Monday, December 13, 2010

Penderaan bapa & anak

Hari ni best giler.

Pertama sekali, ada jiran yang baik hati. Tak sure pun jiran yang mana, tapi dia ada buat misteri sikit di pagi hari. Misteri yang menggembirakan selorong rumah.

Jiran yang baik hati ini telah membersihkan lorong laluan pejalan kaki dengan snow blower nya. Bukan itu aje, depan pintu kami pun dibersihkannya! Mulia sungguh hati dia kan. Macam wajib dibalas dengan cookies sepinggan. Kalau setiap kali salji turun dia buat macam tu, usahkan sepinggan, sekilo tepung pun boleh.

Kedua, hari ni Cik Abe jemput kawan dia untuk dinner. Dah jemput orang datang, kenalah kemas rumah. Biasalah, hidup kena berpura-pura. Hari ini kami berpura-pura yang kami ni rajin orangnya. Jadi kami pun kemas dengan kadar terperinci, dari vaccum lantai hinggalah bersihkan sinki bilik air. Bila dah siap semua, rasa best ajer kan.

Ketiga, Cik Abe masak dinner. Cik Aiyu pun tolong sama.
Biarkan diorang anak-beranak kena dera. Mak-mak yang tak kerja pun kena ada time off ok.

11 comments:

KV said... BALAS

memang mak-mak memerlukan sgt time off. Heehee

Dinas Aldi said... BALAS

wah bless his soul, baik sungguh hati org tu! i tengok gambar salji tinggi semalam tu pun rasa penat, dia siap tolong bersihkan.

gigih cik Aiyu menolong tu, kihkihkih! err, jangan potong bawang depan dia sudahlah..

FaznFaz said... BALAS

comelnyaaa...... harapan laaa al nak buat macam tue.... hahahha!!! anak aku duk pegaaang je laaa kaki aku waktu aku masak...

My Life My World said... BALAS

Eh! sama ler kiter ... kalau ada orang datang memang tetiba rajin jer kemas rumah. Tahap abuk pun segan nak singgah. Memang berpura-pura pun :) Kalau tidak, bantal pun naik atas meja makan ... hehehehe

Anonymous said... BALAS

betul betul betul...stuju sesangat.. :D :D
aye time off tiap kali World Cup n Euro Cup(bola le) tiba...yesss...;)
aiyu yang comey..muahhh...
@kakliza@

laila said... BALAS

bagus ni
cepat cik aiyu terer masak nanti
huhuhu

Lady of Leisure said... BALAS

haha comel cik aiyu masuk dapo, and i love pic cik ayu yang ada bunga tepi kepala itu.. so cute!

An Aspiring Writer said... BALAS

citer pasal doing someone a favour ni,

saya pernah sekali tu tolong bayarkan groceries untuk seorang pakcik ni. dia dah tua,prolly around 60-ish gitu, tapi tgk barang yg dia beli mcm nak masak for one (could be dia masak sendiri- how sad kan?) i assume dia loner, takde wife.. ahhaha suka2 je assume gitu kan? haha but anyway, pakcik tu tak perasan what i did,dia duk kira duit dia untuk cukupkan. bila dah selesai bayar groceries dia and mine sekali, saya pun beransurlah. bila pakcik tu tahu dia punya dah ada orang byar, guess what? dimarahnya orang kaunter tu! alahaii.. garangnya pakcik! eheheh

but afterwards, i felt so happy top have helped ease his burden a bit, even tho he might not like it!

ComeyBelako said... BALAS

Mak Aiyu...keh2....suka sangat ayat hidup ini perlu berpura2 itu.

An Aspiring Writer - barakAllah. CB nak share jugak satu citer hampeh. CB gi makan dgn hubby. Ada couple buta masa tu dok tanya tokey harga lauk. Last2 CB nampak depa amik telur + kuah + ayaq suam. Hubby CB tolong bayaq...tau dak berapa sepinggan..RM5 plus. tak logik la. Memang CB sumpah jadi kodok la taukey tu...pekena orang kurang upaya ni. Mcm la kami tak nampak makcik pakcik tu amik lauk apa. But we all diam ja lah. Allah swt maha mengetahui. Nanti CB jengah An Aspiring Writer blog hokay.

An Aspiring Writer said... BALAS

cik CB, oh naya nya cerita! betul.. biar dia jawab dengan Allah nanti.. haih tak kemana pun barang berapa ringgit dia buat duit dgn pasangan OKU tu.. nauzubillah :)

haaaa mai na blog amba yg tak seberapa tu.. harap2 leh la menghiburkan hati kut mana yg buleh hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

KV: mak-mak pun kena day off kan.. dah le underpaid, hihi

dinas: itu lah, nanti next time kalau dia tolong lagi, kena stop dia tanya jiran mana. cik abe kalau potong bawang, kami larriiii..

eila: anak kau dah besar, tak sesuai duduk dalam carrier tau!

acik: itu harusss.. penat la nak rumah kemas 24 jam kan...

kak liza: kalau musim bola memang harus esok tido di opis, hihih

laila: harap-harap umur 5 tahun cik aiyu dah pandai masak. boleh kerahan tenaga, hehe

lady: nanti i suruh cik aiyu berguru masak dengan u, boleh?

AAW: i rasa sesetengah elderly memang macam tu, tak suka dibantu. they still have the pride, ala-ala tanak disimpati oleh orang. tapi kita niat baik kan :)

CB: iskh, tak baik nye tauke tu! naya kat orang, dah la orang kurang upaya. makan duit haram, tak boleh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...