Saturday, October 2, 2010

Childhood past time

Masa kecik-kecik dulu, korang suka main apa?

Tapi soalan ni terbuka pada generasi pra-internet je lah. Kalau tanya budak-budak sekarang, jawapan diorang lebih kurang sama je kot.

"Suka main internet & video game"

Kepada kita-kita yang "matured" ni, mesti ada banyak kenangan waktu budak-budak kan. Selalu nya petang-petang memang budak-budak sekampung akan berkumpul, nak main sama-sama. Nak masuk Maghrib baru balik rumah. Kena lah balik rumah, kalau tak mati kena sebat dengan mak. 

Antara game masa kecik-kecik yang ku suka adalah:-

1. Batu seremban
Walau kidal, ku tetap main batu seremban tangan kanan gitu. Kelas kan... Selalu suruh kakak jahitkan, pastu isi dengan kacang hijau. Kalau bocor, memang cari sebab nak kena marah, hahaha

2. Kejar-kejar
Tak kisah lah, kejar duduk ke, kejar patung ke, police & thief ke, best kan main kejar-kejar. Sebab tu agaknya makan banyak camne pun, badan maintain aje. Skang ni amik kau, jari je maintain pasal selalu update blog, hehehe. Zaman ku dulu, suka nyanyi "police & thief, want to jaga, police mati pencuri jaga". Selamba aje. Kalau nyanyi skang ni memang jadi bahan ditahan ISA.

3. Getah
Waaa.. yang ni i terror you. Selalu jadi lelong. Feveret bila kena Double Dragon. Kalau time rehat waktu sekolah, memang femes game ni. Macam mana ek, lepas makan terus lompat. Power kita kan tatkala muda. Tapi game ni untuk budak pompuan je ah, laki-laki takleh main tau. Nampak tak elok, hehehe.

4. Guli
Yang ni pun best. Cuma yang tak best port kitorang selalu main dulu, ada lubang kecik, guli selalu termasuk situ kalau salah sasaran. Dan dalam lubang tu ada katak. Repeat. Katak ok. Nak seluk tu memang geli, tapi demi guli ku rela jua.

5. Puzzle
Semua permainan di atas hanya sesuai bila kita kat luar dan ada kawan. Time sorang-sorang, ku suka layan puzzle. Ingat lagi, puzzle feveret untuk di repeat adalah puzzle dua ekor tikus tengah dating atas bot. Walau banyak bahagian dah hilang, ku still layan. Suka punya pasal.

Selain puzzle, ku ada jugak layan Barbie Doll. Siap syampu rambut dia hari-hari lagi, dengan harapan rambut Barbie Doll tu akan panjang. Jari jemari dia pun jadi mangsa, ku ketip dengan ketip kuku. Sakai kan. Tapi budak-budak, biasa le tu.

Hari ni kenangan budak-budak ku kembali. Terjumpa 2 kotak puzzle ibu mertuaku, yeahhooo!


P/S: Satu lagi kotak tak buat lagi

10 comments:

ASaDa RyutaRo said... BALAS

hohoho.. ye ke main getah @ zero-point lelaki tak leh main? dlu ade je main dengan kakak2.. hahaha..

main kejar2 mmg sangat best! ada satu lagi jenis game, kejar dengan nama. klu dah dpt kejar, kena ingat nama orang yang d tangkap tu siapa. hahaha..

ada jugak puzzle kat rumah dlu, yang mickey mouse sekeluarga tgh picnic klu x silap.

Lady of Leisure said... BALAS

antara yang lady main: batu tujuh(lebih kurang batu seremban), tuju kasut, police n thief, congkak, and of coz main masak2 sbb dok kampung kan, habis la daun kucai nenek jadi mangsa... tapi dalam banyak2 lady paling suka congkak hihi..
eh puzzle lady main masa sekolah menengah dah, masa tu baru kenal puzzle, dapat yang seribu keping smp tak tido malam dok buat, siap my mom n dad pun kena paksa tolong buat sekali nak bagi siap cepat..
:D

Mira Marlena said... BALAS

Assalamualaikum kak,

Terjumpa blog ni lepas berblog hopping..nice entry u got in here.

Kalau games masa kecik2 (zaman pra internet) ialah kesemua yg akak cakap di atas tu.oh and not forgetting galah panjang,sep sep sep tom tom tom.. apa lagi ek???

But what I really missed most is watching Disney Channel 'The Mickey Mouse Club'.Aired from 1989-1995.*sigh* Those were the days...

Nowdays we have The Jonas lah, Hannah Montana...etc it just doesn't click anymore...i missed the 'ol disney programmes...

azie/monik said... BALAS

nariff,

monik kecik2 suka main baling selipar, rounders,susun tin, konda kondi, nyorok2 (yg ni me smpi panjat pokok manggis, galah panjang and bykkk lagi...oh..i miss my childhood

Chibi Maruko said... BALAS

me memang juara main guli, selain tu main kekejar.. main cam batu seremban tetapi guna penutup botol, ha itupun antara permainan wajib masa kecik.

**NuJie** said... BALAS

semua kt atas saya suka men..ada satu lg yg best..men chop2 tiang..kt sekolah la selalu main..
satu lg men,,mcm polis n thief jgk tp masa nk kejar tu kena jerit 'tempoyak!!!!!'
xtau apa motif..hahah!!!!

Dinas Aldi said... BALAS

Hahaha betul main chop tiang! adoi miss that. galah panjang pun best (orang utara panggil 'toi'), kena ada ramai geng tu bila nak main. zaman akak dulu ada patung kertas, boleh tukar2 baju, banyak koleksi baju dia tu & sangatlah seksi patung2 kertas itu, kahkah

Madam Sooyaree said... BALAS

asada: hahaha.. boleh la main sekali. cuma zaman kita dulu takde pulak budak lelaki nak join

lady: masak-masak pun best gak. ingat lagi dulu narif pernah masak telur dengan belacan! hahaha... masin gile bila rasa

mira: tq visit kita :) ha ah, dulu2 ada 3 channel aje, senang nak kongsi cerita kat sekolah. skang ni dgn astro, mak aih...

monik: sakit tak bila kena bola rounders tu? hehehe..

chibi: tutup botol tu yang pakai 5 keping kan? bila melekat ada sup ayam la, jamban la... best!

nujie: chop tiang ada gak kitorang main time rehat kat sekolah. kat rumah tak dapek pasal takde tiang, hehe. tempoyak? hahahahaha.. takde pulak ku main

dinas: wah terror nye dinas boleh buat patung sendiri!

marinahunny said... BALAS

hahahah! getah tu fav ms sekolah rendah. time rehat mmg pulun habis2an. kalu kat rmh xde geng nak main ikat getah kat 2 tiang pastu lompat sorang2..hahaha mcm org x betul..hehehe. lagi satu game plg best main kat sekolah ada tudung botol @ org trg panggil 'ciping'. best gile game ni. gua mmg juara bertahan la masa drjah 4. boleh kalahkan ketua kelas lagi..hahahahaa

Anna Farhana.. said... BALAS

eh,sama sejibik plak our hobbies zaman kecik! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...