Sunday, December 5, 2010

Olson Christmas party

*Edited version, tambah gambar baru dapat*

Akhirnya, dapat juga pegang laptop.

Awal pagi tadi Cik Aiyu dengan jayanya telah meng squash kan diaper nya seawal jam 2:30 a.m. One thing about Cik Aiyu, dia bukanlah baby yang tanak menyusu bila telah berry-berry. Dia on saje. So bila di tanak tido balik lepas menyusu, kesangsian telah tiba. Cuba lagi kasi susu, dia still tak tido. Setelah di check oleh detektif diaper (Cik Abe yang suka analisa keadaan tinja anak), rupa-rupa nya ada hasil di situ.

Lepas tukar diaper, dia bantai pulak tanak tido. Dah la tanak tido, dia buat bunyi kurr kurr kurr lagi, sambil cakar-cakar tempat tido. Adehhh... mak nya dah pening kepala. Lantas bawak anak keluar bilik, lepak kat ruang tamu. Kasi dia tengok lampu lip lap. Nak dekat pukul 5 pagi barulah dia tertido balik.


Tengahari tadi, ada Christmas party belah mak mertua. Ramai jugak yang datang, meriah gitu. Mula-mula sampai, biasalah, sesi update gossip, anak siapa nak kawin, anak siapa bercerai, anak siapa ada anak, dan sebagainya. Lepas tu, kami amik giliran naik hayride.


Gambar kita-kita aje. Gambar dengan kuda takde pasal Cik Abe allergy dengan bulu kuda.

Walau naik kereta, stroller, 4 wheeler ataupun kuda, Cik Aiyu pastinya akan terlelap. Asal gerak.

Yang best belakang hayride tu, ada 2 tali diikat pada papan luncur, untuk budak-budak kneeboarding. Amik kau, merah muka mak ngah sorang-sorang, syiok main snow punya pasal. Tapi sebagai Asian sejati, sedih giler ok pasal tak bawak phone untuk amik gambar!

Lepas pusing-pusing, semua masuk untuk acara makan-makan. Ok-ok lah, semua deep fry food. Tang dessert aje yang menarik hati, hihihi.. Finally, ada game tukar-tukar hadiah. Semua orang kena bawak hadiah yang bernilai USD10, pastu ada lucky draw untuk peserta. Kalau dapat hadiah yang kita tak suka, boleh tukar dengan orang lain. Kira siapa yang kena draw awal tak untung lah, pasal chances nak dapat hadiah yang best adalah kurang.

Hadiah paling best???

Bapak mertua eden dapat Barbie doll!!!

Hahahahah... Barbie doll siap pakai gaun kembang ni, dengan sikat lagi.

Hadiah asal dia dapat toiletries, then dia tukar dengan orang lain untuk dapat gasoline container. Tapi ada sorang ni dapat Barbie doll tu, terus rampas gasoline container tu dari bapak mertua. Terus dia stuck dengan Barbie doll, hehehehe...

Ok lah, esok nak balik rumah dah. 7 jam memandu. Baik packing sekarang. Harap-harap esok Cik Aiyu ok lah, pasal selalu lepas 4 jam pertama dia akan berdondang sayang. Hold on baby!

9 comments:

marinahunny said... BALAS

hahaha nanti bagi cik aiyu je lah doll tu hahaha

My Life My World said... BALAS

Ala ala ... kalau ada gambo mesti lagi best I membayangkan nyer. Macam Syiok jer kan :)

Syima Syaz said... BALAS

hahahaha part kelakar FIL dapat barbie doll...so cute...tp takde gambar...hehehe

Anonymous said... BALAS

ateh..napa gambar aiyu sikit je..tak best la...
@arissa@

Dinas Aldi said... BALAS

heheheh lelaki dapat Barbie doll ni hilarious sungguh!

oh comel cik Aiyu sedang nak lena tu!

Amy Z! said... BALAS

travel dan baby memang hectic la. dah la duduk je dlm kereta tak boleh bawak dia jalan2 in case dia mengamuk. sungguh mencabar.

bestnya christmas party. seronok dpt hadiah. hahaha. dapat barbie doll oke apa. nanti cik aiyu juga boleh main. hihi.

cik aiyu ni.. geramla auntie tgk dia pegang kaki mcm tu. hihi.

Lady of Leisure said... BALAS

hehehe.. barbie doll tu nanti mesti dapat kat cik aiyu kan.. :D sejuknya narif nengok pic tu semua, rasanya kalau i pun sure jadi cam cik aiyu, tido jer asal masuk kete.. kat mesia yang panas ni pun asal masuk keje i tido nyenyak as soon kene ekon.. siap ternganga lagi kihkihkih..,

Madam Sooyaree said... BALAS

marina: mak cik aiyu pun dapat barbie doll, camno?

acik: best jugak, kira lain lah kan. tapi sojuk!

syima: itulah, kalau ada paparazzi ni, mesti boleh amik gambar muka cencurut nye, hehe

arissa: asyik nak tgk gambar aiyu aje, gamba ateh tanak ke?

dinas: semorang gelak besar time FIL dapat doll tu, hehehe

amyz: cik aiyu nak show off tu, tau kita ramai takleh nak stretch cam dia

lady: hahahahah... self confession tu! i tido pun selalu ternganga, hihihi

cik ieka said... BALAS

http://szslifestories.blogspot.com/.... cik aiyu sgt comel laaa. meh la dtg ke blok cik eika... yer mai korner.... yg lain juge bleh turut serta mengisi mase lpg... have a nice day...blogspot friends... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...