Saturday, April 17, 2010

The Bahamas

Finally, entry pasal Bahamas, hehehe... Bukan apa, malas sungguh untuk menempek gambar dan berkata2, hehehe...

So dari mana nak mula eh? Kami pi Bahamas hari tu dari 1st Apr to 5th Apr. Bahamas ada 2 international airport, satu di Nassau (capital) dan Freeport. Kami pilih yang ke Nassau. Nak diikutkan Bahamas ni terdiri dari 9 pulau (http://wikitravel.org/en/Bahamas), jadi memang jenuh kalau nak pergi satu persatu. Unlike the rest of the Caribbean islands, Bahamas ni jajahan British, bukan US. But then again, due to geographical factor, you can say it's a hybrid country gitu. Jalan macam kat Malaysia, tapi kereta kebanyakan left hand drive. Poning tak? :D

Sepanjang di sana, kami stay kat Wyndham Hotel di Cable Beach. Wyndham ni affiliate dengan Sheraton di sebelahnya, and we are free to use Sheraton's facilities jugak. Kalau nak pergi Sheraton boleh ikut jalan raya, jalan pantai, atau through casino yang connect both hotels. Rasa macam kat Vegas pulak kan, hahaha.

Unfortunately masa 1st day kami di sana, bebudak college still on spring break, so agak ribut la suasana budak2 bawah umur mabuk (drinking age di Bahamas 18, US 21). Paling tak tahan first night tu ada bebudak ketuk pintu bilik, ingatkan bilik kawan dia. Rasa nak lempang2 aje anak orang itu. Nasib la esok tu semua balik, tenang sket suasana.

First day kami tak buat apa, duk tepi pantai saje. Ingatkan kulit cokelat ku ini tak terbakar, tapi amik kau, duduk kejap dah sunburn. Cuaca sepanjang di sana memang cantik, cuma air laut sedikit sejuk berbanding ngan air laut Malaysia yang sentiasa body temperature.

us =)
view dari bilik, memang hari2 layan dari balcony
pantai di hotel
cantik kan sand castle diorang tengah buat

Second day kami jalan2 di Downtown. Nak gi downtown dari Cable Beach, boleh naik bas (ala van) #10, $1.25 per pax. 1 Bahamian Dollar = 1 USD, dan memang USD widely accepted there. Takyah serabut nak tukar duit dan convert dalam kepala. Kat downtown ni memang macam2 ada la, dari kedai jual beg jerami ke kedai jual jam Rolex. Since Bahamas ni tax free country, diorang cakap kalau nak shopping murah. Tapi tak masuk pun kedai2 besar, kami pi beli souvenir aje. Oh ya, lupa nak cakap, semua kat sini AMAT MAHAL. Air kelapa tepi pantai, USD8 sebijik. Satu meal kat kedai biasa, from USD 20 above. Ada sekali tu kitorang makan berdua, USD95. Amik kau, hehehe... Sebab tu takleh gi holiday selalu, kalau tak botak!

In term of places to visit, semuanya berdekatan. Kat downtown ada government buildings, warna pink gitu. Pastu ada kubu2 yang boleh dilawat jugak. Shopping pulak, ada bazaar tepi tempat cruise parking, nama nye Straw Market. Ok lah, takde la murah mana harga nya. Banyak jual barang2 dari jerami, kayu dan barang2 tiruan. Tengok omputeh seronok depa membeli beg LV gitu. Diorang tak sampai Petaling Street lagi, hehehehe.

Lepas penat jalan2 kitorang pergi Paradise Island naik tour boat. Aktiviti nak buat memang limited pasal ada orang tu kan mak buyung, hehehe. Paradise Island ni ada very the famous hotel + theme park, The Atlantis. Tapi rege nye, mak aih. Don't ask lah. Kita tengok dari luar je la kan, hehe. Selain tu, Paradise Island ni ada banyak rumah the rich & famous; Mary Kay, Nicholas Cage, Sheikh apa tah (Saudi mari) dll. Rumah2 ni start from USD 1.5million above, ada siapa2 mau beli tak?

dari atas bot yang nak ke Paradise Island
rumah orang kaya. dah ada rumah kena beli bot pulak la kan
The Atlantis
Straw Market
jangan kentut dalam bas haaa...
padat tak bas? hehehe... tapi bas ni elok, kerap ada & suka tunggu orang
makanan traditional diorang, conch (rupa ala sotong, rasa pun ala sotong)
juice bar!

Selain tu kitorang memang tak buat banyak aktiviti sangat, just enjoy duduk tepi pantai, swimming dan makan. Enjoy quality time gitu, hehehe.

P/S: Menurut
www.kln.gov, Bahamas tak perlu visa. Tapi rasanya kena ada US visa, pasal masa kat airport Bahamas tu, ada TSA yang jaga US border. Cop dalam passport pun tulis macam masuk US, Nassau port

2 comments:

Lady of Leisure said... BALAS

cantiknya pantai dia... terbeliak biji mata ai hehehhe.... conch tu sejenis sea snail ek? nampak sedap... kalau rasa cam sotong tu maknanya sedap la kan..

Sooyaree said... BALAS

conch tu macam siput yg kita selalu kutip kulit dia kat pantai tu. tapi yg ni kulit dia warna peach camtu, and lagi besar dari tapak tangan. texture dia cam cross between oyster and calamari gitu. eh, awak dah balik dari swiss ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...