Tuesday, August 17, 2010

Hari yang penat & Aiyu menjerit kelaparan

Hari ni kami ada interview untuk dapatkan CBRA (nama panjang lupa, tapi registration untuk kelahiran le) di US Embassy. Depa nak tengok mak, bapak & anak, maka nye untuk kali pertama kami pun keluar tiga beranak. Wah, first family outing gitu.

On the way nak ke KL alhamdulillah trafik berjalan lancar, Cik Aiyu pun tak banyak ragam duduk dalam carseat (anak mak ni orang Malaysia, bangsa tak suka duduk dalam carseat ye tuan-tuan dan puan-puan). Tapi bila dah sampai embassy, hujan le pulak. Nasib baik ada payung, tapi satu je lah.

Kami sampai awal, maka kami pun tunggu jap dalam kereta. Bila dah cukup masa kitorang pun jalan dari parking yang sedikit jauh. Jalan pun pelan-pelan, pasal payung ada satu kan. Sharing is caring you. Tapi yang sungguh potong stim adalah sebuah kereta MyVi hitam berplat DAE ****. Boleh tahan tak, dia saje je langgar lopak air. Abis basah belah kiri Cik Abe. Kurang asam punya driver. Siap kau, aku jumpa kereta kau, haruslah bercalar kan, hahahaha (ayat-ayat poyo seorang wanita penakut).

Bila sampai embassy, punya lah lama nak tunggu ok. Diorang ni pun, dah tau ada budak kecik, lagi mau lambat2. Setelah 1-1/2 jam menunggu dan Cik Aiyu mengamuk nak tido, baru urusan selesai.

Balik tu kami singgah BSC. Mula2 kitorang pergi ke Mothercare, kekonon nak cari dress untuk Cik Aiyu, tapi bila dah penat, memang takde mood nak membeli. Jadi nya kami ke Cold Storage sahaja untuk groceries Cik Abe, ngan beli roti kat O Gourmet. O Gourmet nye roti pun sedap (apahal la jadi promoter pulak kan?), belum lagi pastri cokelat nye... nyum nyum!

Bila nak keluar parking baru sedar, jam dah kul 5 petang. Dan seperti jangkaan, lepas Eastin Hotel jam teruk! Time tu jugak la kan Cik Aiyu mula nak menyusu. Yang teruk, susu botol tiada! Abis... dah dia menangis menjerit kelaparan. Kesiannnn sangat! Tapi nak buat camne, takkan nak menyusukan dia sambil drive. Dia menangis sampai keluar air mata, sebak mak. Sampai tertido balik lah dalam kereta tu. Bila sampai rumah, dia merajuk kejap tak nak menyusu. Bila orang kasi, dia ketatkan bibir dia. Amboi, eksyen kau ye. Lama-lama baru lah dia nak menyusu. Kesian anak mommy, sorry tau.

Pengajaran: Kalau nak drive, jangan lupa bawak susu perah.

Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...