Thursday, September 22, 2011

Day 3: Sea World!

Yeay, entry yang ditunggu sudah tiba!
*apa kes, kau ingat kau retis???*



Sooooo…..




Hari ketiga kami di San Antonio, kami telah ke SeaWorld. Tiket masuk untuk orang dewasa adalah USD 59.99 + tax seorang, tapi kalau beli online, dapat USD 49.99 + tax. Dah la jimat, tak yah beratur lak tu. Me likey! Masa kat pintu pagar, ada pak guard dan mak guard yang akan check beg. Nak bawak jajan boleh, tapi jangan bawak sampai melampau la. Kitorang masuk dengan 3 botol air mineral, sebotol susu & kudapan Cik Aiyu, lepasss… Kalau kat Sunway Lagoon, toksah la korang berharap bawak masuk waima air sebotol. Tapi kat SeaWorld ni tak dapat bracelet tag kat tangan. So uncool hokayyy…

DSC02065-e

Tempat pertama yang kami terjah, adalah One Ocean show. Ingat tak cerita Free Willy? Haaa… kami nak tengok Willy la ni. Cuma ni mungkin anak cucu Willy, pasal cita Free Willy tu adalah pada zaman ai muda remaja gitu, hihihi…


DSC02011-e

Mat rempit parking motor. Motor mat rempit takleh bawak masuk show, kena tinggal kat luar. Banyak jugak rupanya mat rempit kat dalam taman ni.


DSC02013-e

Antara penonton yang jakun. Masa nak duduk ni, ada zon yang diorang panggil ‘splash zone’. Kami duduk kat splash zone ni, pasal bak kata Cik Abe “it’s just water”. Ok la bang, saya bini yang menurut perintah. Ikut aje lah kata laki.


DSC02029-e

Retis pada show itu. There were 3 whale sharks in total. Besar gilos diorang ni. Takleh nak imagine, pool tu dalam mana. Tak sangka whale sharks ni pandai rupanya. Ala ala dolphin gitu. Boleh lompat-lompat, menari, babai fin kat audience, dan…….

Simbah air kat orang!!!

Muahaha… tak sangka air yang bakal disimbah tu deras sungguh. Dah la tu, sejuk pulak tu. Siap masin lagi! Cik Aiyu terkejut, terus menjerit! Nasib baik tak nangis kawan.


DSC02031-e

Yang pasti, basah lencun, hehehe…


DSC02034-e

Dari One Ocean, pasukan mat rempit semua bergegas ke Bay of Play Sesame Street. Memang ngam ngam timing diorang. Sampai aje, Elmo tengah cakap hi kat semorang.


DSC02035-e

Lepas intro, terus keluar lagu, dan 4 orang gang Sesame Street yang lain muncul dan menari bersama. Nak jadi cerita, lepas 2-3 minit, diorang ada technical error. Semua character masuk balik belakang stage. Tup tup ade anak orang tu terus berlari menuju ke depan stage. Nasib baik mak nye sempat ikut sekali.

Cer teka, anak sape tu???



Teka laaa….











DSC02040-e

Confirm aaa Cik Aiyu! Ko tengok tu, siap menari bersama, pegang-pegang skirt lagi!


DSC02041-e

Rasanya dia budak yang pertama sekali duk berdiri depan stage, menari syok sendiri. Gang Sesame Street kat atas tu pun duk mencangkung, babai kat Aiyu. Tapi anak ku buat sombong aje, teruskan tarian. Tak lama lepas tu, ada bebudak lain join menari sama.


DSC02048-e

Orang lain nak salam, dia pun sibuk sama. Tak padan kecik.


DSC02050-e

Sempat la kami amik gambar dengan Abby & Zoe. Tapi tak pandang kamera la pulak. Camno nak frame ni? Camno nak eksyen kat sepupu sepapat ni???


