Sunday, August 7, 2011

Shoe obsession

Ok, I have to confess.

I am addicted to shoes.

*sambil kelip-kelip bulu mata yang tak berapa nak ada*



Kalau dulu time duduk rumah mak, memang pening kepala. Dah kata anak dara 4 orang dalam rumah, mak dara seorang. Almari kasut tak pernah nye nak kosong. Dah letak berlapis-lapis pun masih banyak yang bersepah atas lantai. Nak jadi cerita, saiz memasing pulak berbeza. Mak pakai saiz 5. Aku pakai saiz 6 ke 7. Helen saiz 7 ke 8. Nisha lak 8 ke 9. Sally? Toksah tanya la. Kalau Kelana Jaya tu banjir, boleh la ramai-ramai kita tumpang naik kasut Sally, hihihih...

Selain daripada kasut, aku suka beli henbeg jugak. Tapi sejak dah tak keje, terpaksa lah sedar diri. Memandangkan rege henbeg agak mahal, dah lama la aku meroyan tak beli henbeg. Tak kisah lah, kalau ada rezeki, nanti beli, tak? Henbeg tu kalau direbus, bukan boleh dibuat sup tulang kaw. Kalau digoreng pun, mungkin tak sedap. Walaupun dibuat dari kulit lembu atau kambing biri-biri.

Tapi kasut, rege selalu boleh diterima lagi. Paling kuat pun, 3 digit. Yang 4 digit memang wa tak pernah beli lagi. Tak tercapai dek akal ku nak beli kasut ribu riban USD. Selalu yang aku beli 2 digit aje la. Yang single digit pun ade, time Crocs ade sale, hahaha...

Cik Abe pulak, jenis suka pakai kasut sama sampai lunyai. Jumlah terkumpul kasut dia tak sampai 10 pasang kot. Gila boring kan. Itu pun dah campur kasut hensem dia, winter boot dia, selipar jamban dia.. masih tak capai 10 pasang! Bak kata mak, elok la dapat yang tak suka bergaya, asal peti sejuk awak penuh sudah. Betul betul, dapat jenis 'biar papa asal bergaya', aku gak yang makan hati kang. Camne nak makan chicken chop, peti sejuk takde barang kan, hehehe...

Anyway, aku tertanya-tanya jugak, agaknye Cik Aiyu ni ikut mak nye ke, bapak nye.

Cer teka???

?

?

?

Aku nak cakap pun tak reti. Obsession Cik Aiyu terhadap kasut itu memang ada, tapi taraf obses terlampau sampai dia selalu masuk mulut!


Dia ni memang sukaaaaa sangat main dengan kasut! Kalau dia tengah jalan-jalan kat tempat awam, janganlah ada orang yang tengah duduk atas kerusi ke ape. Nanti dia pergi kat orang tu, main-main kasut orang. Drop my water face only. Belum lagi kalau dia nampak kaki awek-awek atau mokcik-mokcik yang pakai nail polish, lagiii la dia berkenan! 



Dia punya berkenan main dengan kasut, sampai ada yang terkorban.


Oh my!!!

Sebelum ni dia memang duk berkenan dengan kasut aku yang hat ni, tapi aku selalu letak tinggi. Tapi tah camne tah ada satu hari tu aku terlupa, sedar-sedar aje dah rompong. Dah le kasut baru.

T__T

On the brighter side, dia kasi kat aku batu yang dia dah gigit tu. Nasib baik dia tak telan. Jadi aku redha aje lah kan. Nak buat camne. Nasik sudah menjadi bubur, kasut sudah menjadi rompong. Harap-harap boleh gam. 


*Saya tidak bersalah*


21 comments:

nur easy said... BALAS

skrg suka main, sekejap2 lg msti suka pakai lak ni..;)

Va Va Voom said... BALAS

Nasib baik budak comei yg buat kalo tak...mmg hangin satu badan la tu kan..hahahahha

Anggerik Berduri said... BALAS

eh, cik hello kitty ni.. gigit kang..hahah tp kan sis I rase budak baya dia mmg gitu lah coz ank sdare I pun suka gigit kasut.habis croc I die gigit mase beli ari tu..

farah said... BALAS

Hah ngaku2 kasut cik Aiyu dah ada brp pasang tu?? Eh kena turunkan hobi ke anak kan...hehe...
OMG batu itu sudah tanggal, I doakan blh gam ye, gam gajah extra strong tu kena guna. Hehe.
Anakandaku x de plk gigit2 kasut ni tp gemar memakai kasut org dewasa dan tawaf dlm rmh. Wedges I pun dia lanyak. Jgn smpai jatuh tersembam muka sudah lah.

Amy Z! said... BALAS

Ahaha.

Pempuan. Gitula. Kecit2 dah tunjuk bakat suka kasut. Lagipun mana tak tumpahnya kuah. Ahaha.


Samalah. Kita pun obses ngan kasut. Masa blom kawen, dgn adik adalah 3 org anak dara kat umah ma tu. Lemari kasut kat luar tu je dah 3 buah. Hihihi. Pening kepala ayahnya.

Alam nampaknya tak suka kasut. Mungkin ikut perangai ayahnya (alhamdulillah..) Pakai selipar je. Bagus kan? Hahaha.

