Friday, September 23, 2011

Sesame Street Bay of Play



Video pendek aje Sad smile

Saksikan aksi 16 saat Cik Aiyu, hihihi… Time ni masih duduk di belakang, sebelum technical error. Lepas ni yang Cik Aiyu lari ke depan, parking betul-betul depan stage.


Masa kat depan tu, aku ada record jugak aksi Cik Aiyu. Tapi nampaknya recording itu adalah angan-angan semata, pasal mak nye takat pegang kamera, tapi kamera tak record pun! Aku rasa pasal terlampau ghairah nak record, aku tekan butang tu kuat sangat. Jadinya record sesaat, terus berhenti.

T__T

Kuciwa mak tau.

Menyesal pun ade. Tapi apa nak buat, nasi sudah menjadi bubur. Eh, teringat pulak kat bubur nasi restoran Selera 60’an di Uniten. I like!

Masa duk kuciwa tu, aku macam tak dapat menerima kenyataan bahawa itu adalah salah aku. Aku salahkan kamera dan memory card, hahaha.. Masa duk guling-guling belek gambar, aku play la video ni. Tiba-tiba video ni berhenti masa minit ke 00:03. Dalam hati, aku pun cakap “dah kata dah, memory card yang gila”. Lantas tangan terus gatal dan tekan butang delete.

Lepas 15 saat gitu baru aku macam “Eeehhh… apa yang telah ku lakukan?? Tidaakk!!! Nehhiii!!!!”

Cik Abe kata, aku yang tekan butang pause, pastu aku delete. Waddehel???

Skang sape yang gila, kamera ka tuan punya kamera?

Sepanjang jalan dari San Antonio ke Midland, aku duk menyesal dengan tindakan tak bijak aku delete video. Ok la, yang pertama tu memang dah tak record, nak buat camne kan. Yang kedua ni, tak sempat nak download ke laptop, yang aku gatal pi delete buat pe???



Tapi, camne aku dapat upload video tu pulak hari ni???

?
?
?
?
?
?
?

Haaa… korang mesti pernah tengok CSI atau NCIS kann… File recovery yo!

Camno nak buat?

Esok lusa kita gebang, yeay!

4 comments:

Niza said... BALAS

wah x saba nak tau teknik2 csi tu.. leh blaja in case ada data nak recover semula...

ANR said... BALAS

hamboihamboi terror nya. anak sape lah ni. aharks

farah said... BALAS

Aduhh comelnya cik Aiyu menari. Dah serupa samba ke chacha joget pegang skirt. Klau dekat dah lama aunty kiss! gewam!

Madam Sooyaree said... BALAS

Niza,
Senang aje dear, kita pun tak sangka dapat recover balik

Aqilah,
Biasa leee.. see the mother le

Farah,
Hihihi.. Fatehah suka menari tak yang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...