Monday, October 25, 2010

Pumpkin Mumpkin

Siapa pernah pumpkin carving? I tak pernah you, hehehe...

Sebagai warga jakun, haruslah nak share di blog kan. Thanks to Cik Abe, hari ni saya telah jadi pengukir yang berjaya.

Pertama sekali, kenalah cari labu yang sesuai. Sesuai untuk diukir, bukan sesuai untuk ditukar menjadi kereta kuda Cinderella.
Labu ni kami beli di Economart. Harga tak silap USD 0.98/lb. Maximum price USD12 per pumpkin. Kami punya ni 19 lb, so kira maksimum lah. Elok pilih labu yang dah masak dan masih keras. Kalau pilih tak masak, gigih pulak korang nak tusuk kang. Tekstur keras tu penting, because the pumpkin will be softer day by day. Cik Abe kata makin lama nampak lagi scary nanti.

Bila dah ada labu, kena lah ada pisau. Patut ada set untuk pumpkin carving, tapi orang kedekut taik idung masin macam kami, pakai pisau biasa aje.

Mula-mula, potong bahagian atas. Pastikan potongan tu ada angle ke dalam, supaya nanti boleh ditutup balik.


Taaa daaa...


Lepas tu, bersihkan isi perut labu itu. Kasi smooth gitu. Ada orang yang bakar biji labu ni, pastu makan. Tapi kitorang tak buat lah, pasal tak minat nak makan.



Selepas itu, boleh la mula design muka labu. Nak muka scary ke, happy ke, ala Rozita Che Wan ke, terpulang pada masing-masing. Kitorang yang takde bakat seni ni, kena lah amik design simple simple kan.



Lepas tu, mula lah anda mengukir. Elok-elok pegang pisau, jangan ukir tangan sendiri pulak.


Bila dah siap, bersihkan jurai-jurai di dalam labu tu. Kasi handsome sikit, baru sedap mata memandang.


Siap! Senang kan?


Boleh letak lilin dalam tu, pasang waktu malam.

Yang lebihan labu tu jangan buang. Masak lomak labu pun sodap!

13 comments:

fatt said... BALAS

so cute..pumpkin sama besar dgn cik aiyu...tersenyum je duk sebelah pumpkin..comel. hehe :)

4 Kay-E said... BALAS

Comelnye cik aiyu dgn pumpkin tu. hehee...

marinahunny said... BALAS

boleh letak cik aiyu dlm tu..hahaha

{f a r a h} said... BALAS

i penah buat masa kecik2 dulu, i ni dh la x minat labut so sambil buat tu mcm nk muntah je...hahaha

tp tang trick or treat bestkn...

Madam Sooyaree said... BALAS

fatt & ita: thanks :)

marina: i duk terpikir, nak potong bawah tu masukkan kepala kita, hahaha

farah: wah, masak lemak labu la best! :D treat & trick tak buat tahun ni, tunggu cik aiyu boleh jalan dulu, hehehe

lyza said... BALAS

aiyu yang comey...

KV said... BALAS

woww!!! besar gak eh size labu tu. Nampak kecik cik aiyu. Hehe

Leez said... BALAS

Dah sama besar plak cik aiyu dgn pumpkin.....so comels!!!

Lady of Leisure said... BALAS

bestnya.. nanti halloween sure ramai bebudak datang beraya kan.. suka tgk pic cik aiyu ngan pumpkin tu heheh..

Dinas Aldi said... BALAS

alalala hilang kengerian pumpkin tu bila ada budak tomei kat sebelah tu, hihihih!

Marliza said... BALAS

Huda im so in love with aiyu but of course qairyn is still the 1st :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Lyza: See the mother la, hehehe

KV: Itu lah, padahal anak hamba tak la kecik mana

Leez: TQ :)

Lady: Harap2 cukup la cokelat untuk kanak2. Nasib baik sini tak mintak duit raya. Naya!

Dinas: Budak sebelah tu kadang2 boleh lagi ngeri dari pumpkin, hihihi

Marliza: Thanks dear, of course Qairyn #1! :D

Hisfazilah said... BALAS

Huda, I pun baru mengukir labu. Jakun juga you! Suke follow blog you. Keep updating!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...