Wednesday, May 18, 2011

House hunting & baby steps

Alhamdulillah, hari ni dah rasa elok sikit. Tak tau kenapa, tapi memang rasa tak sedap badan dari hari Isnin. Masa travel tu Cik Aiyu memang good girl, boleh kasi A++ untuk kelakuan. Takde banyak ragam sepanjang 4 jam dalam kapal terbang. Cuma masa transit tu ada orang nak pasang gear merangkak. Terpaksa lah ku lepaskan dalam airport. Kalau tak dia agak-agak macam nak terjun stroller. Susah kan, bila budak dah panjang langkah ni. Nak duduk dalam stroller boleh, tapi stroller kena bergerak. Kalau berhenti memang tak dapek.

Semalam kitorang dapat tengok 2 buah rumah. Satu kami suka, satu kureng sket. Bertambah kureng bila kepala dah mula berdenyut, perut mula cramp. Malam badan mula rasa sejuk, padahal cuaca 32 degC gitu!

Yang pasti, bukan aku sorang yang penat hokay....


Ada member tu sampai menyondol lantai rumah orang! Tah apa punya perangai, skang ni dia selalu pit stop cium tanah bila merangkak. Sujud sahwi kot, Subuh tadi lupa baca doa Qunut, hehehe... 

Pagi tadi bangun rasa ok sket. Hari ni kami pusing-pusing lagi tengok rumah, jumpa satu lagi rumah yang berkenan di hati. Heishhh.. memang pening cari rumah! Cari suami pun tak susah camni, hahahaha... :P

Anyway, dalam kami duk cari rumah hari ni, Cik Aiyu ada satu progres baru.

Apakah itu???

???

??

?

She took her first step today! Ok lah, sebenarnya her first two steps. Sebelum ni dia ada cuba buka langkah, tapi selalunya tangan dia ikut sama. Contoh macam dia nak capai kerusi yang jauh sikit, ada waktu dia akan buka langkah, tapi lepas tu tangan dia akan capai kerusi tu untuk support. Tapi hari ni, dia tengah berdiri di dapur rumah yang kami tengok tu, tiba-tiba dia jalan dua langkah, lepas tu terus duduk.


Dapur kejadian.

Adakah itu tandanya Cik Aiyu berminat nak tinggal di sini???


14 comments:

Anggerik Berduri said... BALAS

maknenya cik aiyu minat memasak.. hik wah, rindu pada cik aiyu..hik alhamdulillah..mummy dia dah sihat.. hik TC sis.

FaznFaz said... BALAS

macam cantik ajer... boleh laaa aku datang melepak... hahah!!!! aku suka rumah moden mat saleh, semua dah sedia, tinggal hangkut kain baju jer... bila nak buat kat rumah malaysia, harapan laaa kan.... mahaaalllllll!!!! huwaaaaaa!!!!

Naqies said... BALAS

tu maknanya cik aiyu dah start nak tunjuk bakat terpendam..kot2 mgikut jejak langkah naked chef hehe...

nur easy said... BALAS

hehe ada2 je y dibuatnya dak aiyu tu ya

Missy CSI said... BALAS

adakah cik aiyu akan dpt adik? hikhikhik

tiba2 je kan

Konot said... BALAS

wahh.. dah nak boleh jalan.. tahniah ye cik aiyu. cepat2 lari pulak lepas ni. main kejar2 dgn mak kau.. hek hek..

farah said... BALAS

Yeay to cik Aiyu. Soon pasti bakal berjalan dgn jayanya tu Nurul. So mmg kena house hunting rumah yang besar! Hehehe.

Unaizah said... BALAS

Dah jumpa ke yg berkenan di hati? Wah lepas ni pindah Texas lak....a totally different weather.

Anonymous said... BALAS

Sudah jumpa ke yg sesuai dengan poket & hati.

Masih tak keruan, tepuk poket dan tanyalah hati.

Azian

Dinas Aldi said... BALAS

Yeah cik Aiyu dah nak jalan! selamat house hunting, mak bapak cik Aiyu :)

sri hati said... BALAS

kelakar tul cik aiyu..letih smpi cmtu skali yek..hahaha..

Leez M. Saaid said... BALAS

dah mcm cuaca kat mesia eh skrg kat sana.
cik aiyu makin besar makin comel....sujuk sahwi tu yg kelakar hehehe

PatinPasta said... BALAS

Mai,
Dah sihat sikit le ye? Bukan apa tu.. seram sejuk sebab nanti nak booking mansion kat sana nun :D

Dok belek gambo Cik Aiyu sambil menyiasat kedudukan kepala Cik Aiyu. Memang sujud sesungguh-sungguhnya! :D

Madam Sooyaree said... BALAS

Aqilah,
Kalau Cik Aiyu minat memasak, alhamdulillah.. sampai aje dia capai dapur, mak nye gantung apron! Thanks dear, really appreciate it :)

Eila,
Dapur kat sini banyak yang cantik-cantik, tergugat iman aku, hehehe... Tapi rumah tu ada owner lagi, tu yang kain lap pun ada lagi tu, hihih.. Kalau pindah tak sure sangat apa yang dia tinggalkan

Naqies,
Naked chef takpe Qies, jangan naked sudah, hahaha

Nur,
Itulah, tak sangka akhirnya dia nak berjalan juga. Penat duk tunggu

Missy CSI,
Hehehe... insya allah tak kot. Satu ni pun dah pening!

Konot,
Kalau Cik Aiyu dah berlari, haruslah aku jadi slim kan, hihih

Farah,
Rumah besar-besar tamau, tak rela nak mengemas, hihihi

Unaizah,
Dah jumpa dah ;) Sekarang ni tengah deal dengan agent, insya allah :) Memang lain sungguh weather, sini terik nya... ya amat!

Kak Azian,
Alhamdulillah dah jumpa :) Memang semua yang kami visit ikut bajet aje, kalau rumah cantik pun tak cukup bajet camne pulak kan, huwwaaaaa

Dinas,
Thanks dear :) Tak sabar nak tunggu dia jalan betul, takde la merangkak dalam restoran!

Sri Hati,
Dia ni memang gitu, terlebih emosi gitu, hihihi

Leez,
Memang macam cuaca Malaysia di sini, tapi tinggal tak berpeluh aje pasal kering. Sujud sahwi kat rumah orang, tak elok kannnn...

Patin,
Alhamdulillah dah ok sket. Nak mansion? Kalau ada 2 bibik takpelah, hihihi.. Ini kalau kita yang nak mengemas, tak dapekkk...

Skang ni Aiyu memang suka sondol lantai. Tah apa punya perangai la kan :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...