Friday, October 1, 2010

Kenapa manusia tidak pernah puas hati?

Bila kita duduk dan renungkan kembali, banyak kes dalam suratkhabar terjadi adalah disebabkan oleh sifat manusia yang tidak pernah puas hati.

Betul tak?

Contohnya, lawyer yang jahat bunuh banyak orang pasal nak duit. Bukan dia takde duit, tapi pasal tak puas hati dengan duit yang ada. Mungkin pasal banyak dah disedekahkan pada Persatuan Orang Asli. Ala Robinhood ye kau. Tapi tu lah, walau dia dah ada jutaan ringgit dalam akaun, still nak lagi. Dan lagi.

Macam kita manusia biasa yang tak layak masuk paper, pun selalu tak puas hati. Tak percaya, masuk forum Cari. Banyak aje kes aduan. Kalau yang kerja, dari kerani nak jadi executive. Pas tu nak jadi manager. Pas tu nak jadi CEO. Kalau tang rumah, dari rumah setinggan nak rumah pangsa. Pas tu apartment. Pas tu condo. Pas tu rumah teres. Pas tu rumah semi-D. Pas tu rumah banglo. Pas tu rumah mayat (kes banyak berhutang dengan Ah Long).

Apa sebabnya kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada? Selalu nak kan yang bukan milik kita? Tak kisah lah, kerja orang ke, rumah orang ke, suami orang ke, mak bapak orang ke, baju orang ke, handbag orang ke.... Semua hak milik orang selalu nampak elok di mata kita. Mungkin kah betul pepatah yang mengatakan "the grass is always greener on the other side"?

Betul kan?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak percaya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Boleh tanya Cik Aiyu.

Kenapa Cik Aiyu?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pasalnya Cik Aiyu dengan senang-lenang boleh diletak dalam buaian milik sepupunya, Kreed tanpa perasaan nak menangis. Kalau buaian sendiri, bertuah la kau. Kena tunggu dia tido dulu baru boleh letak. Kenapa letak dalam buaian? Agar dia boleh tido siang lama sikit. Tu pun selalu tak sampai 30 minit dah terjaga. Tapi bila letak dalam buaian orang, dalam keadaan segar-bugar dia rela. Dah tu tido siang sampai 2 jam lebih.

Sama la dengan si Kreed. Kalau buaian sendiri cepat aje bangun. Pas tu menangis nak keluar. Tido buaian Aiyu, amik kau, 3 jam selamba dia tido.

Jadi kalau kita asyik bertanya kenapa kita tak pernah rasa puas hati, janganlah rasa bersalah sangat. Tabiat manusia. Memang kita dari kecik pun camtu, mak kita aje yang tak perasan. Tapi kau janganlah pergi bakar orang pulak. Setakat rasa iri hati disertakan dengan umpatan sikit-sikit tu ok lah.

5 comments:

marinahunny said... BALAS

hhhhaaha ingt apa tadi..

{f a r a h} said... BALAS

Yes...there's a bitch rite now yg tgh menggunakan saka nya Dan ilmu hitam utk dptkn duit my dad...padahal keja manager tu..tp sebab tamak haloba, mcm tu la jd nye...dah tak ingat tuhan. Ke

Dinas Aldi said... BALAS

Salam. betul jugak kan, sebab manusia tak puas hati & tak dapat kawal perasaan tu la selalu jadi perkara yg lebih teruk & haru biru. kiutla baby tu tido lagi lama dalam buaian orang lain, kekekeke

Lady of Leisure said... BALAS

i kalau gi makan kat luar gini lah perangai, yang i order selalu tak best, yang husband order selalu jer best.. hihi

Imparfait Saint said... BALAS

Maiqel pun sama Huda, basikal kat rumah dia ung tak langsung tak pandang. Balik Kedah, cousin dia ada basikal sebijik, masa tu lah nak berebut dgn budak2 lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...