DSC02054-e

Lepas tengok Sesame Street, Cik Aiyu tukar uniform. Apa lagi, acara main air lah. Dua kali jugak kepala member cium lantai. Pertama kali, ada anak orang lain langgar. Kali kedua, sendiri yang tergelincir. Nasib baik takde telur sebijik di dahi.


DSC02064-e

Dah penat main, member berdengkur. Tido sambil berfikir gitu, hehehe…


DSC02072-e

Selain daripada show dan waterpark, SeaWorld ada rollercoasters jugak. Tapi itu lah, zaman gila rollercoaster ku sudah berlalu. Skang ni gi taman permainan untuk anak je la kan. Tunggu dia besar sket, boleh ajak naik rollercoaster bersama, hehehe.. Ajak boipren, dia segan sket dengan rollercoaster ni, hehehe…


DSC02074-e

Antara tarikan yang lain.


DSC02081-e

Happy feet gang yo! Comel sungguh penguin ni, rasa macam nak kidnap bawak balik aje.


DSC02091-e

Ni pulak sea lion perasan diva. Gang dia yang lain ada dalam air, dia sorang je syok sendiri duduk atas batu.


DSC02096-e

Dolphin yang gembira pasal semorang nak kasi diorang makanan.


DSC02097-e

Bukan dolphin je dapat makan, yang ni pun dapat jugak.

Ada lagi 3 show yang kami tak pergi tengok, pasal Cik Aiyu macam lemau aje. Jadi kami banyak pusing-pusing taman. Bukan anak haku aje, tengok bebudak lain pun bateri ala-ala tinggal satu bar.

Takpelah, tunggu Cik Aiyu besar sket, nanti kita repeat paper hokay.

21 comments:

hidayah said... BALAS

Bestnyer...sangat jelous hokey..pasal ada real elmo and geng kat situ...:)

Amy Z! said... BALAS

Ya Allah. Bestnya park ni. Mcm2 ade. Mmg harus repeat lagi sekali nak explore semua ni. Termasuk naik roller coster tu. Hahaha.

Kami org dekat sikit dgn universal studio spore. Nanti nak gi lah. Haha

amaniammar said... BALAS

salam...

CHUMEL!!!!....

salute to cik aiyu..coz berani bergambar dgn maskot...kalu my lil'caliphs bkn setakat nangis..siap panjat bahu x mo dekat..cmno tu..

Such a lovely family...

suke bc blog kamu..sis

Konot said... BALAS

bestnyer!!!

berani sungguh cik aiyu kannn selamber pegi depan stage sorang2..

cahya indah said... BALAS

excited part whale sharks tu..wuuu. nak pegi tengok jugak nanti, tah bila :p

Cik Aiyu comel sesangat tido..pose mahal tu. nanti jadi best student ;)

Anggerik Berduri said... BALAS

akhirnya, Cik Aiyu jmpa gak dgn BF dia kan. terharu akak melihatnya. aharks tp knape xamek gmbar ngn BF? baru leh buat kenangan. hahahahahahahahaha

bonda dadif aka akish said... BALAS

anak dare nih mmg tau..tdo pon mmg berstyle!

loike..

Jobless Girl said... BALAS

Cute baby.

Unaizah said... BALAS

I paling suka whale shark show tu.... :)

farah said... BALAS

Ho yeahhh entry gmbr melampau dah kuar. Penat we ols tunggu...hehe...wah2 enjoy sungguh cik Aiyu nmpknya gi Sea World, mmg cam best je park tu, hmm bila la we ols nak jejak kaki kat situ...kekeke...cik Aiyu bertambah comel skrg, aunty geram tgk!!

misha.w said... BALAS

seaworld kt USS Spore pon kerja nya asek nak nyimbah org jek. tp kena duduk kt dry zone lah baru tak kena simbah. hehehe.. sian cik aiyu basah kuyup.:P

Nanak said... BALAS

sian menantu i lencun! nasib baik tak nangis ye..good girl..
mesti Cik Aiyu gembira jumpa Elmo kan..siap turun menari sesama pegang2 skirt lg..comel!

