Saturday, August 6, 2011

Hajat tak kesampaian...

Kalau kita nak amik gambar kan, ada satu benda yang lebih penting daripada kamera.

Ok lah, bukan le lebih penting, tapi sama penting.

Memory card.

Tadi kitorang pergi buka puasa di Red Lobster. Hari-hari tengok diorang promo crab fest kat tv, ada orang tu sudah terliur. Kelmarin tengok tv keluar iklan Papa John's pizza, malam tu berbuka pizza kitorang. Esok-esok keluar iklan Chanel GST, kot-kot ada yang nak belikan bini handbag baru tak?

Bertuah.

Anyway, aku memang dah plan nak amik gambar, nak buat eksyen kat blog. Tapi bila nawaitu kita tu dah salah, memang takkan jadi. Kamera memang aku siap bawak, tapi bila nak amik gambar lobster yang sedang berenang-renang, tuppp... baru ku sedar memory card takde.

T__T

Takpelah, bukan rezeki nak ek kat blog. :D

Red Lobster tu pulak memang memanjang penuh orang, hari ni nak dekat setengah jam menunggu. Sudahnya nak dekat 10:30 pm baru keluar restoran. Masa menunggu tu, cik kak kita pulak hyper semacam. Duk la dia nak berlari pergi meja-meja orang. Dia ni bukan apa, suka jalan-jalan kat meja orang, pastu hi sana, hi sini. Kekadang siap ajak orang lain borak. Agaknya dah besar nanti nak jadi wakil rakyat kot. Hari ni hyper nye terlebih sikit, siap menari-nari kat tengah restoran. Cik Abe syak pasal siang tadi aku kasi Cik Aiyu makan cokelat. Alaaa.. bukan banyak mana pun, sekotak yang tulis Cadbury's tu je. Saje nak test, tengok reaction camne. Dulu dia geli-geli dengan cokelat, skang ni ok sket dah.

Masa tengah makan tu pun, asyik la nak berdiri atas high chair. Stress mak. Siap jerit-jerit pulak tu, lagi bertambah stress. Tapi nasib baik bukan jerit yang nangis, ni jerit excited. Tah ape yang dia excited pun aku tak tau. Lelama umpan kasi main dengan kunci kereta, baru ok. Dapatlah mak bapak makan sampai gatal-gatal badan, hehehe... Aku ni sebenarnya allergic dengan shelled seafood. Tapi nafsu serakah punya pasal, tahan kan aje.

Hajat lain yang tak kesampaian adalah...


Agar Cik Aiyu minum susu segar. 

Fail!!!

Bila kasi tu takde lah dia campak terus. Dia agak minum dua tiga teguk, pastu dia kemam dalam mulut aje. Setengah cawan kau kasi, setengah cawan jugak lah kau jumpa bila nak cuci cawan tu. Macam mana ek nak wean baby off. Kekadang tu memang rasa lapar teramat masa puasa ni, tapi nak berbuka macam sayang pulak. Dah la sejak Cik Aiyu tido sepanjang waktu malam, dia kuat menyusu waktu siang. Lagi lah aku letih. 

Ibu-ibu di luar sana, ada petua tak? Jangan suruh aku makan kurma, pasal sini tak jumpa kurma lagi, huwaaaa....



17 comments:

Nanak said... BALAS

sabar ye besan..itu namanya dugaan di bulan puasa..tapi kan, i kat sini hari2 mkn kurma..hehe..nak i kirim?

sHieRa cAkAp said... BALAS

Wah... Lobster... Nyum2!!! Terliur la pulok....

