Tuesday, April 19, 2011

Dulu 8, kini 9!

Pertama sekali, patik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengucapkan sejahtera ke atas patik yang gering semalam. Tidak dapat patik gambarkan betapa terharunya patik dengan hati mulia rakan taulan semua.

Haaa.. ok tak prosa klasik ku? Ok lah kan, SPM dulu pun dapat 4 aje untuk BM. Haippp, dasar orang tak paham bahasa! 

Tapi jujur ingin ku katakan, makasih banyak-banyak pada semua. Pagi ni pun pening-pening lalat sikit (toksah nak propa ahkak preggy pulak dah!), tapi elok sikit dari semalam. Bak kata Kak Azian, mungkin sakit salah urat, untuk ibu-ibu yang bekerja keras (hewahh!!) dan tak cukup tido. Iye, sekarang ni kalau dapat tido 6 jam tu pun kira heaven. Korang tak tengok lagi dasar permukaan kulit aku, banyak gila bumper. Dulu banyak lopak aje, skang bumper kecik banyak sungguh timbul di dahi dan pipi. Yikes!

Anyway, hari ni kami ke rumah mertua. Cik Abe cakap mungkin last time before kami pindah Texas. Lagipun this weekend there'll be a cause for his uncle who's diagnosed with cancer. Fundraising gitu. We will not be able to make it, tapi nak jugaklah bersua muka kan. Takut-takut tak sempat jumpa lagi, siapa tahu :(. 

Memandangkan aku cam tak sihat sangat, aku banyak tersandar aje lah. Cik Aiyu pun tak banyak ragam sangat, cuma kekadang tu dia boring duduk sesorang. Dah la kerusi dia still mengadap belakang, lagi la boring. Terpaksa la kekadang aku lompat ke belakang main-main dengan dia. Selalu dia tido dalam kereta, hari ni dia tido dalam sejam lebih je kot. Baki 6 jam lebih tu dia berjaga, so korang boleh bayangkan betapa banyak round aku baca buku, tengok dvd bersama, main peek a boo dan sebagainya.

Kekadang tu dia dah mengantuk, tapi nak jugak lawan mata.


Hari ni kami buat discovery baru. Cik Aiyu sudah tumbuh gigi ke sembilan! Mula-mula tak perasan, tapi bila dia sengih-sengih time kami berenti nak isi minyak, baru nampak. Kat belah kiri dia, bahagian bawah. Tapi bukan gigi taring, gigi lepas tu. Her smaller molar. Syabbas betty, tumbuh sebatang dua lagi dah boleh makan steak dah.

Hip hip hooray!


11 comments:

Anonymous said... BALAS

Tiap-tiap ari ai sanggup ucap tahniah.

Pertama, mak dia dah sihat sikit dr smlm, kedua cik aiyu tumbuh gigi lagi.

Tak kembong & cirit birit ke. Anak2 saya tiap kali cirit-birit, saya akan raba gerahamnya, bila rasa geraham tu dah bergare (org kelantan kata), conform lah saya tak akan tidur nyenyak 2/3 mlm . Saya bukan org kelantan ye Huda. Teman org Peghak.

Excited juga nak tengok Texas lepas ni.

Azian

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Azian,
Hahahah.. baru nak propa akak orang Kelantan, hihih... ni mesti pasal jiran kan? :P Mak saya orang Kelantan :D

So far alhamdulillah Cik Aiyu takde demam ke sakit perut ke bila tumbuh gigi. Dia maintain sama aje, cuma tak senang duduk aje lah. Semua pun dia merungut. Tapi tak teruk sangat lah. Yang perasan nanti dia akan gigit2 pacifier dia tu.

nur easy said... BALAS

steak? hehe best tu dengarnya..;)

Anonymous said... BALAS

Huda, saya tak anti orang Kelantan tapi dia antara jiran yg banyak berbudi dgn keluarga saya. Tolong ajar anak ngaji Quran & sebagainya. Cuma sesekali aku rasa nak te palo dio tu sbb cakap lepaih...grrrrrrrrr

Tiap kali jumpa mesti cium arab punya.

Azian

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said... BALAS

aiyu tak meragam babe sebab tumbuh gigi? i kesian tgk my niece yg bru nak tumbuh gigi dulue...asyik meragam je n demam segala :(

bonda dadif aka akish said... BALAS

alamak...ko tak sehat kah???/ish2.....makan obat beb...jgn dibior lelame..sian dak aiyu tuh...

wahhh udah manyak gg ooowhhh amoi...

=)

Queen of Random said... BALAS

tahniah cik aiyu! dah byk koleksi gigi cika iyu ye!!!!! lepas ni mama kena kerap ler beli pacifier, pasal cik aiyu suka gigit pacifier! haha

Dinas Aldi said... BALAS

Tahniah dah tumbuh gigi baru, cik Aiyu. Lepas ni lagi ganas geget, hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Nur,
Kasi semangat sket, hehe (walhal Cik Aiyu tak suka daging :P)

Kak Azian,
Biasa lah tu, tiada yang sempurna, hihi.. Best la dapat jiran gitu. Jiran kami ni takleh harap, puntung rokok dia pun kekadang masuk kawasan rumah kami

Lady Verde,
Alhamdulillah dia memang tak demam atau meragam teruk bila nak tumbuh gigi. There'll be ocassion when she'll have tears in her eyes, but that's about it

Bonda Dadif,
Iyo lah, den tak sehat ni. Tapi hari ni ok dah, alhamdulillah..

Queen of Random,
Pacifier memang kita beli setiap bulan. Hygenic satu, hilang nye lagi satu, hahaha.. Hari ni beli 4, esok dah tinggal 3!

Dinas,
Nasib baik yang jadi mangsa adalah buku dan segala, dan bukan isi ibu bapa, hihi

DeLancrettLurpak said... BALAS

jauh ka umah mak mertua hang?

Anonymous said... BALAS

salam,,huwaaa rindu kat baby aiyu..kat mummy aiyu..anty wawa x on9 byk hr coz bby sofea demam kuat. hr ni br lh stat krja. mummy aiyu dh cihat molek dop.? rjin2 make ubat deh (^_^)
WAWA PUTRAJAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...