Friday, April 22, 2011

Melawat rumah hijau

Semalam kami pergi melawat rumah jiran. Hek elehhh..... gi rumah jiran pun nak cita kan. Tapi ini jiran cool, jiran yang ada green house. Jiran kau ade ke? Keh keh kehhhh... mesti takde kan? Kan?? Kannn????

Tapi jiran tak jiran sangatlah, pasal nak sampai ke rumah dia kena drive dalam 5 minit jugak. 

On the way sampai ke sana, kami telah berjumpa dengan seekor llama di balik pagar. Rasa excited jap, pasal sebelum ni aku tak pernah jumpa llama lagi. Rupa macam unta, tapi versi comel sikit. Aku rasa llama ni pun excited jumpa kami, pasal lama dia duduk kat tepi pagar tu. Siap posing lagi. Tengok cara dia berdiri tu, macam model kan. Belakang tegak, dagu tinggi.


Lepas tu terus kami bawak kereta pelan-pelan, ala safari you. Jalan depan sikit, nampak lembu, kambing biri-biri dan rusa. Nasib baik takde gajah, harimau, singa dan kawan-kawan, kalau tak mesti rasa macam kat South Africa dah. 


Bila sampai rumah jiran, kami pun terus sesi terjah green house. Diorang tengah sibuk-sibuk pindahkan pokok-pokok, pasal nak mula bukak green house untuk orang ramai pada 1 Mei ni. Sambil tengok-tengok pokok yang ada, aku mula lah verangan ada laman besar belakang rumah penuh dengan pokok herba dan sayur-sayuran. Sambil jalan-jalan, sambil sengih sesorang. Verangan di siang hari.





Kalau korang tanya nama pokok-pokok ni, mintak ampun mintak maap. Memang den tak tau. Yang den tau, anak den dah tibai pokok bunga orang tu. *sambil tepuk dahi* Orang suruh bau, amik berkat, dia pergi rembat terus. Nasib baik bunga, kalau cili api???


Kalau cili api, haruslah Cik Aiyu jadi macam monyet.

Jangan monyet!


Teringat pulak zaman muda-muda dulu. Best kan kartun dulu-dulu. Kartun zaman skang ni, alahai...


8 comments:

Anonymous said... BALAS

wah i like lerrr.........! ade kartun lagi...yeayy -nisha

Madam Sooyaree said... BALAS

Nisha,
Zaman kau mesti dah takde kan sang kancil, hihihi

Dinas Aldi said... BALAS

Ohhh sangat ku ingat kartun ini! masa tu kat sekolah havoc kengkawan cakap "jangan monyet, jangan!"

"aku tak peduli, aku nak juge!" kahkahkah!

Imparfait Saint said... BALAS

baa tiga2 enti tak tahan gelak. eh kalau i nak order victoria secret punya baju bl tak?

ctm.zainal said... BALAS

zaman sekarang ada spansbob... he2

Amy Z! said... BALAS

Waaahhh. Bestnya dpt tgk illama secara live. Ahaha. Kagum gak nih!

Bestnya ada rumah hijau. Sayur2 bleh petik blakang umah je. Ahaha.

Ahaha. Kelakar kan? mkn cili sampai telinga berasap2 tu.. Ahaha.

Syima Syaz said... BALAS

hehehehe..... mengimbau kenangan masa zaman kecik dulu la... cerita monyet ni..best sgt

Madam Sooyaree said... BALAS

Dinas,
Sambil cakap tu ada buat aksi berkipas tak? Hehehe...

Jas,
Hehehe.. ok aje kalau nak order baju VS. Baju sexy kah? Hihihih

CTM,
Spongebob adalah ahkak tak paham, hahah.. Taraf-taraf ahkak adalah Ultraman Taro, hahah

Amyz,
Jiran ni memang buka green house untuk jualan. Nanti 1st May orang mula datang beli pokok dia. Best kan kartun Sang Kancil, dulu selalu teringin nak jumpa

Syima,
Itulah, cerita baru ni banyak sangat yang tak paham dari paham

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...