Monday, April 18, 2011

Kami berjaya!

Hari ni tuan punya blog jatuh demam. Dah lama tak demam, last sekali masa Cik Aiyu dalam pantang. Alhamdulillah Cik Abe ada di rumah, ada jugaklah orang nak melayan Cik Aiyu. Tak tau kenapa, tapi dari malam tadi rasa tak selesa. Kejap panas, kejap sejuk. End up pagi ni tergolek dog atas sofa.

Anyway, nak share berita gembira tentang Cik Aiyu. Ada orang tu dah boleh makan tanpa food feeder!

Setelah pelbagai eksperimen dibuat, akhirnya aku cuba potong buah epal tu dalam bentuk kotak-kotak panjang macam fries. 






Of course, banyak yang jatuh atas lantai dari masuk dalam mulut. Tapi yang best, siap korek-korek buah yang tak habis digigit dari dalam mulut tu. Sekarang ni kalau kasi makanan biasa pun, dia korek-korek mulut. Hello, mommy dah blend untuk awak lah, tak payah korek lagi!


19 comments:

bonda dadif aka akish said... BALAS

betol2 menghayati dak aiyu tuh makan....

Anonymous said... BALAS

Tahniah! Akhirnya. Cian mak demam. Jgn lupa makan panadol/aspirin dan rehat banyak-banyak. Daddy please take over ye. Tolong masak sup ayam kat mak ye.

Kdg-2 bils beranak kecik, mak dmm bukan sbb virus/kuman tp lebih kpd demam urat (org melayu kata) sbb duduk bangun, dukung dia. Day in day out, berterusan tak cukup rehat dan tidur tak berkualiti. Pendek kata jaga anak ni penatnya tak nampak dan sakit hati sekali full time housewife ni tak di"aprreciate" oleh sesetengah pihak. Dan kata mereka lagi, "ngko tak kerja, duduk dirumah jaga anak je, letih ape". Bengkek aku dengo dorang cakap gitu. Kalo bolih nak ku cilikan mulut org tu.

Alhamdulillah, saya dah kerja semula...Ngeeee

Sabo-sabo ye, InsyaAllah Huda boleh kerja semula

Azian

nur easy said... BALAS

tekun nampaknya dgn epal dia tu.

cepat sihat ya mommy..

Umie said... BALAS

yeayy utk cik aiyu..muaz kite tak berani lg nak bg..hehehe

get well soon dear...;-)

farah said... BALAS

Syabas cik Aiyu! Kusyhuk sungguh mamam ye...

To Nurul, get well soon! Makan ubat!

FaznFaz said... BALAS

tensi kan, kalau ada anak kecik n demam??? rasa macam tak cukup kasih sayang.... anyway, aku pernah baca somewhere, kalau mak demam, lagi banyak dia kena susukan anak, so that antibodi yg badankan hasilkan akan ke susu.... hehhe!!! get well soon...

senangkan, bagi apple cenggitu??? lagi satu, pasni ko try aaa bagi roti bakar lak, buat style finger food gak, kalau tak bakar, roti tue cam liat sikit dia nak makan...

Anggerik Berduri said... BALAS

alolololo cik aiyu makan sungguh² btol..btw, get well soon ya sis..hehehehe

Mamasya said... BALAS

Syabas..Cik Aiyu dah pandai mkn sendiri...tengok tekun sungguh menikmati makanan...sedapnyaaa,,
moga mama Aiyu cepat semboh.

Hidayah said... BALAS

Get well soon Huda! mmg rasa cm struggle sikit kalau mak demam, kalau anak demam pulak kesian kita tgh dia...shafiq ni toncel bengkak smpai suara pun cm ala-ala rockers dah..

kepada cik aiyu! jgn merap mommy yer...kasi mommy rehat well.

