Saturday, August 28, 2010

Jalan-jalan hujung minggu.. nampak awek baju biru...

Kejadian ini berlaku pada hari Jumaat, bersamaan 27 Ogos 2010.

Cadangan awalnye, Cik Abe nak pergi One Utama cari seluar pendek aje. American sungguh kau ye, orang tengah sibuk-sibuk cari baju melayu, kau sibuk cari seluar pendek. Belasah. Asal pakai seluar sudah.

Tahun ni concourse OU new wing telah berubah menjadi sawah padi menguning.
Dan seperti biasa, sebagai wanita sejati yang tiada jati diri, kenalah melencong dari niat asal. Ku mulakan dengan membelikan Cik Aiyu 2 pasang dress. 50% gitu, kira buy 1 free 1 lah. Bijak kan ku berbelanja, hehe...

Pastu bila tengah meronda, Cik Abe cakap, 'apa kata kita berbuka kat sini' (tapi dalam bahasa omputeh le, dia mana reti kecek BM lagi). Ku pun ok saje, tahun ni tak pernah lagi berbuka kat luar. Tapi masa tu baru jam 4 petang kot, jadinye kenalah merempit habis-habisan nak tunggu waktu berbuka.

Mak Cik Aiyu kepenatan, kena duduk atas sofa jap

Cik Aiyu membongkang tido dengan aman sambil bapaknye menapau Cinnabon

Tapi One Utama memang penuh la, sesak dengan orang ramai. Lagi-lagi orang dengan anak kecil. Ke kitorang yang baru sedar, pasal sah-sah bila bawak stroller kena pakai lif kan. Tak berani ku nak naik escalator. Bila tunggu lif tu, memang nampak banyak lah parents yang bawak anak kecil outing, pasal diorang pun keluar masuk lif jugak, hahaha.

Setelah menyusu 2 kali, tukar diapers 3 kali, kami pun pergi ke Italiannies untuk berbuka. Hajat hati mula-mula nak gi restoran Jepun kat LG (kes lupa nama kedai), tapi bila nak masuk je, ade awek Cina cakap 'this is non-halal shop'. Wah... maju, ada orang ingatkan kita. Mesti pasal kes kopitiam tu kan, selamat kami.

Sampai Italiannies, ku order lasagna untuk diri sendiri. Cik Abe order clam linguini ngan 4 cheese pizza. Sedap, tapi muak. Makanya tak habis le. Membazir.

Lepas tu singgah Starbucks kejap, pekena ice blended. Gian dah 2 bulan tak dapat. Slurppp....

2 comments:

moi meme said... BALAS

ohh madam ~
sedang ku asyikk baca blog anda ,, dari 1 entry ke entry yg laen ,, tiba2 terpandang pix ITUUUU ~~ fav food ~ waaaaaa . telann air liurr gila :p
sedapp nmpak ! huhu ;p

Anonymous said... BALAS

aLaaa x nampak awek bajU biru pun .... ekekekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...