Entry lepas pasal majlis aqiqah Cik Aiyu ku ada mention pasal pembuatan cupcakes secara berleluasa. Ada pulak beberapa orang yang nak tengok gambar.
Maka dengan sukacita nya saya berjaya mencari gambar dari kamera adik di laptop Helen.
Uolls enjoys bak kata Ella~!
Luqman si tukang sukat
Danial ketua bahagian pemecahan telur
Irwan si penglepa icing. Tak sia-sia praktis lepa simen
Antara cupcakes yang siap di make-up
Sedia untuk dijual diberi kepada tetamu yang hadir
Ramai yang kata sedap (hinsss hinnssss *bunyi lobang idong yang kembang*). Kalau ada sesiapa yang rajin membakar dan berazam untuk tidak menyumbang wang kepada Wondermilk, boleh lah cuba resipi kami.
Resipi ni diambil dari website Kak Min , tapi ada di modified sikit. Instead of 1/2 cup milk, kami bubuh 1/3 cup milk sahaja. Waktu bakar pun berbeza, instead of 20 mins, oven baru mak kena bakar dalam 30 mins.
Untuk frosting pulak, ku ikut resipi dari All Recipes. Memang elok frosting nya, very the consistent.
Selamat mencuba!
2 comments:
masyaallah...gotong-royong...sungguh muafakat!
saya pun selalu gotong royong...pergi membeli.
banyak team rupanya..hahahaha
Post a Comment