Nazayiena said... BALAS

kikikiki ketawa dulu dgn Cik Aiyu yg hbs lencun tu....kasihan pun ada nengoknya......seronoknya gi Sea World.

norashikin said... BALAS

Cik aiyu...so cute...

lyza said... BALAS

Bestnya team park nie..arissa sure jeles...hahahaha....tp takpa..zaman elmo dia dah berlalu..:P

hehehe..sian aiyu tak cukup tinggi nak salam kan..melangut je tgk kesukaan dia depan mata...

cute gambar dia basah tu..sambil garu tinga tu..mesti terkezut tak henggat walaupun dah slalu terjun pool kan...

liemaopurut said... BALAS

bestnyeee.....

suka tengok whale tu....hihihi. cik aiyu tersngat la berani nyee g depann joget samae2.....i likeeeee!

PatinPasta said... BALAS

Mai,
Amboi.. bestnye dia jalan-jalan!

Dah lepas lencun kat Splash zone tu (err.. tak buleh gelak ek? :D), gi salin baju ke bior kering naturally jek? Cik Aiyu nampak no hal jek nari dalam lencun. Hehe!

Niza said... BALAS

Bestnye.. mcm2 ada.. cik aiyu happy sgt joget skli dgn enboipren elmo & the gang. Tapinye x de gamba sesama lak.

Doktor Love said... BALAS

bestnyerrrrrrr

Madam Sooyaree said... BALAS

Hidayah,
Tunggu Shafiq besar sket, boleh datang sini :D

Amyz,
Pergilah USS, nanti jangan lupa report haaa

AmaniAmmar,
Thanks dear, really appreciate it :) Aiyu memang jenis tak takut orang, kita yang risau pasal semorang pun dia nak dekat!

Konot,
Anak iolls tu memang muka tebal noks, hahaha

Cahaya Indah,
Whale sharks tu best show dia! Ada lagi satu show ikan, tapi kami tak pi pasal Cik Aiyu tido time tu

Aqilah,
Hehehe.. akhirnya! Boipren dia lari mana tah lepas show, tak dan nak kejar

Bonda Dadif,
Hehehe.. gaya, mutu, keunggulan gitu!

Jobless Girl,
Thanks dear :)

Unaizah,
Best kan, rasa nak pegang aje. Tapi mesti beku duduk dalam kolam tu

Farah,
Apa lagi auntie, haruslah ke SeaWorld terdekat, hehehe.. I lagi suka yang kat Gold Coast nye, lagi happ!

Misha,
Hehehe.. kita dah propose nak duduk zon kering. Cik Abe nak gak duduk splash zone, layankan saje

Nanak,
Takpe, sana cuaca pun ok ok aje kalau baju basah. Kalau sejuk memang bertambah kesian, hihihi

Ina,
Memang seronok walaupun penat. Nanti Ina boleh la bawak anak2 ke sana :D

Norashikin,
Thanks dear :)

Kak Lyza,
Kalau Arissa suka Elmo lagi, melampau la tauuu... Memang dia terkejut bila time splash tu. Sah2 dia dapat lebih air pasal time tu dia atas pangku aye, hehehe

Liemaopurut,
Whale tu comel kan! Kalau kecik boleh bela sekor, hehe

Patin,
Eh, awak nye kembara Frodo lagi best! Gelakkan aje, pasal kitorang pun gelakkan dia pastu, hahaha... Biar kering naturally, lepas dia main air baru tukar baju :D

Niza,
Elmo dah lari dulu la yang, tak sempat nak kejar. Dia perasan dikejar paparazzi kot, hihi

Doktor Love,
Memang best, hihihi

Syima Syaz said... BALAS

aiyooo bestnye....
saya baru balik dari USS... best jugak.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...