Friday, December 31, 2010

Tuan rumah bertukang

Hari ini nak bangga diri kejap.

Tengahari tadi, mood rajin nak baiki blog datang tetiba. Asyik jalan-jalan tengok blog orang yang cantik-cantik, rasa jealous tauuu... Nasib baik bukan jalan-jalan rumah jiran, kalau tak dah kena beli sofa baru. Atau tv 54 inci.

Jadi selepas acara godek-godek berlaku, taaa daaaa... akhirnya ku jumpa cara nak buat tab kat bawah header tu. I know, I know, agak terlambat kan. Orang lain dah boleh buat html sendiri, kita baru nak terkedek-kedek. Itulah, waktu belajar C++ dulu kau berangan. Skang basic untuk komputer langsung takde. Padan muka. Nasib baik reti layari porn internet.

Anyway, hari ini tuan rumah berazam nak baiki Sooyaree's Closet. Kalau Sally baby nya adalah Gen 2, Sooyaree's Closet adalah baby Helen & I ok. Kalau takde Sooyaree's Closet, memang haram ku takkan belajar ber blog. Kalau takde blog, takde la Maikorner. Dan takde jugak lah gang-gang mesyuarat tingkap. Mesti hidup kurang bermakna gitu. Awwww...

Cerita pasal awek tu, Cik Aiyu hari ni mood tak betul lagi. Gigi keempat dah keluar, tapi gusi dia ada putih-putih lagi di belah gigi taring. Adakah? Apa anak aku ni terlebih sangat kalsium ke?

Nasib baik dia ada Jumperoo penawar hati. Bersungguh-sungguh melompat tadi. Maklumlah, kaki dah sampai. Sebelum ni kena support dengan Wii board. Sekarang ni dah boleh cecah lantai. Nampak macam best aje. Kalau ada size besar kompem mak nye join sekali, hehehehe...

Ok lah, nak gi bikin blog.

Gambar sebelum:-

Gambar selepas:-

TUNGGU!!! :D


6 comments:

Lady of Leisure said... BALAS

nak new year ni semua orang cat rumah baru ek hehe.. btw cik aiyu dah 6 bulan ye.. makin comel, makin gebu and makin bijak.. hugs and kiss for cik aiyu.. :)

Anonymous said... BALAS

nanti record video aiyu tgh main jumperoo... nak tengok ..hehehe

@ elen @

e s c a p e d said... BALAS

okeh!..

saya tunggu!.... :)

Dinas Aldi said... BALAS

weh, buat saspen, kena tunggu macam drama bersiri la pulak, kehkehkeh!

ICAZIESYIRA said... BALAS

wahhhh
ade lipstik merah eh?

Madam Sooyaree said... BALAS

Lady,
Thank you dear :) Selamat tahun baru!

Helen,
Genie dah tunaikan wish anda, hihihi

Dinas,
Masih dalam proses, tapi banyak dah update le, hehe

Ica,
Sexy tak bibir I? Hahaha.. berangan la kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...