Saturday, August 27, 2011

Mojo jojo

Terima kasih pada teknologi terkini, kita tidak lagi terasa begitu jauh dari rumah.

Hoih, tipu la tu. Terasa tu memang lah terasa, tapi orang kata, dapat la mengubat hati yang sepi. Echehhh... sepi ke? :P Cik Aiyu baru tido, skang ni mak nye tengah layan Hot FM. Dengar lagu raya, hehehe... Padahal kalau kat Malaysia, takde la ku layan sangat radio. Tapi orang kata, kalau tak dapat tengok tuan punya badan, tengok bumbung rumah jadi lah kan. Kira skang ni kalau tak dapat balik Malaysia, dengar radio Malaysia jadi lah, hihihi...


Hari ni dah lengkap 3 jenis kuih raya ku buat. Selain German cookies, aku buat biskut Arab ngan choc chip cookies rangup. Ingatkan nak buat London almond memula. Baru la international gitu kan, German, Arab and London. Tapi mojo jojo nak buat biskut celup-celup tu belum sampai lagi. Lagipun cup yang ada kat sini besar sket dari yang selalu ku beli, pastu warna putih lak tu. London almond kena pakai cup hitam, hehehe.. Kalau cup putih rasa macam Arsenal almond kot?

Anyway.. mesti ramai dah balik kampung kan? Bawak kete elok-elok tau. Kalau mengantuk, mintak co pilot lempang sedas dua, hehe.. Lately aku pun selalu mengantuk beruk pepagi. Selalu jam 1 ke 2 pagi baru nak tido, pastu Cik Aiyu bangun kul 7 pagi setiap hari. Antara pukul 7 ke 11 pagi tu, aku selalu tido tido ayam. Hangin cik kak kita tu, tengah bebel bebel, tengok mak nye dah sampai. Selalu dia tarik tangan, kalau agak-agak tak sedar diri lagi, dia tarik rambut terus.

Semalam aku bawak la dia pergi padang belakang ni. Kesian member meroyan, seminggu tak pergi padang. Tapi bebudak sekolah kan, pastu petang ada football practice. Semalam takde orang kat padang, aku lepaskan la dia main kejar-kejar dengan bebayang dia.


Awal-awal tu terkawal sket, dia duk baca buku aje. Feeling feeling kat Central Park le tu. Padahal padang kontang.



Tapi dah kata bebudak. Pasti yang menjadi pojaan adalah pasirrr...





Petang tadi dia bikin projek. Masa tu aku tengah amik gambar beg dalam bilik. Memula dengar suara dia, pas tu senyap aje. Bila dah lama senyap sangat mula la mak bersangka buruk. Ku bukak pintu, jumpa Cik Aiyu tengah lap lantai pakai wet wipes dia. Usaha lap lantai itu ku beri A+, tapi tang wipes yang bersepah tu.. mak kasi C. Malam sikit bila aku kemas lantai, jumpa selonggok wet wipes yang dah tak wet la kan tersorok tepi coffee table. T__T

Rogi USD3 mak!


11 comments:

nur easy said... BALAS

pakai baju comei2, main pasir lak ya cik aiyu..;)

Syima Syaz said... BALAS

hahaha... kalau senyap tu mesti ada project BAEEKK lah tu...
aiyu...aiyu...

Niza said... BALAS

hehe cik aiyu terlebey rajin niat dihati nak tlg mummynye tu.

Mana gamba kuih raya lg 2 tu ? upload la nti

Amyz! said... BALAS

org raya di kg. ku raya di KL. hometown terchenta gituu.. hehe.

tak kisahla kg ke tak. asal dpt raya. :D

cantik baju purple dan background hijau. kontra gitu. tambah awek cun plak tu. lagiiii cantik. hihi..

ooohh pe'el sama la cam alam ni. "kemas" wipe tissue. huhu.

tau niat baik nak tolong mak lap lantai ye? takpe. tak payah lahh ye sayang.. hihihi.

DaZzlingLilLy said... BALAS

u yg duk us pun buat kueh raya..i yg kat sini mmg tak pnh buat lagi..dgr radio lagu raya tu tak tangkap nangis ker?..hehe..
Cik aiyu kalo bwk gi pantai mst meriah dia main pasir kan..

Dinas Aldi said... BALAS

Sungguh comel budak berdress purple itu dengan spek itamnya, kihkihkih! Maintain manis walaupun dok main pasir lepas tu, haha!

ahkakbatik said... BALAS

kesiannya org kg tgh takde projek buka poser beramai2..raya makan laksa.... pi temenong kt padang...
meh kaktek nyanyi...

mintak mak kuih sepotong
saya mahu makan kerna peyut kosong...
cheng ke cheng cheng...

Nanak said... BALAS

nampaknya lps ni kerja2 mengelap lantai boleh diserahkan kpd si anak dara..hihi...

p/s
Aiyu tak minum susu straight sampai pagi ke dear?

Madam Sooyaree said... BALAS

Nur Easy,
Hihih... baya2 gini, pakai baju Rizalman pun, kompem dia pulun benda2 kotor! T__T

Syima,
Memang gitu Syima. Kita memang la nak dia duk sesnyap kan, tapi terlampau senyap tu selalu ada maksud tersirat, hahaha

Niza,
Ohhh.. nak skodeng gambar kuih raya kita ek? Okeh... malam ni kita eksyen sket, hehe

Amyz,
Hahahah.. orang selalu raya kat Johor, dia terbalik :P Alam pun selalu kemas rumah eh? Memacam kan bebudak ni. Selalu letak tinggi sket, tapi member makin hari makin tinggi!

Dazzling Lily,
Eh, you tak yah buat, kuih byk di hujung jari. i terpaksa la, hehehe... Dengar lagu tak nangis pulak, ceria sket ade lah. Cik Aiyu pun pelik, apa hal la pulak tengah2 malam ni bising, selalu senyap aje :P I rasa dia mesti suka pergi pantai, sama cam mak bapak :D

Dinas,
Hehehe.. bila main pasir terus masam ek? :P

Kak Tek,
Iye la, ada orang tu duk bandar kann.. Nak buat camne, laki kita tenaga buruh saje

Nanak,
Hihihih... boleh, tapi sediakan tisu sebakul! Aiyu tido dari malam around 10 pm, terus sampai 7 am. Takde susu dah tengah malam, tak macam dulu. 5 kali dia bangun!

Nadia Dzai said... BALAS

amboi cik aiyuuu, siap spek pink gitu! ;p

nazayiena said... BALAS

budak2 nie main pasir tulah paling suka....ya klu dah senyap2 tu mesti ada pekerjaannya yg dibuat.....hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...