Unaizah said... BALAS

Tuan punya blog demam sebab nak kasi Cik Abe jaga Cik Aiyu pulak kot hihihi... Sian you... Get well soon ye!

shuhada said... BALAS

kesian mommy demam plak..excited sangat nih anak dah pandai makan tanpa bantuan...hehehe..

my wazif nak turn 5 mths jumaat ni..mcm nak je tanya doktor boleh dah ke introduce makanan kat dia..sebab kesian tgk dia tenung aje kita bila kita makan or minum depan dia..:)

u all kat sini kan..mcm mana pengalaman pertama introduce food kat baby...umur start berapa? n bagi apa dulu?

i cuma takut macam kes2 tersedak ke sbb mcm dia pandai ke kunyah..kang terus telan ke..hohoho..naya pulak..:)

Cik Nani said... BALAS

get well soon ;)

sri hati said... BALAS

comeinye cik aiyu duk makan epal n moga maknya cepat2 sembuh..

Serendipity said... BALAS

Get well soon dear! - jihan

venusfreedom said... BALAS

ala cian mommy cik aiyu..
walau demam tetap gigih update blog..
bagusnye cik aiyu boleh makan sendiri..anak kite mau die lumur apple tu atas meja..kemudian masuk mulut balik..pastu letak kat kaki pastu masuk mulut balik..haih..

Dinas Aldi said... BALAS

Bersungguh2 dia makan, puas hati menengoknya :)

ctm.zainal said... BALAS

wah, sedap sehingga menjilat jari...

Amy Z! said... BALAS

Cepat sembuh ye mak cik aiyu.. ;-)
che abe balik, demam pula. nasib baik la che abe dah balik.. bleh gak bermanja2. Hehe.

Makan dgn penuh kesungguhan tu. Nampak cam susut sket ek cik aiyu. Tapi maintain comel. Hehe.

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Semua benda kena kasi penuh perhatian, hokayyy...

Kak Azian,
Tahniah kerana sudah bekerja semula! Saya kalau nak kerja pun, kerja tadika kot, aci tak? Boleh bawak anak sekali, hehehe.. Itulah, kerja gali minyak pun tak sepenat jaga anak! Walau dulu tak tido 72 jam, tapi bila dapat tido, boleh tido 18 jam. Skang ni kalau dapat 6 jam pun kira cukup baik.

Nur,
Dia memang kusyuk semua bab, hihih.. Thanks dear!

Umie,
Time nak kasi tu memang kena perhati, takut kan.. insya allah ;) Thanks dear!

Farah,
Thanks dear, sekarang ni alhamdulillah dah beransur kebah

Eila,
Hari ni aku travel, Aiyu macam tanak susu sangat. Malam baru nak melekat. Ni dia dah pengsan, hihih...

Roti bakar nanti aku cuba. Kasi roti biasa dia buat kirai aje. Thanks babe!

Anggerik Berduri,
Thanks dear, really appreciate it :)

Mamasya,
Rasa lega sket tengok dia dah boleh makan gitu :) Terima kasih!

Hidayah,
Shafiq sakit ke? Sian baby bolat! So far Aiyu ok lah, dia buat hal sendiri. Mungkin pasal bapak ade kot, kalau tak satu hal jugak. Take care Shafiq!

Unaizah,
Mungkin la kot kan, saje je nak kasi tukar shift, hihih.. thanks dear!

Shuhada,
I dulu first time kasi makan masa dia 5 bulan. Tapi fruit puree lah. Tu pun tak konsisten sangat, kekadang kasi, kekadang tak. Masuk 6 bulan baru kasi 3 kali sehari. Fruit puree for 1st stage memang cair, so shouldn't be a problem. Memang baby makan tak kunyah, depa telan terus. Sebab tu kalau nak masak kena blend pakai chopper sampai betul-betul halus. Good luck for baby Wazif :)

Cik Nani,
Thanks yang!

Sri Hati,
Thanks dear, really appreciate it :)

Jihan,
Thanks a lot babe!

Venus Freedom,
Itulah, mak nye patut dapat anugerah ibu gigih kan, hihihi :P Eh, Cik Aiyu pun dia kutip balik yang jatuh2 kat kerusi masuk balik mulut. I kasi je, kasi bina immune system, hihih

Dinas,
Rasa best aje kan bila tengok dia makan gitu, hihi

CTM,
Of course, nasib baik tak isap jari kaki terus!

Amyz,
Thanks dear :) Bermanja tak sangat, tukar shift itu wajib, hihihi. Ha ah, Cik Aiyu ni makin lama makin susut, mak nye aje makin kembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...