Thursday, August 25, 2011

Pesanan Cik Aiyu buat mereka yang berpuasa...




"Aku boleh makan siang, kau boleh ke?"
(dengan nada bajet seksi)




Agak-agak, apa la yang dimakan sampai terteleng kepala tu? Nak kata tengkuk ayam, selalu aku buang aje waktu siang ayam. Tongkeng ayam pun aku buang, tapi aku syak ada jugak yang terlepas pada Cik Aiyu, pasal mulut dia pot pet 24 jam. Cuma dalam bahasa dia lah, mak nye tak paham. Selalu aku iye kan aje. "Iye ke??" Itu antara feveret phrase aku pada Cik Aiyu, hehe... Kekonon layan borak la, tapi sepatah haram dia cakap aku tak paham.

Faktor teleng hari ini, adalah tiny pasta with Swiss cheese, spinach and corn. Hari ni takde standing ovation, cuma teleng ovation. Yang penting, anakku suka. Mak nye pun suka sama, tak sia-sia gigih pergi beli Swiss cheese semalam. Apparently Swiss cheese has a slightly sweet taste that appeals to babies, kata Annabel Karmel. Haku pun layan kan je la.


Selain masak untuk Cik Aiyu, hari ni aku buat kuih raya. Haaa.. jangan marah, kita pun nak raya! Korang mesti dah 12 jenis kuih kat rumah kan? Kalau malas nak buat, kan ada kuih di hujung jari anda, hehehe.. Hari ni aku buat German cookies. Patut pakai potato starch, tapi dah 4 kedai pergi tak jumpa, wa surrender pakai tapioca starch. Kuih tu macam keras sikit waktu uli, merekah pun iye jugak. Tapi yang penting, faktor cair di dalam mulut itu tetap ada. Plus factor, tak manis sangat. Aku pening sket kalau kuih raya memanis ni. Cik Aiyu pun suka, 2 ketul dia makan tadi.


Balang kuih raya $3.50 haku. Tak main la Pyrex, pasal tak ade, hahahaha... Beli semalam kat Hobby Lobby, rege lepas 50% discount. I like!

Masa aku sibuk gentel kuih, ada benda duk gentel kaki aku. Eh, anak kucing kah?


Sanggup tu, tarik sofa parking bawah meja. Tapi takpe la, asal dia tak kacau aku sudah. Takat nak guling-guling bawah meja, mak terima nak.


17 comments:

ANR said... BALAS

wah.. comellllllllll.. semua comell.. hiks kiter pun dah buat the cookies. suka sangattttttttt

p/s SELAMAT HARI RAYA TO U N FAMILY. MAAF ZAHIR BATIN ANDAI ADE YANG TERASA YE.. HIKS

mama maman aka yana said... BALAS

Cumilnya bergolek2 kat kaki..:)
bagus arr tak kacau.. blh wat biskut 4-5 jenis pasnih...hhhee

Selamat hari raya dan maaf sekiranya ada gurau senda mama terkasar dan terasa dihati.. Selamat hari raya cik aiyu dan papa serta mamanya..:)

liemaopurut a.k.a ana said... BALAS

x sabo nak tengok resepi2 baru tuk cik aiyu.

erm berselera jer tengok german cookies tu...

farah said... BALAS

Tetiap hari mommy cik Aiyu goda weolls ngan makanan cik Aiyu ya, arini I rasa plg x thn sekali tgk (knp baru pkl 11 rasa perut hollow semacam je ni??) Oh and syabas rajin buat kuih raya, nmpk so yummy I rasa kalo letak choc powder, maybe yummier!! Hehe

Have a happy Hari Raya Nurul!

Amyz! said... BALAS

Seronok tgk anak enjoy mkn apa yg kita masak. Sungguh sedap masakan emak wpun simple. Hihi.

