Sunday, October 17, 2010

Teething problem

Sejak kebelakangan ni, Cik Aiyu asyik merungut. Kami saspens saspek is due to teething. Selain air liur meleleh selalu, dia suka macam kunyah-kunyah lidah. Mula-mula tu takut jugak lah, macam tak betul je kan. Lama-lama fikir, mungkin pasal gusi dia gatal kot.

So we bought her some teething gel, as per recommended by makcik Cik Abe. Dia pun baru dapat cucu, baru setahun umur. So kira info dia masih fresh lah. Tau-tau aje lah, barang-barang baby bertukar sama cepat dengan Coach tukar koleksi baru. Tak dapek den nak follow.

Alhamdulillah, so far berkesan lah teething gel ni. Tapi tak kerap sangat pun pakai, macam selang sehari camtu aje. Bila Cik Aiyu mula merungut sambil kunyah-kunyah lidah tu, kitorang sapu sikit kat gusi dia. Tapi taktik tu hanya jalan bila dia nangis pasal sakit gusi lah. Kalau nangis pasal nak attention, terpaksa lah main-main dengan dia. Paling senang nak comfort dia, is to hold her while kami atas rocking chair. Tipu. Paling senang, adalah untuk dukung dia sambil berdiri. Lepas tu kena enjut-enjut dia. Pusing kiri kanan. Tapi honestly, memang tak larat nak buat lama-lama. So ku akan go for the second best, the rocking chair option. Hai, nasiblah mak kau ni tak kerja kan.

As for mak Cik Aiyu, hari ni tangan sudah lenguh. Bukan pasal mengemas. Rumah alhamdulillah dah ok. Cuma bilik Cik Aiyu tak buat lagi, pasal tak jumpa dresser yang berkenan. Tangan lenguh pasal semalam sibuk ber boxing. Jangan risau, bukan gaduh laki bini. Boxing dengan Wii Fit Plus. Harap-harap lepas ni dapat Michelle Obama's arms.


Pasal Cik Abe perasan dia ada Barack Obama's abs.


Hahahaha, elok la kan, laki bini perasan :D

7 comments:

fatt said... BALAS

besarnya lengan wife obama!! :P

cptnya cik aiyu progress..nti sedar tak sedar dah kuar gigi sulung :)

marinahunny said... BALAS

hahahahahaa lawak la korang nih..

{f a r a h} said... BALAS

Ubat tu ltk mcm tu je ke kt gusi?

I x penah ltk pape sbb bengong sgt...sbb mcm tahan je la nangis2 ni...keja nk nenen je

rara said... BALAS

i kalau wii suka main golf dengan tennis. nak main betul2 takde geng. terpaksa la ku main secara virtual. hahaha...

KV said... BALAS

haha..takpe, perasan pun antara laki bini jek. ;P

Madam Sooyaree said... BALAS

fatt: besar muscle tu, hehehe. ku besar lelemak aje :P

marina: tu dah takde kerja namanye

farah: ha ah, letak aje camtu. direction kata boleh pakai every 15 mins, tapi kitorang pakai every other day je, tanak biasakan sangat

rara: i kalau main tennis mesti terikut2 mii tu goyang bahu, hahaha

KV: laki bini, dan juga satu blog dah tau, hahaha :P

miralatiff said... BALAS

gum cik aiyu dah makin mengeras..tu yg gatal..kekadang tak pasal2 nak cranky kan..kena banyak sabar okay! I know you are strong..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...