Tuesday, March 30, 2010

Projek Hari Ini: Pasang Stroller

Semalam stroller sampai ke ofis Cik Abe. Since dia balik lewat malam tadi, so biar duk dalam kereta dulu lah. So pagi tadi before dia gi keje, dia keluarkan 2 kotak. Humang aih, memang besar kotaknye, paras pinggang gitu. Tu baru stroller yang 20lbs, kalau stroller yg 35lbs tak tau la besar mana pulak kotaknye.

Mula2 ingat nak suruh dia aje yang pasang. Tiba2 tengahari tadi datang mood engineer, apa lagi, mula la selongkar kotak cari manual.

Tengok kotak nye, macam2 ada. Yang ni kotak untuk chasis nye, kotak satu lagi utk fabric pengalas gitu.


Tu dia tayar... lagi sket nak sama besar ngan tayar beskal. Tayar yang besar ni elok kalau jalan tak elok atau atas pasir. Mak verangan nak bawak anak pergi pantai kan, terpaksa la beli yang all-condition stroller.

Selepas berhempas pulas selama beberapa jam (sambil tu ada break gak, layan F.R.I.E.N.D.S sambil makan cokelat jap, hehe) maka siap la stroller itu. Stroller ni datang ngan bassinet utk baby kecik, ngan seat utk bila dah besar sikit. Yg seat tu tak bukak pun, pasal bukan nak pakai dulu kan (malas pun ade). So tadi kita bikin bassinet sahaja. Selain tu dapat cover utk matahari, tempat letak barang kat bahagian bawah stroller, raincoat dan mosquito net.

Ta daa... hasilnya.....

Pandangan sisi yang agak handsome, hehe

Yang paling best stroller ni leh pilih macam2 warna ikut suka kita. Selain tu dia ada 3 recline position (kalau utk seat nanti la, bassinet senget pulak baby kang), adjustable handle dan gear brake. Bassinet tu pulak senang aje nak cabut, so dah saving takyah beli moses basket, hehehe.

Sekian cerita stroller untuk hari ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...