Wednesday, October 13, 2010

Surat untuk Buttercup

Kepada Encik Buttercup,

Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa saya adalah peminat terbesar anda. Setiap kuih-muih dan kek saya tidak akan menjadi tanpa anda. Erm, kecuali kuih semperit pasal saya pakai Golden Churn, hehe.

Ok lah, saya minat anda kerana harga anda yang berpatutan. Tidak seperti rakan anda si Golden Churn, satu tin 300gm sampai berbelas ringgit! Walaupun pada raya tahun ini harga butter naik mendadak, saya tetap setia dengan anda, dan tidak berpaling tadah pada Planta.

Tapi... saya ada sedikit kekecewaan terhadap anda. Dan juga semua butter di Malaysia. Setiap butter yang dibungkus 250gm, adalah amat sesuai untuk resipi yang memerlukan 250gm butter. Tetapi untuk resipi yang memerlukan cawan, oh tidak! Adalah sungguh sukar untuk menyukat butter itu dalam bentuk cawan. Maka setiap kali kek saya tak jadi, saya akan salahkan sukatan butter, hehehe.

Maka, dengan ikhlasnya, saya ingin mencadangkan agar butter di Malaysia untuk dibungkus seperti rakan butter anda di Amerika.


Mudah kan? Lepas ini, nescaya anda tidak akan dipersalahkan lagi bila resipi tak menjadi.

Yang benar,
Sweet tooth fairy

6 comments:

Syima Syaz said... BALAS

hahaha...memang bagus ni...

marinahunny said... BALAS

buttercup tu laki ek? hahaha

tp bagus packing gtu kan..senang keja..

Madam Sooyaree said... BALAS

syima: senang kan nak baking kalau macam ni

marina: ntah, rasa lagi manja kalau panggil encik, hehe

Imparfait Saint said... BALAS

itulah sakit hati kalau tgk resipi mat saleh - butter dia dah ada sukatan siap2

Dinas Aldi said... BALAS

hehe cute sungguh surat kepada encik buttercup ni

Anonymous said... BALAS

you boleh check di internet. ada website boleh calculate for you the exact amt of 1/4 cup in gm

http://www.dianasdesserts.com/index.cfm/fuseaction/tools.measures/Measures.cfm

all the best

Regards,
Sally

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...