Eksyen ye dpt mkn siang. :p

Pasni nak buat kuih raya apa Nurul? Gigih sungguh. Baru rasa suasana raya gitu.. :D

blu4sky said... BALAS

bkn main lagi cik aiyu..muka lengan semua ikut makan..hahahah

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Fiza Zainal Abidin said... BALAS

sedapnya kak tgk makanan cik aiyu tu..... terliur plak..ahakssss

bonda dadif aka akish said... BALAS

babe...try cer share resipi yg mu masak utk anak dare tuh..nampak menarik la...

=)

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

rajin kau buat kuih ye.. aku ni sekali tu je la buat cekelat cip. pas tu.. HARAMMMM

eh mcm sedap pulak meal cik aiyu tu!!

aunty konot mintak sket voleyy???

Niza said... BALAS

Semangat tul cik aiyu makan... hehe , tgg next tayangan menu makanan dia .

Nmpk cedap je biskut tu.. nak cikit .

Cik Aiyu smpi guling2 kat kaki nak ajak main , dia pun nak blja msk tu.

Lady of Leisure said... BALAS

Merekah pun merekah la yang, dah takde potato starch nak buat guane kan hehe.. Janji melt in da mouth kan..
Aisehh cik aiyu posing kemain lagi eh, raya ni cik aiyu pakai kebaya tak? Hehe
Salam aidilfitri to u and family dear!

Nanak said... BALAS

wah, habis licin mangkuk ye Aiyu..suka la tu..baguslah Aiyu ni nak pakai bib,kalau Fredo dia mesti buka..sabar jelah..

Anonymous said... BALAS

SELAMAT HARI RAYA KAK MAI N FAMILY,MAAF ZAHIR N BATIN..SEMOGA AKAK SKERLUARGA HAPPY2 SLALU.=) thn ni wawa fmily braya ke kelantan terchenta =) n trganu...hr ni last day kerja...x sbr nk braya ni. =)

WAWA PUTRAJAYA.

nazayiena said... BALAS

Org x posa,nampak licin pinggan,sedap le tu.....Cik Aiyu x b'minat tlg gentel biskut ke?...

SJB aka SUELYN J-B. said... BALAS

Guling guling bawah meja? hehe cute.

Madam Sooyaree said... BALAS

Aqilah,
Berapa macam cookies awak buat? Jeles le ni.. Selamat hari raya to you too dear, dan maaf zahir batin :)

Mama Yana,
Samalah kita, kira 0-0 ek.. selamat hari raya!

Liemaopurut,
Nanti kita upload k recipe tu, insya allah ;)

Farah,
Selamat hari raya dear! Eh, awak suka pasta ke? Hehehe.. sat gi masak utk Fatehah, mak nye yang makan! :D

Amyz,
Semalam dah buat kuih Arab, hehehe.. semangat!

Blu4sky,
Hehehe.. itu biasa... sib baik lantai terkawal, makanan melekit kan :P Selamat hari raya pada awak sekeluarga!

Fiza,
Hihihi.. jangan batal posa tau! :D

Bonda Dadif,
Nanti esok lusa kita upload k laling :D

Konot,
Boleh, auntie tak pose ke? :P Haaa.. tau pun, aku ni rajin orangnya :D

Niza,
Hehehe.. kalau dia belajar masak, takleh imagine camne dapur, hehehe

Lady of Leisure,
Salam aidilfitri pada Lady berlima jugak tau... Tahun ni balik Melaka dulu kan? Suruh hubby bawak keta elok2 tau :D

Nanak,
Hahah.. abang Fredo ni memang.. Yang ni so far ok la, dia concentrate makan kot :P

Wawa,
Selamat hari raya Wawa! Eh, Kelantan katne? Mak kita lahir kat Lundang :D

Ina,
Hihihih.. kalau kasi dia gentel, memang le dia suka!

SJB,
Yup, dia pun sibuk sekali kat kitchen!

Kongkang Malaya said... BALAS

Mai,
Waduh waduh! Sudah ngukis ya, buk?

Dok usha resipi German cookies ni dah lama, tapi belum sampai seru sebab tak de potato starch. Tapioca starch pon nehi. Kalo buh tepung beras, dah jadi Malaysian cookies lak yek? Haish!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...