DeLancrettLurpak said... BALAS

perhh, tak agak2, bukak puasa yg kata anak aku "this is awesomeeeeee".. ko makan lobster, aiyu makan apa? heheh

venusfreedom said... BALAS

Huda, aariz kan still BF. die memang reject apa2 saja air kaler putih. Fresh milk, soya bean.da cuba byk kali bg fresh milk. Tapi aariz geleng kepala. Tapi cuba huda bagi minum chocolate milk or strawberry milk. Nescaya tak kan tolak. Baby umur 1 tahun keatas, susu bukan benda utama. Minum sehari dua cawan cukup dah. For the sake of calcium je kan. Selamat berpuasa! Kitorang beli kain atau tudung pon dapat free kurma tau! Hik hik hik.. Owh best nye pergi param.. Auuwwww!hahahahaaha

pu3natul said... BALAS

Huda,
Agree dgn idea susu perisa tu. My SIL wean off anak dia dgn susu perisa choc coz anak dia reject any white coloured drinks. So dia ganti dgn FM yang choc flavoured.

A fren of mine did the same. Kat sini kan ada susu kotak dutch lady tu. Dia stock up byk gile perisa strawberry or choc (x ingat flavour). Sehari anak dia minum 1-2 kotak jugak la.

AmY DeaN said... BALAS

Sokong psl idea susu perisa tu gak...and satu lagi..ada try tak bg fresh fruit juice..esp watermelon...cuma tak tahan tu..pee pee byk la....haha...adat le tu kalau mkn tembikai...

kalau susah jumpa tembikai try la apa2 buah pun..hm..avoid fresh orange kot..sbb takut tak serasi dgn perut lagi...cik aiyu 13 bln kan?

Utk Mama Soyaree nye...hmm...berniat 'keluarlah susu byk2 supaya anakku kenyang' masa bf tu...lapangkan pikiran jgn dok pk nak masak buka apa..hahaa..bykla susu tu nnt... Insya Allah :)

cikwawi said... BALAS

hi, sama la kita..

cuma bb saya baru 7 bulan. masalah dia takmo makan. dah try bagi mkn macam2 semua dia reject. dia nak susu mak dia je. dahla skrg ni tamo isap direct. so gigih la mak dia ni memerah pagi petang siang malam.

time bulan puasa ni plak production cukup2 makan. kalu tak cukup pun buat2 cam cukup je T____T

letih melayang2 maknya di siang hari.

FaznFaz said... BALAS

weh, ko make sure ko x dehydrated! minum air + susu banyak sbb aku pun x suka kurma.... tp, tu laaa tip aku bulan puasa waktu bf. elakkan minum air manis kecuali air buah...

cara kira aku, waktu buka, 4 gelas air, sahur pun 4 gelas... (bukanlaaa sederap, tapi slow-slow...) lagi banyak lagi bagus!!!

ahkakbatik said... BALAS

ermmm... kaktek dah masuk lobster tu awal tahun tu hari.. meleleh nengok gambo.... aleh2 tercekik le nak menelan lobster rebus cecah mayonis...

pastu waitress waiter punyalah baik ati... sah nak tips lebih!

persimmon said... BALAS

Last year fully BF...mmg pengsan dibuatnya..lastly abik extra supplement..mcm2 abik..then slowly beri die susu soya...sbb Mary rejected bau moo mooo..ish memilih Dan .ngada - ngada cam papa die

Bonda Mia Laila said... BALAS

Assalamualaikum, mommy aiyu n cik aiyu isabella..kak huda, sha pon still BF, mmg penat n haus esp kena pump waktu kerja utk intake anak next day. What i did, masa sahur tu mkn lebih (even xlalu nk mkn nasi sbnornye) tp, bak kata suami misali ku, makan tutup mata, telan aje. Pastu mkn roti @ biskut (bajet cover 3-4 jam apabila kalori nasi tadik dh hbs)..hihi..dan susu utk ibu mnyusu..n air...waahh ni mcm mentekedarah, tp nk buek cmno, kito copek ponat n haus..pasal wean off tu sy xda experience la. Maybe betul ape yg sis2 ckp tu kot..

Madam Sooyaree said... BALAS

Nanak,
Eh ehhh... hehehe... Boleh aje, tapi nak masuk makanan ke US ni leceh. Takut diorang rampas aje :(

Shiera,
Best weh, mari makan. Sehingga menggaruk badan!

