Tuesday, October 5, 2010

Vaccination

Macam mana Mat Fit boleh hari-hari cucuk diri sendiri? Ewww... sakit! Erm, to begin with, ku bukan lah orang yang berani dengan jarum sangat. Dulu waktu sekolah, memang ketar lutut bila misi datang. Lagi-lagi kat area PJ, misi yang selalu datang tu mata dia cam buta sebelah. Lagi lah takut kan. Memang selalu dapat dia, dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

Waktu kat uni dulu, selalu gak derma darah. Walau takut dengan jarum, entah la, rasa best je derma darah. Mungkin pasal dapat air kotak laici lepas tu kot, hahaha. Ntah lah, yang pasti kalau waktu diorang datang uni tu, memang selalu gak la join.

Bila nak mula kerja pulak, kena pre-requisite 7 jenis vaksin yang berlainan. Not to forget, kena buat blood test jugak. Nasib baik tak bergema TTMC dengan jeritan batin ku. Sampai kat Kuwait & Libya, ada yearly blood test untuk working visa. Kat Libya punya scary sikit lah, pasal kadang-kadang sampai lebam birat diorang kerjakan tangan kita. Cari rezeki punya pasal, terima saje lah.

Tapi....

Semua tu tak sesakit bila tengok anak kita nak dicucuk jarum. Baru lah kita mula paham, perasaan mak kita kan. Dulu waktu muda eksyen, kata mak tak paham dengan jiwa kita. Dah ada anak baru tau.

Semalam kami bawak Cik Aiyu untuk vaksin 3 bulan dia. Tapi kat sini schedule lain sikit, instead of 3 months, diorang punya 2 months. So kira Cik Aiyu behind the schedule lah. Dan kat sini Rotavirus & Pneumococcal adalah wajib, bukan optional macam kat Malaysia. Cuma Rotavirus diberi in oral form, not injection. Which makes us relieve a bit. Kalau tak banyak sangat nak dicucuk nya!

Mula-mula sampai hospital, diorang tanya soalan-soalan standard lah; ada allergies ke tak, masa lahir ada complications ke tak and so on and so on. Lepas dengar pernafasan Cik Aiyu, diorang amik ukuran tinggi & berat. Anak mak sekarang dah 22-1/4" tinggi, 13 lb 7 oz berat. Sini timbang berat kena bukak semua baju dia, siap tolak 1/2 oz untuk diaper. Dah la sejuk, nasib baik ada selimut untuk cover Cik Aiyu every now and then.
Untuk vaccination, 2 orang nurse buat serentak, di peha kiri dan kanan. Kesian tengok muka Cik Aiyu. Muka dia macam terkejut, lepas tu terus nangis. Penat jugak lah nak tenangkan dia. Lepas tu dia terus tertido. Oh ya, untuk first timer macam kami, kena tunggu 20 minit lepas injection, untuk observation. Kalau-kalau ada yang sesak nafas ke, muntah-muntah ke.

Hmmm.. lagi 1 bulan kena datang lagi, untuk follow up shots. Siapa cakap jadi baby ni best, stress free? Stress tau....

9 comments:

Curly Umi said... BALAS

i ingat nurse tu! hahahahah.....

marinahunny said... BALAS

stress kena inject..hahahah sian baby kan..

{f a r a h} said... BALAS

Procedure sama je dgn kt Perth ni. Cni pun buat setiap 2 bln, pastu 4, 6, 12.,, sana vaccine free ke? Cni free

farah said... BALAS

Cik Aiyu is too too cute in dat pink blanket! (^_^)

Anonymous said... BALAS

aiyu dah ada kening :D
tapi pipi dah kurang bulat

@helen@

Dinas Aldi said... BALAS

cik Aiyu, you're guilty of being so adorable in the pink blanket okeh! (harap mak cik Aiyu dapat bagitau pada dia, hehe)

Madam Sooyaree said... BALAS

zeti: tu la, scary kan babe!

marina: orang selalu cakap baby stress free. tapi tak best gak pasal kena cucuk selang 2 bulan :(

farah: unfortunately sini kena bayar lah. amerika miskin, hihihi

farah: cik aiyu kata thank you :)

helen: aiyu dah makin slim skang. nak mula roll over kot

dinas: cik aiyu tengah tunduk malu tu, hehehe

AkaZukii said... BALAS

hoood!!!!!!!! aku tau entry ni da lama, tapi nk jugak ckp..aku pun ingat nurse tu! scary gilerrr aar, rasanya dia mmg misi pkd pj la..hihi

DeLancrettLurpak said... BALAS

Kat malaysia rotavirus and pneumococcal jab tu kena byr..mahal gilos!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...