Sunday, January 16, 2011

Yoga ke longkang

Ingat tak, ada orang hari tu poyo-poyo nak kurus sempena tahun 2011?

Oh well... setelah 2 minggu menternak lemak (i.e. tak berbuat apa kecuali mengunyah cokelat), hari ni kami laki bini kembali pada alam realiti. Scale digital yang baru dibeli nampaknya sungguh tak friendly. Ada ke patut tunjuk yang kitorang ni lagi berat daripada yang disangkakan? Tak patut sungguh!

Jadi, hari ni kami keluarkan balik Wii board yang sudah berhabuk tu. Kami beryoga. Best tau yoga ni. Dulu masa kat Malaysia hampir setiap hari ku pergi True Fitness untuk kelas yoga. Tapi bila dah preggy, kena stop lah. Yoga yang diorang buat tu bukan untuk pregnant ladies. Lagipun dah kata first pregnancy, so takut kalau ada apa-apa complication. Better be safe than sorry :P

Yoga hari ni, ikut arahan game di tv. Takde instructor yang datang dekat suruh stretch lebih. Instructor kecil ade lah, sibuk dia nak join sama. Nasib baik tak terpijak. Kena umpan dengan handphone baru dia leka. Inilah budak-budak, barang permainan tak nak. Yang diorang suka nak main, adalah benda-benda yang diorang tak patut main. Lantak kau lah.

Adakah dengan beryoga, tuan punya blog terasa lebih langsing?

Sudah pasti!

Tapi untuk 30 minit aje, pasal lepas tu kami pergi dinner di Applebee's.

Dengan hanya minuman, semua aksi yoga tadi boleh dibuang ke longkang.

Oreo shake. Hamik kau! 4 scoop ice cream, tamau kalah.

Makanan empunya blog. Sizzling Asian shrimp. Boleh tahan lazat, tapi pedas sikit.

Makanan Cik Abe. Shrimp basket. Goreng-goreng memang le sedap!

Makanan Cik Aiyu. Kasut busuk.

Ehhh... kami tak sekejam tu. Cik Aiyu makan Gerber sweet potatoes tadi. Kasut tu kira dessert le.


Cuba perhatikan gambar di atas. Apakah perubahan yang telah berlaku berbanding dengan gambar-gambar dalam post sebelum ini?

Sila nyatakan.


12 comments:

aikasayang said... BALAS

best jgk yoga guna wii
cuma lama2 jadi borink..
berhabuk jgk lah wii board tu dalam kotak..hehehe..

p/s perubahan dalam gmbr tu bukan ke guna watermark baru?

Madam Sooyaree said... BALAS

Aikasayang,
Lama-lama boring kan. Tapi skang ni pasal lama tak pakai, jadi semangat balik, hihi
P/S: Teeettttt... tekaan salah :P Boleh cuba lagi :D

Marliza said... BALAS

hehe i know i know! ur hubby put on weight...

ati_emylia said... BALAS

cik abe dah takdek janggut....heheh

lemongrass said... BALAS

Cik Aiyu sorang yang still maintain berat sbb dia sorang tak makan dessert yg yummy like the oreo thickshake!
Cik Aiyu cuma makan uggboots for dessert aje, hehehehe

Dark @ng3L said... BALAS

cik aiyu tak senyum....

{f a r a h} said... BALAS

Cik Abe mu dh xde janggut :)

Dinas Aldi said... BALAS

mahal dessert cik Aiyu tu okeh!
err..apa yg berbeza ah..I rasa cik Aiyu tak menunjukkan giginya?

Syima Syaz said... BALAS

ape ek?aduhhh blur plak tetiba...hehe

e s c a p e d said... BALAS

hehe..kelakar...

hep!..selalu ke sini, tulisan kamu selalu buat aku tersenyum...moga yang baik-baik buat kamu seluruhnya... :)

salam peluk cium buat si anak gadis comel!.. :)

lady lavender said... BALAS

tang bab makan lupa segala yoga & diet. lepas mkn baru tersedar hiihii..

Madam Sooyaree said... BALAS

Marliza,
Tu betul jugak, hahaha..tapi bukan jawapan yang dicari :P

Emy,
Ya betul!!! :D

LG,
Itulah, mak bapak yang tambah berat. Anak yang patut tambah berat, duk asyik maintain aje

Dark Angel,
Sorry... jawapan nya salah :P

Farah,
Ya betulll!! Sorang lagi yang tepat

Dinas,
Mahal kan dessert. Tapi takpe, beli sekali, makan 20 kali. Jawapan nya adalah Cik Abe sudah tidak berjanggut

Syima,
Janggut Cik Abe yang berbeza, hihihi

Escaped,
Terima kasih, kita terharu awak sudi jenguk blog ni selalu :)

Lady Lavender,
Itu namanya tak sedar diri! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...