Thursday, April 21, 2011

Walk walk in Walker (Part I)

Semalam lepas Cik Aiyu main pintu kabinet, kami keluar pergi melawat sepupu MIL. MIL ni dia sorang aje perempuan dari 5 beradik, so dia memang rapatlah dengan sepupu dia ni. Macam adik-beradik gitu. Sepupu ni tinggal di Walker, dalam sejam perjalanan dari rumah PIL kami.

Sebelum sampai di rumah sepupu MIL, kami singgah di bandar jap. Isi kantung perut. Tak elok pergi rumah orang dengan kadar lahap kan. Lagi-lagi kat sini, bukan tentu orang akan saji makanan. Datanglah kau time dinner kekadang, takde nye diorang akan "meh jemput makan" sambil angkat pinggan. Itu hanya berlaku di Malaysia saje. Sini kau duduk lah tepi borak-borak tunggu sampai diorang abis makan. Kecuali kalau korang telepon awal-awal, kasitau datang nak makan, barulah diorang masak extra. 


Walker ni bandar kecik aje, penduduk tak sampai 1000 orang. Amik kau, lagi ramai orang kat One Utama di hujung minggu kannn... Tapi bandar ni popular untuk pelancong, terutama untuk kaki pancing di Leech Lake. Kalau terasa nak makan ikan air tawar segar dan terbaek dari ladang, di sinilah tempatnya! *amacam, ada gaya pemandu pelancong tak?*

Kami makan tengahari di Village Square Cafe. Waima penduduk kurang 1000 orang, cafe tetap ada wireless you.


Tapi biasalah, kalau dah pelahap tu, memang tak ingat apa dah. Bila nak balik baru teringat nak snap gambar. Tengok la korang bekas walleye fillet aku. Nampak tak, "walleye was here". Sedap gilos, rasa macam baru tangkap aje ikan tu.


Lepas makan, kami jalan-jalan sket. Kira upacara pecah lemak gitu. 



Ada satu kedai baju ni, jual baju brand new dan baju terpakai. Aku gatal tangan duk selak-selak baju terpakai yang ada. Mana tau jumpa yang santek kan, boleh la beli. Tak yah nak membazir beli baju mahal-mahal.

Korang agak-agak, santek tak baju ni?


Kalau tak santek gak aku tak tau la kan. Dah kata brand pun "Santik". Jauh perjalanan baju ni, dari Indonesia gitu.

On the way balik ke kereta, aku jumpa satu kedai souvenir. Dari luar nampak magnet cantik bersusun. Aku punyalah semangat nak masuk, dup dap rasa hati tengok bakal FM yang dibeli. 

Tapi bila aku nak tolak pintu.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku jumpa sign "See you in spring!!!"

:(

Ooooiiiiiiiiiii omputeh, sekarang ni la spring!!!! Ni mesti kes time cikgu mengajar, dia berangan. Tak pasal-pasal aku jugak melepas. Terpaksa aku pulang dengan tangan kosong *sambil menggenggam penumbuk*.


12 comments:

Cik Nani said... BALAS

baca tajuk ingat cik aiyu dah naik walker. hihihi

venusfreedom said... BALAS

yeay!!ade gak update..ternanti2 ape khabar anak mu di sana..nasib tidak ber-onar lagi..hihiihii

p/s:gmba aiyu menangis comel sgt!pipi mcm apam u!

Madam Sooyaree said... BALAS

Cik Nani,
Member bila letak dalam walker, dia batai melompat. Dia ingat Jumperoo kot

Venus Freedom,
Hehehe.. update itu harussss :P Pipi aje macam apam, kaki kurus!

cIk JanNah said... BALAS

sis, ganaz nye pulang tgn kosong sambil genggam penumbuk?? dah lepaskan belom penumbuk tuh? agak2 sapa lah yg kena kan?

hikhik

:)

lyza said... BALAS

wahhhh bkn u yang frust takda fm.. ai pun frust gak u..kut2 la masa u beli fm tu..u ingat kt ai sama kan..:P
aiyu rambut makin lebat..:D

venusfreedom said... BALAS

Mommy cik aiyu,kat sana tu takde demam american idol ke? Kat mesia demam af tak berapa nak ade.. Sume lemau2 jek..mana tu mommy cik aiyu tetiap minggu menjerit2 pekik minat kat steven tyler!! Siap buat banner kat rumah.. Haahahaahah...

sya_zazoo said... BALAS

hi nurul,
dr soyaree closet ke mai korner i terjah.
sukala baca entri2 nurul ni. cik aiyu sgtlah gojes...mmuahhh pipi sket!

SurayaCoghlan said... BALAS

ler..mati-mati ingat cik aiyu naik walker..haha.

Dinas Aldi said... BALAS

tang part pulang dengan kosong sambil mengenggam penumbuk tu lawak la, kahkahkah!

DeLancrettLurpak said... BALAS

ciss!! aku baru nak naik syeikh nak tgk food ko.. sekali ikan dah ilang dahhh.. cheh!

Anonymous said... BALAS

Mika nak pindah Texas, nak pakai duit berlana, tak yah belilah. Lagi pun baju terpakai rasanya, nanti tumbuh panau cam peta M'sia kat belakang tu kan haru.

Azian

Madam Sooyaree said... BALAS

Cik Jannah,
Hehehe... tak dapek den nak lepas pada orang.. bahaya! :D

Kak Lyza,
Itu le pasal, melepas warga2 Malaysia juga, hahaha... Aiyu rambut lebat pakai minyak senyonyong, hehe

Venus Freedom,
Sini ada jugak demam American Idol, tapi kita tak rajin nak follow. Dancing with the Stars pun hangat jugak. Khloe & Lamar pun panasss... hahahaha

Sya Zazoo,
Thanks dear for dropping by, really appreciate it :))) Kot2 ada yang berkenan di Sooyaree's Closet, habaq mai la ye :D

Suraya,
Hihih.. dak aih, budak-budak zaman moden ni, fail pakai walker!

Dinas,
Habis tu... kita dah berangan genggam plastic bag :(

Lurpak,
Orang pelahap memang perangai macam ni. Nak makan lupa semua benda

Kak Azian,
Untuk pindah kompeni bayar, hihihi.. Tapi betul la, nak masuk rumah nanti pakai banyak duit. Tak beli pun, saje tengok. Kot-kot jumpa bag Birkin ka, hihihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...