan dia bukit bukau, ya ampun... nak tercabut peha!

Lady of Leisure said... BALAS

i see.. patut lah couple tu beriya suruh lady pi malta... dok google pic malta ni,memang betul la cantiknya... bila lah nak sampai huhu... tapi negara dia kecik comel je kan.. hehehe...

Sooyaree's Home said... BALAS

tu la, kecik aje negara dia. tapi mmg cantik lah. one thing kat sana semua pompuan badan slim melim, waima yg tolak stroller. mungkin pasal dekat laut, pastu bukit bukau, semua jadi badan cantik.

ooh, teringat kat hot chocolate yang maha pekat kat sana. sodap!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...