Konot said... BALAS

aku pun boleh tahan suka gak dgn kasut2 ni tambah yang tinggi menlangit.. (sbb aku species bantut kan.. terpaksa pakai high heels). tapi sejak ada anak kecik asyik la crocs je yg aku blasah sampai lunyai.. harap pakai kasut lawa pegi ofis je la..

Unaizah said... BALAS

Maybe Cik Aiyu bukannya nak makan sangat semua kasut tu, sebenarnya dia bercita-cita nak jadi cam Jimmy Choo. So, kecik-kecik ni belajar material kasut & jenis-jenis kaki orang dulu hihi.

My Name is what..? said... BALAS

huhu comelnyaaa... mmg senyum tak bersalah ok.hahaha sorry huda for the loss..xpe..cik abe ada.ckp raya dah dekat..hint hint.. ;)

DeLancrettLurpak said... BALAS

nox, buat walking closet khas utk kasut mcm Mariah Carey.. confirm anak ko taknak keluar dari closet tu, heheh

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

ada baka mak jugak laa ni suka main kasut..hehehehe

Asmara said... BALAS

hehe..chomel sangat la gigit kasut tu. geget dia pulak kang! hehe.. anak i yg kecik tu pun camtu gak obsess dgn kasut tp boy la pulak. dalam rumah pun nak pakai kasut. hihi..

sya_zazoo said... BALAS

aiyu ingat tu diamond betul.sekali dh geget rupanya crystal sajork..tu yg dia geget satu je tu.sementelah..tak sedap pulak rasa diamond tu.hihi

Dinas Aldi said... BALAS

adoi nak tergelak! dah rompong kasut mak dikerjakan, senyum tak bersalah plak tu, kahkahkah!

sHieRa cAkAp said... BALAS

Cik aiyu.. Cik aiyu... Banyak2 bende boleh gigit kasut jugak yg kamu suke nak... Alahai.. rompong kasut baru mummy ye!

Nota Cikgu Anum said... BALAS

OMyPrada! mk bkenan sgt ngan prangai Cik Aiyu ni. mk pon same, kdg bole lupe kasut msh lam kotak xsentuh lg :)

Anonymous said... BALAS

like mother, like daughter or vice versa.

Azian

Madam Sooyaree said... BALAS

Nur,
Skang ni pun dah mula pakai kasut kita. Selipar jamban kita ke hulur ke hilir dia duk cuba, hehe

va Va Voom,
Nasib baik anak sendiri kan... kalau anak oranggggg.. *sambil keluar tanduk* hehehehe

Aqilah,
Mungkin la kot. Kalau kasut baru aje takpe la jugak. Ni kasut kotor pun dia tibai masuk mulut!

Farah,
Halamak, kantoi! Tapi kasut baby ni susah nak agak saiz. Saiz sama, tapi ada yang kecik, ada yang besar. Kasi besar kang asyik la tersadung. Muahahah... Fatehah suka wedges, me likey!

Amyz,
Nasib baik Alam ikut perangai bapak. Orang lelaki tak elok bergaya sangat, hehehe

Konot,
Hehehe.. nasib kita orang renek kannnn... Aku skang ni pun tak dan nak pakai heels, wedges tu ok lagi la, heels kaput!

Unaizah,
Hihihih... nanti kalau jadi Jimmy Choo, hari-hari I tadah kaki ok, hihihihi

Alice,
Cik Abe ni tak makan saman. Dia akan cakap, "iye raya, so what?" T__T

Lurpak,
Babe, bilik aku nye closet memang walk in closet, tapi idok le besar lemari kak Mariah. Memang selalu pintu kena tutup, kalau tak lajuuu aje dia tuju!

Elissmie,
Harap2 bakat membeli tu tak turun sama la kan, hahahaha

Asmara,
Waaa.. anak mat salleh ni, suka pakai kasut dalam rumah, hihihi... Aiyu ni kalau tak berjalan, memang cepat aje dia nak tanggal kasut. Tapi itu le, tuju ke mulut!

Sya Zazoo,
Hihihih.. mungkin la kot. Elok mintak kasut le nanti, mintak diamond kalu, nangis mak bapak!

Dinas,
Hehehe.. kakak saya ada hati nak belikan dia baju kurung manik2, hahahaha... Dah tau future manik tu ke mana nanti!

Shiera,
Itu baru tengok kasut. Belum tengok benda2 lain lagi. Telefon mak nye pun berbekas gigi!

Nota Cikgu Anum,
Waaa.. ini lagi parah, siap lupa kasut yang dibeli! Kita ni spesis jkaun sket, kalau baru beli tak cukup tanah nak mencuba. Terus cari alasan nak keluar, hahaha

Kak Azian,
Hopefully vice versa le, hehehe

ahkakbatik said... BALAS

apesai kaktek rasa ko yg sua kasut tu kat dia supaya cik abe belikan yg baru?....
why? whyyy???? deem kaiii?????... kiya huaaa??????!!!

Amy Z! said... BALAS

Wahh.. Theme baru.. Cung!! :D :D header cik aiyu ala2 model gitu dgn topi camtu.. Haha. Thumbs up!!

Curly Umi said... BALAS

haha...sarah pun suka main kasut. especially my mom nya sandals yg mcm ada heels. she also has a handbag obsession! subuk nak angkat handbag even though it's too big for her!

Nazayiena said... BALAS

Slps nie mesti Cik Aiyu suka pki plk kasut org dewasa......klu bawa shopping kasut mesti dia pun nak mencuba jugak.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...