Thursday, February 24, 2011

Aiyu's first playdate

Date: 20 Feb 2011
Place: Matt & Trista's place
Time: 2000 - 2200


Ni kawan pertama Cik Aiyu, namanya Landon. Muda 40 hari dari Cik Aiyu. Kawan ye, bukan boipren.


Masa baru sampai tu takut jugak. Ialah, sebelum ni Cik Aiyu tanak dengan orang lain bila ada majlis keramaian. Dengan mak nya aje nak melekat. Takut jugak kan bila anak jadi anti social. Alhamdulillah malam Ahad lepas, dia ok aje. Mungkin agaknya ada rakan sebaya, lepas tu takde orang ramai-ramai kerumun dia. Claustrophobia jugak rupanya anakku ini.


Tengok tu, masing-masing dah jadi kacang lupakan kulit. Cik Aiyu duk melepak dengan mak bapak Landon, yang Landon sibuk nak beramas beramah mesra ngan kami.

Macam best aje tengok diorang sama-sama merangkak, pastu share atau berebut mainan. Nasib baik takde adegan buli membuli. Dua-dua rela aje gitu. Yang kelakar bila sorang mula main lompat-lompat, yang lagi satu pun sibuk nak ikut sama. Lepas tu sorang duk tepuk tangan, sorang lagi follow.


Since kami datang lambat, diorang duduk main-main dalam sejam lebih aje lah. Landon seperti bayi omputeh yang lain, tido awal. Cik Aiyu yang bontot cokelat, tido ikut sukati mak bapak dia. Lepas Landon masuk tido, Cik Aiyu tibai mainan budak tu, hahaha.. Kalau hak orang, memang best aje kan!

Balik tu kami rasa lega sikit, kurang risau yang kemungkinan Cik Aiyu anti social. Biasalah, anak baru sorang, macam-macam difikirkan. Kalau dah berderet nanti (eh, ade ke?) lantak pi lah orang kata. Sedar-sedar ada yang tertinggal kat shopping mall, hahaha...

Ok Cik Aiyu, next time kita hantar dating lagi!



11 comments:

{f a r a h} said... BALAS

Haha...adrian Ada cousin, my sis nye anak yg muda 2 hari je dari Adrian...si cousin dia ni, ariz, suka main dgn Adrian..

Adrian bajet x cool la main dgn bdk umur sebaya...sebok nak Main dgn abg si ariz yg umur 5 thn...

Umie said... BALAS

muaz pun skrg dah pandai nak jd anti-social..risau gak nih..x sabo nak tunggu dia umo setahun lebih, nak anto dia pegi school so that bole beramas mesra ngan rakan sebaya nnt..lgpun nak suruh dia belaja nihongo (bahasa jepun) kat school tu nnt & of coz panjang le langkah kaki mak-paknye nih pi berdating bile anaknye pi sekolah..hehee

Nanak said... BALAS

my baby pun kalu tk biasa dgn org lain mmg melekat je dgn mommy..senyum boleh tp kalau org lain nak dukung,dia nangis..

Kaseh said... BALAS

wooo tecik2 dah dating yer.. hehe tapi betol huda..kena bawak aiyu kuar tpt ramai2 org salu..esp kat taman2 mana2 yg ada ramai kids.. tapi skang sejuk lak kat sana eik..hehe

Dinas Aldi said... BALAS

hah, cik Aiyu asyik ngadap mak bapak Landon tu apasal, kehkehkeh!

Lady of Leisure said... BALAS

ooo cik aiyu gi dating eh.. kikiki i remember itu hari cik aiyu berkenan kat buaian baby lain gak kan.. :D

laila said... BALAS

ada calon boifren utk saya tak kak?
nak dating gak hahaha

Unaizah said... BALAS

Wah Cik Aiyu dah pandai berkawan. It's good to expose kids to other kids yg same age. They can learn to interact.

ati_emylia said... BALAS

tunggu dia besar skit msti ade adegan rebut2 n tarik2...heheh

emy

nur easy said... BALAS

cantik la walker cik aiyu..;)

Madam Sooyaree said... BALAS

Farah,
Cik Aiyu ni tak suka kalau orang kerumun dia. Esok mungkin jumpa sepupu 3 tahun dia, kita tengok camne :D

Umie,
Muaz kawaii! (betul ke kawaii untuk comel?) Wahh.. plan jauh ke depan nampak, nak berdating ye!

Nanak,
Kena bawak Fredo jumpa awek sebaya kot, hihihi

Kaseh,
Kalau bawak pergi taman sekarang, taik anjing beku adalah, haha.. Nanti kena atur playdate lagi ni

Dinas,
Biasa lah, hak orang jugak dia nak! Hahah!

Lady of Leisure,
Dating ditemani mak bapak, hahaha.. Itulah dulu buaian orang. Skang ni jumper orang. Jangan besa esok minat boipren orang sudah, hihihi

Laila,
Ada yang, umur 10 tahun. Nak? :D

Unaizah,
That's what we plan to do. Suruh dia belajar interact, kalau tak kita gak yang naya!

Emy,
Nasib baik skang ni rambut pendek, jadi kalau tarik-tarik barang tu boleh tahan lagi lah, hihih

Nur,
Tu bukan walker, to Exersaucer. Bukan Aiyu punya pun, Landon punya, hihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...