Hujan emas di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.
Itu adalah pepatah yang amat sesuai buat kami sekarang.
Tapi versi lain sikit lah.
Hujan emas di rumah Grandma. Hujan batu di rumah sendiri. Lebih baik di rumah sendiri.
Itu versi kami.
Sungguh pun semalam kami amik masa dalam 9 jam setengah untuk sampai ke rumah, tapi ianya adalah amat berbaloi-baloi. Ramai yang tanya, kenapa tak tinggal aje rumah mertua waktu Cik Abe takde ni. At least ada orang lain untuk tengok-tengok kan Cik Aiyu. Entahlah, I don't have the answer for that. Bukan keluarga mertuaku ala ibu mertua Kassim Selamat. Oh tidaakkk..... At least not yet, hehehe.... So far diorang memang baik sangat. Tapi itu lah, aku lagi selesa di rumah sendiri.
Mungkin kerana aku tak pernah lagi duduk dengan keluarga orang lain selain daripada keluarga sendiri. Duduk dengan orang lain tu biasalah, dari zaman belajar sampai lah ke kerja. Tapi ni keluarga, yang ada orang tua. I is bahasa terkurang, takut lama-lama kena campak ikut tingkap, hahaha...
Anyway, aku rasa Cik Aiyu pun gembira. Kalau tak, idok le dia menari twist begini.
Hehehe... suka hati aje aku tembak kan. Tak lah, baby memang suka familiarity. At least that's what I read. Bila rasa familiar dengan sesuatu tempat dan keadaan, mereka rasa gembira, tenang dan selamat.
Tapi malam tadi Cik Aiyu adalah sangat tidak gembira. Memandangkan semalam dia banyak tido dalam kereta, malam tadi pukul 11 lebih dia masih cergas. Cik Abe pulak balik-balik terus keluar jumpa kawan, duduk lah Cik Aiyu dengan mak nye yang maha mengantuk. Lama-lama takleh jadi ni, aku letak aje dia dalam crib.
Hasilnya???
Seorang bayi telah menangis mendayu-dayu untuk 10 minit. Sekarang ni dia dah jarang menangis kalau kita letak dalam crib, tapi tidak malam tadi. Bila dah 10 minit gitu, aku pun naik balik jengok dia. Tau tak kat mana aku jumpa dia?
Sebesar-besar crib tu, dia duduk menonggeng kat bucu tu. Ini betul-betul frust menonggeng, pasal memang bon bon dia ke udara, kepala atas tilam. Alahai... kesian pulak tengok kalau dah macam tu. Tak sampai hati. Aku pun angkat dia, kasi susu. Orang offer sebelum tido dia tolak. Nasib baik kali ni ok. Lepas menyusu Cik Aiyu terus tido, aku pun angkat dia masuk balik crib.
Sekarang baru aku tau makna sebenar frust menonggeng, memang sedih bila tengok!
17 comments:
keh..keh... macam2 kerenah cik aiyu nih...:)
muka cik aiyu muka nakal lah.hik
btl2..sy pun selalu kena tinggal dgn Fredo berdua. MIL mmg ajak stay dgn dorg tapi tatau kenapa, mmg lg selesa tgl drumah sendiri kan?hehe
menonggeng? oh, adakah semua bayi mcm tu sbb my Fredo pun mcm tu juga..haha
cik ayu saja lah tu tanda protes...lg pun nak test mak nya cair ati ke x...
hehehe
alor..tian dak aiyu...nunjuk eprasaan la tuh gamaknye...
=0
teringin nak test tdokan dadif dlm bilik laen...emmmm
kan??? aku pun lebih suka duk umah sendiri kalau hubby takde... boleh buat buat sesuka hati, tak yah control!!! muahahahah!!!
Mama Yana,
Itulah kan budak-budak.. pening kepala!
Anggerik Berduri,
Hihih.. itu gambar dia tengah kejar kamera :D
Nanak,
Nak baring tertonggeng kat rumah sendiri, takde orang nak marah kan, hehehe...
Fredo pun kuat merajuk ke? :D
Wani,
Cair jugaklah akhirnya. Selalu tak lut, hehe
Bonda Dadif,
Boleh cuba, insya allah ;)
Eila,
Aku ni pemalas.. tak sesuaiiii
alahai comey nyer dia twist..hehehe. mrajuk smp trtongeng . cian cik ayu
WAWA PUTRAJAYA
comel!!!!!!!!
owh rumah sendiri jugak heaven nak bangun kul bape ikut suke..kalo duk umah orang sume kena mode ala control..bia la rumah kecik besa kontena janji rumah sendiri..
p/s: bia jauh tapi wangi..dari serumah..dekat tapi sume busuk..
sgt kuat semangat dgr anak melalak nangis 10 menet baru ambik. haku kalau.. ekkk sket jer dah menggagau.. haha.. mmg dasar manjakan anak!! *lempang diri sendirik*
I pun tak reti nak tido/tinggal kat rumah orang. Kadang2 bila pi jumpa kawan yg dah lama tak jumpa & bersembang sampai 1 pagi pun still drive balik cari rumah sendiri walaupun kawan tu offer tido rumah dia.
Rupanya betul2 ada frust menonggeng tu eh, kehkehkeh!
alahai ciannya cik aiyu...tu tnda protes namanyaa..:)
Memang lebih selesa rumah sendiri. Kita nak tunggang tebalik macam mana pun kita punya hal.
Akyd kirim salam kat Cik Ayu hehehe
Wawa,
Thanks dear. Itu twist nak kejar kamera, hehe
Venus Freedom,
Waaa... i like that pepatah, hehehe.. Itulah kan, rumahku syurgaku gitu ;)
Konot,
Itu baru 10 minit, lebih dari tu pun ade, hehehe.. Kita SAHM, kalau layan Cik Aiyu 24 jam memang tak jadi ape nanti, hihih
Dinas,
Tido atas katil sendiri tetap terbaik kan.. Ada aroma tersendiri, hihih
Wahidah,
Ini budak kecik memang suka protes. Nasib malang dapat mak bapak tak prihatin, hehe
Unaizah,
One thing I suka rumah sendiri, kita tau tentang segala ceruk. Cam sekarang kalau I nak tido siang pun I tak risau, tau Cik Aiyu takleh ke mana :D
Khayrany,
Waalaikumsalam.. (sambil kenyit2 mata)
ala tomeynya cik aiyu...mcm snow white pun ade...hik3
Post a Comment