Monday, April 25, 2011

Bercanda di tepi taman

Hari ini adalah entry banyak gambar. Biar korang muak sikit, hehehe...

Sempena cuti panjang yang baru lepas ni, Cik Abe pun bercuti sekali, hehehe.. Patut dia dah kena pergi kerja hari Ahad, tapi memandangkan ada beberapa masalah teknikal dari pihak yang booking ticket, Cik Abe akan fly esok, hari Selasa pagi.

Cuaca pun macam bersetuju aje untuk Cik Abe cuti. Dari semalam suhu adalah antara 16 hingga 20 degC, sangat sesuai untuk aktiviti berjimba di luar rumah. Kesempatan ini telah diambil dengan membawa Cik Aiyu ke taman permainan yang happening, biar sampai dia pening.

Tapi kompem yang pening dulu adalah mak bapak nye. Pening sebab semua benda dia nak masuk mulut. Haihh... penat weh jadi polis bayi!

Ok, cerita banyak pun tak guna. Jom layannn....

Gambar dua beranak mengumpat berbincang

Jangan ditanya mana kasut Cik Aiyu. Asyik dibuka, end up simpan dalam kereta

Yeahhh... let's work on the immune system!

Antara cubaan memakan serpihan kayu 

Echehh... macam dah pandai berjalan kan Cik Aiyu dalam gambar ni

Tangan yang menggoncang dunia. Eh, menggoncang tiang

Main peek a boo dengan daddy

Terkurung dalam belenggu. Sangattt... Ini sebelum turun slide tinggi



Lama jugak kami lepak di taman permainan semalam. Ada dalam satu jam lebih. Orang kata sampai Cik Aiyu yang ajak balik lah, bukan kami yang nak balik.



Nak tau macam mana kami tau dia nak balik???



Standard lah, pasal dia dah mula ingat mommy nye. Sebelum tu nan hado. Jangan la kau berharap.


Ini adalah cubaan untuk nak datang dekat dengan mommy nye. Ada ke patut dia cuba nak masukkan  kepala ngan badan celah tiang yang sempit tu. Lepas dia duk repeat nak masukkan kepala celah palang tu, akhirnya kami paham jugak hint hint Cik Aiyu.

Ok, jom balik!

P/S: Hari ni Cik Aiyu sudah tumbuh lagi 2 batang gigi. 11 gigi total, aiyak!


19 comments:

ANR said... BALAS

cepat membesar cik Aiyu yang cantik manissssssssss

Unknown said... BALAS

Comelnya nak masukkan kepala dan badan kat celah tiang tu... mesti geram tgk 'kelaku' dia kan?

Madam Sooyaree said... BALAS

Anggerik Berduri,
Kalau cepat besar pun tak best, hihih.. Nanti rindu zaman dia kecik!

Baby Aniza,
Hahaha.. itu lah, kitorang gelakkan dia lagi adalah. Haih, mak bapak apa la ni kan :P

Cik Jannah said... BALAS

nasib baik tak muat kepala cik aiyu kat tiang 2. kalau tak macam mana lah nak masukkan badan pulak..heee :)

dah 11batang gg dah? lepas nie maen geget2 besi plak ea cik aiyu yg comel montel

:)

marinahunny said... BALAS

best la mak nye kena gigit nanti..hahahaha

cik gold said... BALAS

best gak ada anak ni ye.hihi

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

kalau baby dah besar.. beranak lagik sorang.. ngeh ngeh..

Anonymous said... BALAS

wah ada gaya model cik aiyu catwalk kat taman..comel lote la cik mek nih,,gere nok cubit2 pipi..hehehe

WAWA PUTRAJAYA

Anonymous said... BALAS

Gigi lagik.

Semalam gambar Cik Aiyu so sweet. Ari ni nampak nakal and curious.

Cian Maknya kena tinggal lagik.

Bila boleh ikut Cik Abe ni.Berapa lak kali ni. Adakah kau akan menghitung hati lagi?

Banyak beno soalannya.

Azian

bonda dadif aka akish said... BALAS

dak aiyu mmg menten shunn punye...

wahhh udah manyak gg...pasnih leh makan manyak2 agi..=)

Dinas Aldi said... BALAS

Cik Aiyu sangat berseri pakai baju pink! seronoknya tengok dia main, hepi sungguh!

anumuchan said... BALAS

semakin comel cik aiyu..huhu..aa cik abe pandai cakap bhase melayu x akk..

misha.w said... BALAS

byknye gigi cik aiyu. gigi raisya yg 2batang pon dah berjaya menakutkan i. apetah lg kalau 11batang. huhuhu

Poist-en Ivy said... BALAS

Picture Feast for me... wowwee terima kaseh Mama Aiyu....

Nanak said... BALAS

11 batang gigi? wah, kalau cik aiyu gigit maknya, sedap juga tu..hehehee

Amyz! said... BALAS

Cuaca sgt baik ek? Mmg best bwk anak ke tmn. Yg plg seronok mestila cik aiyu. Muka hepi je. Sweet baju sleveless pink. Hehehe.

Blk rumah tu mesti tido lama tu. Hehe.

Madam Sooyaree said... BALAS

Cik Jannah,
Badan pun ada cubaan, tak sedar diri dia tu, hihihi... Itulah, tadi masa dia tido kita raba-raba gusi, baru jumpa 2 gigi baru tu!

Marina,
Harap-harap tak le, hehehe... amin!


Cik Gold,
Memang best ada anak, tapi tido memang takkan cukup, hehe

Wawa,
Tak dapat catwalk kat pentas, kenalah catwalk kat taman, hehe

Kak Azian,
Itulah, cepat sungguh gigi dia naik! Kakak saya kat Malaysia lak risau, kot-kot terlebih kalsium, hehehe

Entahlah bila boleh ikut sama, biasalah janji kompeni, takleh pakai. Kali ni tak hitung kot, penat mek nak mengira

Bonda Dadif,
Makasihh... Lepas ni kita kasi dia makan steak, yeay!

Dinas,
Thanks dear. Memang happy bila keluar, sampai tak sedar diri le!

Anum,
Thanks :) Cik Abe boleh cakap sikit-sikit, especially bab-bab makanan, heheheh

Misha,
Kalau tak menggigit tak scary sangat dear. Nasib baik la yang ni kureng sket bab-bab gigit ni

CTM,
Sila enjoys sampai muntah ok, hahaha

Nanak,
Jangan kau mintak Nanak! Nanti ku mintak baby Fredo gigit kamu kang, hehe

Amyz,
Balik rumah tu takde pun tido lama. Siap teriak tengah malam lagi! Mengigau kot, entah la

DeLancrettLurpak said... BALAS

budak2 kan, masa dia main, "daddy is my bestfren"..

bila part makan, part tido "mommy is bestfren"..

rasa dipergunakan tauuuu!!! hehehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Lurpak,
Siapalah kita di mata mereka, hu hu hu hu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...