Lurpak,
Aiyu makan angin aje la, hahaha... takut le dia allergic gak. Kitorang kasi sayur aje. Kesihatan maaaa :P

Erma,
Oh, kalau for the sake of calcium, cheese pun ok gak kan? She loves cheese, tapi susu tu je la, fail sket. Nanti I try, tapi takut bila dah biasa minum flavored milk, nanti dia nak ke susu putih? Cisss...eksyen ye kamu! I miss bazaar!!!

Pu3natul,
Thanks dear for the tip. Lepas tu dia nak minum tak susu biasa? Kasi susu tu tak hyper ke diorang nanti, hehehe

Amy Dean,
Thanks laling. Fresh juice tu dia minum, so far dia suka apple juice. Actually dia ni belasah aje ape2, kecuali susu kosong. Kekadang kitorang buat fruit shake, dia minum. Air kosong pun dia suka minum. Nanti I niat gitu, selalu niat dalam hati, kali ni cuba cakap pulak :)

Cik Wawi,
Wawi kijo tak? Kalau kijo mesti letih gile kan. Sian awak. Ni kita tak pernah nak pam sangat, asyik le bergayut, hehehe.. Tu tak reti nak ukur, production berapa byk ke ape. Tengok dia puas ke tidak aje la.

Eila,
Aku suka kurma babe, tapi takdo sangat kat sini. Tak cari dengan berkesan kot. Thanks for the advice, aku mmg cuba minum air bebnyk. Berbuka wajib Nescafe, pastu yang lain air kosong saje.

Kak Tek,
Muahahaha... cicah butter la kak! Cik Abe suka makan stail tu, tak dan nak masak ketam sweet sour, hihihi

Persimmon,
Hahaha.. Mary Mary. Sini soy milk tak berapa nak ada. Mak nye pun tak berapa dengan soy milk, lagi la malas nak mencari, hahaha

Bonda Mia,
Kita selalu makan cereal aje pepagi, hehehe.. Memang kitorang tak hari2 makan nasik, makan cekelat aje hari2, hahaha.. Thanks laling, nanti kita cuba extra food intake

Konot said... BALAS

aku kalau bab nak wean off baby from breastfeeding ni mmg tak dapek nak tolong.. sebab anak aku yg dah 3 tahun tu pun kejap2 nak mintak nenen.. how laaaaaaa!!!

and this reminds me of my longggg overdue post of my effort-yang-tak-kesampaian nak wean off breastfeeding ni..

farah said... BALAS

Laa Nurul awat x ckp aritu, boleh I pos sekali sekotak dua dgn stuff cik Aiyu, kesiaaann u x dpt makan kurma kat sana. I mmg xde tips le psl wean off cos I x fully bf Fatehah, cuma ms pantang je, after dia dah dpt formula, terus eksyen xnak nenen lagi (^_^)

venusfreedom said... BALAS

huda, susu biasa tu memang totally reject..sampai la sekarang..tak dapek nak buat ape dah..and yes. i did give aariz cheese, yogurt, cultured drink for the sake of calcium..

Amy Z! said... BALAS

Makan besar ni. Nasib baik takde gambar. Kalo tak sure meleleh. Ahaha.

Alam, kalo dlm botol tak mahu, letak susu tu dlm cawan dia ok. Hehe. Ngades!

Takde kurma ek? Kesian betul. Oat pun blh jadi milk booster. Mmg melepak la bila baby full bf ni. Kejap2 nak. Igt mak dia kedai kopi kot. Ahaha. Sabar je la.

SurayaCoghlan said... BALAS

Huda, ishhh...flavoured milk???? mengamuk Jamie Oliver kalau dengar ni...hahaha.

Madina pun macam tu tak suka fresh milk, tapi i bagi aje sikit-sikit..dah dekat dua bulan i trained dia..bagi sikit2..w/pun dia asyik buang, main2 dgn susu tu..tapi dah lama-lama dia minum jugak sikit-sikit..especially time puasa ni susu kita kurang..so i bagi aje..sekarang dia minum banyak jugaklah fresh milk tu dari dulu..hopefully in a few months she will drink more..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...