Monday, April 18, 2011

Shopping untuk Aiyu


2 kotak yang ditunggu tiba, kini sudah kunjung tiba. Yippie!!!

Selalunya kalau kotak sampai, mesti barang aku. Tidak, saya bukan chronic shopaholic. Barang yang sampai selalunya adalah untuk Sooyaree's Closet. Apa, kau ingat aku shopping hari-hari untuk diri sendiri? Manyak cantik, tokeh balak pun tak shopping hari-hari tau! (sejak bila pulak la kan aku ada kenal tokeh balak ni?)

Hari ni aku extra excited, pasal kotak yang ditunggu adalah untuk Cik Aiyu. Memandangkan dia sekarang macam you all enjoys bila aku baca buku, aku pun survey di internet tentang buku yang sesuai untuk bayi. Asyik-asyik baca buku yang sama pun boring jugak kan? Lagipun aku nak cari buku yang ada story line. Yang sekarang ada hanya untuk counting dan mengenal warna. Sambil tido pun aku boleh baca, pasal dah hafal dah. 'Yellow as the sweetest rose, pink as the cutest nose... (sambil sentuh hidung Cik Aiyu bila sebut nose)'

Setelah membuat kajian terperinci, buku yang menjadi pilihan adalah:-
- Midnight Moon by Margaret Wise Brown
- Pat The Bunny by Dorothy Kunhardt
- The Rainbow Fish by Marcus Pfister
- The Very Hungry Caterpillar by Eric Carle

Selain itu, seekor Elmo yang suka di geletek juga telah dibeli. Semua gara-gara Cik Aiyu selalu senyum panjang lebar bila tengok Sesame Street. Jadi hari-hari aku akan pasang tv pukul 9.30 pagi. Nak beli dvd kedekut. Hehehe.. idok le, pelan-pelan kayuh. Kalau dia still minat lagi nanti ler aku belikan dvd Sesame Street pulak. Sat gi kalau asyik tengok tv aje, ada yang pakai spek umur 4 tahun kang. Awak tu dah le tengok tv macam tengok wayang tiket murah, duduk betul-betul depan tv. Kalau boleh nak masuk terus tv. Sepuluh kali kita tarik ke belakang, 18 kali dia lari balik ke depan.

Selain daripada membaca, main peek a boo, passing bola, ronda taman, apa lagi eh aktiviti yang sesuai untuk bayi umur 10 bulan?


14 comments:

Anggerik Berduri said... BALAS

elmo..my fav character time kecik.smpai skrang pun suka lagi..hehehehe sbb comel..klau bosan tickle prut elmo, tickle pulak prut cik aiyu..same gebu x?hahahaah

Anonymous said... BALAS

Sukanya saya dengan Elmo warna merah. Warna biru & kuning tak de ke mak?

Huda, tak semestinya pakai spek umur 4 tahun. My Sweet 17 was diagnosed having shortsighted at 2 1/2 months. Apa macam??? She started wearing glasses at tender age 3 1/2 years gitu. Abangnya pulak confirmed lazy eyes and has gone 2 operation to center the eyes but having perfect eyes. Si adik (Mamat French perasaan tu le) pakai at 7+ bila ku tengok tulisan tak setabil terus bawa jumpa Pakar Mata. Skrg kami berlima semua pakai cermin mata. Ai & sweet 17 berlawan-lawan power naik, sbb dua-dua ni ulat buku. Tak bagus juga suka baca buku kan, ada side effect, ghopernya.

Lepas ni ajar Cik Aiyu buat lipatan origami pulak.

Azian

Hidayah said... BALAS

Elmo is a must for baby..rasanya semua baby pun suka elmo..kitorg pun ada tickle elmo ni..best pren si shafiq..cd emlo ada empat, dua je yg jd pojaan hati pasal elmo byk nyanyi..smpai nak mak n bapak diabdh blh hafal..sikit tentrum nak elmo..cmno tu nasib baik anak sorg ikut yo lah..nnt bingit telinga ku...

bonda dadif aka akish said... BALAS

cik aiyu,.,kang kalo dah pandai...sile ajor dadif yah...

ekekekek=0

Abang Long said... BALAS

Salam...perbanyakkan aktiviti fizikal untuk dia membina muscle dan juga imune tubuh. Aktiviti minda seperti melihat gambar2, penyusunan huruf2 dan pengiraan mudah.

Saya dulu suka biarkan anak2 tengok dvd utk ksnsk2 tspi masalahnya minat mereka akan melarut2 ke dvd kartun, otomen dan lain2..mcm ada yg silap.

Amy Z! said... BALAS

I ada beli buku brand Lemaze, my kitty. Ayat dlm tu ringkas2. Alam suka time me bacakan buku tu. Soft book. Siap buat animation yg tak berapa jadik lagi.

Beli gak flash card. Memula dia tgk. Lama2 masuk mulut. Haih!

DeLancrettLurpak said... BALAS

pegi swimming wehhh.. confirm mantap badan cik aiyu nanti, hehehhe

-ilyannur- said... BALAS

xleh nk suggest apa2. xde anak lagi hihi. tp elmo mmg sangat comel, baby2 mcm umur2 cik aiyu mmg ramai yg suka elmo ni

SJB AKA SUE J-B. said... BALAS

My A.B suka buku goodnight moon tu. Balik balik minta baca hehe.

Madam Sooyaree said... BALAS

Anggerik Berduri,
Wah, peminat Elmo nampaknya :P Perut Cik Aiyu lagi best, takde bulu2 merah!

Kak Azian,
Awalnya pakai specs, ada certain health issues ke camne? Kalau kids that age, camne nak tau diorang perlu specs? Kami pun ramai yang pakai specs, tu yang kalau boleh nak prevent. Hari2 kasi sup lobak kot, hihihi...
Origami belum lagi, takut ada yang end up dalam perut dia kang, hihi

Hidayah,
Kita duk terpengaruh tengok ELom Shafiq la, dengan anak my fren lagi satu. Sebelum ni beli giraffe, dia cam tak minat aje. Waaa.. Shafiq pandai tantrum ye, tak tough boy la gini :P

Bonda Dadif,
Pandai baca ke? Lama lagi kot, hihi

Abang Long,
Thanks for dropping by & the tips :) Anak2 sedara saya pun minat Ultraman, bahasa pun dah jadi macam bahasa Ultraman (nak ke bandaraya :P)

Amyz,
Eh, I rasa ada gak buku tu. Except mine is My Puppy, dapat free dari Toys R Us. Buku yang ada ni pun banyak masuk mulut, satu tu kena kuarantin pasal dah tembus dah, haha

Lurpak,
Gua dah propose pada Cik Abe, siang2 dia reject. Haip!

Ilyannur,
Takpe, skang ni kumpul ilmu dulu, hihihih..

SJB,
U baca as bedtime story ke camne? I nak baca siang takut tak sesuai, hihih

SurayaCoghlan said... BALAS

Aww..buku ulat bulu tu cute sangat.

Umie said... BALAS

dear, leh try main puppet ngan cik aiyu.. that day masa on board MAS aii dpt free gift buku with finger puppet utk muaz le.. selalu main puppet tu sambil baca cerita dlm buku tu utk Muaz..he love it..;-)

persimmon said... BALAS

ai bagi mary dengar lagu kanak-kanak..yang ado abc, 123..alif ba ta..since 6 months..tu sbb die byk mulut..blh counting..n cebut abc skit..tp ai donlod kat youtube jer..hahahahahaha...:-p

Amy Z! said... BALAS

Hahaha. Boleh pulak kena kuarantin. Aiyu. Aiyu. Hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...