Thursday, August 5, 2010

US Alien???



Oh, kita bukan nak cerita pasal US ada alien di New Mexico, tapi pasal diriku seorang seekor sebagai status alien di US.

Last Tuesday ada final interview kat US Embassy KL. Hamik kau, finally, setelah nak masuk setahun ku apply, baru dapat interview. Anyway, plan asal nak gi sana naik LRT, tapi Sally duk suruh bawak kereta. Untuk tidak menghampakan hatinya, dan kerana malas nak bersesak ngan orang yang nak pergi kerja, ku pun bawak la kereta gi sana. Mak aih, segala memori kerja di KL datang kembali. Sebagai seorang pemandu yang suka potong line berhemah, memang memandu di KL di banyak cabarannya. Keluar rumah kul 07:45, kul 09:00 baru sampai KL. Walhal kalau tak jam, tak sampai 30 minit dah sampai.

oh KL!

Bila sampai embassy, nasib baik untuk immigrant visa tak ramai orang. Tapi part tak best nye, bila kena datang balik petang kang pukul 13:30 untuk interview. Mak aih, den ada anak kecik kat umah! Call mak, mak cakap Cik Aiyu mula2 tanak menyusu botol. Tapi agaknye bila dah lapar sangat, dia pun minum jugak. Tapi mengomel nye toksah cerita la. Kesian pulak, dah la badan dia tak berapa sihat.

So untuk mengisi masa lapang dan mengempiskan poket, ku pun pergi lah ke KLCC. Rasa janggal lak, dah lama tak keluar gi mall sesorang. Sampai2 aje terus ku ke MAC, belikan Sally berus lukisan make up sebagai belated birthday present. Amoi tu siap cakap 'wah, awalnye shopping'. Mana tak nye, kul 10.15 dah rempuh KLCC. Parking nye siap boleh pilih2 lagi, nasib baik ku tak buat onar, amik 2 parking space, hahahaha...

Pastu ku pergi Mothercare pulak, beli a few stuff untuk diri sendiri dan Cik Aiyu. Dah jalan2 mesti nak makan kan? Mula2 nak makan kat Little Penang Cafe, tapi lambat le pulak bukak nye. So jalan2, tiba2 berhenti kat O'Bryen's. Beli Hot Meal set, hhhmmm... not my taste lah. Pastu singgah Rotiboy jap, beli rotiboy untuk mak. Last sekali pergi Topshop, belikan t-shirt untuk Cik Abe. Amik kau, ibu dalam pantang in rage. Tu namanya jakun nak keluar.


diambil time traffic light merah

Alhamdulillah interview kul 01:30 tu berjalan lancar. Diorang tak tanya banyak pun, mana jumpa, kerja apa, bla bla... Sah2 bukan kahwin tipu kan, kalau tak takkan la sampai beranak pinak. Yang kelakar interviewer sorang, buat lak over the counter, makanya orang2 lain boleh dengar sesi soal jawab tu. No B400 tu couple dari Iran, jumpa di Malaysia, bercinta masa dua2 kat MMU. No B401 pulak, adik beradik ramai dah kat US, so dia pun nak ikut sekali. No B402, nak ikut suami ke US, jumpa dulu2 kat Egypt (muahahaha, aku le tu!) Untuk no B403, B404 dan B405 tatau le cerita mereka, pasal ku dah babai time tu, hehehehe


Belakang US Embassy. Nak amik gambar depan takut kat Pak Guard, hehehe

Semalam ku pergi collect visa di Wisma MCA (tepi menara Citibank). Tapi kali ni ku naik LRT pulak, since pergi dalam pukul 14:30.

stesen berikutnya, Kelana Jaya

Yeay, semuanya dah settle kat sini! Harap2 takde masalah nanti kat border. TSA, be nice!

3 comments:

Lady of Leisure said... BALAS

hehe nasib cik aiyu tak kene intebiu sekali.. hope cik ayu cepat sembuh..

miralatiff said... BALAS

Acik..biler ko balik US? jangan balik lagi selagi aku lom visit Aiyu okay..ko puase kat malaysie ker?

Madam Sooyaree said... BALAS

lady, cik aiyu kena gi embassy on 17th ni, ngan bapaknye sekali. ala interview jugak le kot, haha

mira, aku puasa n raya kat malaysia. jeles tak? heheheeheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...