Wednesday, November 3, 2010

It's time to say good bye



Setelah sekian lama bertangguh, akhirnya terlaksana jua cita-cita untuk mengemas bilik yang satu lagi. Cadangan asal adalah untuk jadikan bilik itu bilik Cik Aiyu. Letak katil, dresser, rocking chair untuk menyusu. Macam yang selalu kita tengok dalam cita omputeh tu. Tapi ehhh... bila baby dah keluar, cadangan semua bertukar.

Nak bangun tengah malam untuk menyusukan dia pun malas, ini kan pulak nak pergi amik dia kat bilik lain. Tinggi betul cita-cita asal ku kan. Tapi barang dia memang masih bersepah la dalam bilik tu. Siapa sangka, bayi yang sungguh kecil memerlukan barang yang sungguh banyak! Tu belum lagi masuk gadgets dia lagi. Stroller dia skang dah occupy setengah kereta kot. Belum lagi car seat yang besar bagak.

Baju-baju Cik Aiyu yang dah tak muat, semua dah packing. Cepat sungguh budak-budak membesar, kan. Semua baju letak dalam satu bag, siap seal cap mohor lagi. Siap-siap asingkan untuk 0-3 months size. Kalau nak pakai lagi (errkk...) atau nak bagi orang senang. Baju Cik Aiyu skang ni pun ada yang orang kasi. Kira hands on lah. Ada yang baru tak pakai lagi, pasal musim tak sesuai. Susah kan bila tinggal kat tempat 4 musim, baju kena ikut cuaca. Kalau masa kat Malaysia, memang Cik Aiyu 24 jam duk pakai onesies aje.

Sayu jugak time packing tu. Iye lah, anak pertama kan. Rasa sesuatu gitu. Lagi-lagi baju Cik Aiyu banyak sumbangan orang ramai, especially daripada Cik Helen. Kira memori gitu lah. Tapi apa nak buat. It's time to say good bye kepada baju-baju yang banyak berjasa.

7 comments:

Imparfait Saint said... BALAS

i pulak tgk korek baju lama Maiqel hehe

uNi said... BALAS

awwww..dah tak muat dah sume baju dia? cepat tul membesar,but actually mmg camtu la huds..tgk anak2 kakak aku pun..tetiba dah std 2 sekarang ni,time flies! nways,miss u lots..kiss aiyu for me :)

{f a r a h} said... BALAS

Aku nmpk Ada onesie robot dr mothercare. Adrian pun ada juga. Comelkan! Tinggi nya cita2 nk tidorkn baby kt bilik lain...hahahha

miralatiff said... BALAS

Sedihkan nak pack baju2 anak ni..Buat kita realize yang cepatnya anak kite membesar..

Anonymous said... BALAS

baju mommy and i love 2 shop tu paling nostalgic .. kejap je dah tak muat ..

baju leher kerawang yg aiyu banjir kat airport tu dah ketat juga ke ..

@helen@

Madam Sooyaree said... BALAS

jas: nasib baik boy. kalau girl, ada alasan shopping besar, heheeh

uni: tu la, rasa macam baru je gi wedding kak ina & nana. ok, will do! rindu korang jugak weh, wish i was there for dd's engagement

farah: ha ah, baju robots tu :D masa preggie kitorang tak check jantina, tu yang beli baju2 ala neutral :D. tinggi sangat ke cita-cita tu? tinggi jugak la kan, hahahaha

mira: true. tengok gambar emir pun, memang dah big boy sangat dia.

helen: baju kerawang tu antara paling awal tak muat. aiyu skang memanjang, badan maintain sama. tu pun kurang gebu dah, sejak sibuk ber exercise

ComeyBelako said... BALAS

mama aiyu, mama caf kan setiap kali baby dah besau mesti donate baju dan segala kelengkapan kepada mereka yang memerlukan....kunun2nya stop production lah kan. dan setiap kali itu lah mama caf kena beli lagi kelengkapan bila on production balik....pi mai pi mai dah 4 kali dah pon. i have 4 angels now.

kiss for aiyu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...