Friday, September 30, 2011

Si manis 15….

DSC02377-e

Itu dia, si manis 15 saya. Tapi bukan 15 tahun, 15 bulan uolls. Kalau 15 tahun masam masam manis tak, dah reti melawan, hehehe…

Semalam Cik Aiyu genap 15 bulan. Seperti bebudak 15 bulan yang lain, kami pergi hospital untuk well care. Kali ni dapat tepat pada umur 15 bulan dia, pasal dah book 3 bulan yang lalu, hahaha.. Amik kau, macam nak jumpa retis dah kekdah nye kan.

Semalam juga first time aku gi spital sesorang dengan Cik Aiyu. Selama ni Cik Abe selalu ade. Kalau kat Malaysia dulu, nenek nye RTM, teman setia anda gitu. Berdebar-debar jugak rasanye, pasal aku tak pernah pegang lagi Cik Aiyu time kena inject. I is takut hokayy… Mak seriau sket dengan jarum-jarum ni. Segan.

DSC02378-e

Masa sampai tu, kena tunggu dalam 10 minit kot sebelum nurse panggil masuk. Lepas kena soal siasat lebih kurang, nurse suruh tanggal baju Cik Aiyu, nak amik berat ngan tinggi. Kat US ni strict sikit time timbang, kena bojel. Kekadang tu siap tolak berat diaper lagi, hehehe.. Pada umur 15 bulan, berat Cik Aiyu adalah 9.3 kg, 77.5 cm tinggi. Lilit ukur kepala, 48 cm.

Lepas ukur, kena doktor pulak. Bila doktor sampai, awal-awal tu seperti biasa, interview ala kadar. Keluar je statoscope, anak aku dah menggelupur. Mula menangis, hehehe.. Apa la awak ni! Doktor cakap Cik Aiyu sihat, alhamdulillah. Yang kelakar time dia bagi ulasan pasal perkembangan fizikal,

“She’s 16% on weight, 53% on height. That’s normal. Head circumference is 95%, still big”

Uikkk.. apakah??? Nak suruh anak aku diet saiz kepala kah?

Camno tu???

Pasal kalau boleh diet saiz kepala, aku pun nak join, hahaha.. Mak nye pun sama, gang kepala besar. Smile with tongue out

Dalam 10 minit kemudian lak, ada nurse datang bawak jarum 3 ketul. Haaa… aku pulak yang cuak tengok. Bila baringkan Cik Aiyu, belum apa lagi, dia dah nangis. Dah tau nasib yang bakal diterima kot. Last time dia dapat shots, lepas tu 2-3 kali gak dia nangis time aku nak tukar diaper dia kat restoran. Takut kena cucuk le tu….

Alhamdulillah semuanya ok. Balik dari hospital, member dah tertido dalam kereta. Bangun terus riang gembira, macam takde ape yang berlaku.

Good gal!

12 comments:

bonda dadif aka akish said... BALAS

ahahhaha...besarrr kaple...kekekke....mmg geng omaknye la nih...

dannn whoaaa..mmg kuatla nantu mama nih...kene jap...gagah perkase....mmg gud gal..

=)

sHieRa cAkAp said... BALAS

Alahai... Good girl nye Cik Aiyu...

kepala besar tu tak ley nk buat ape la kan..

cahya indah said... BALAS

akak, budak2 memang besar tang kepala kan. hehe. Cik Aiyu kecik lagi sebab tu la kepala dia still consider besar, cer tggu dia besar sikit..mesti kepala da tak besar camtu.

Amy Z! said... BALAS

happy 15mo si manis aiyu. wah. dah manis. ayu lagi. memang ramai dah org berkenan nak buat menantu nih. ahaha.

ahaha. kepala besar tu tanda bijak genius gitu. hihihi.

sri hati said... BALAS

alhamdulillah..cik aiyu membesar dgn jayanya..15 months dh..suke tgk perkembangan cik kak kita nieh..

ayang said... BALAS

Besaar dah ci aiyu.. pandai mak diaa bela.. hehehe..

Mick's Mama said... BALAS

aiyo, my micky lagi berat ler. Apsal cik aiyu ni comel sgt. I very the gerams!

jandasepi said... BALAS

so cute, kelakar macam selalu.. :)

farah said... BALAS

Good girl ya cik Aiyu, went with mummy je :) So cute bersepit rambut pegi hospital. Fatehah ntah bila la dpt chance rambut masih sangat kasihan, sikit...hehe...

Syima Syaz said... BALAS

normal weight kan?
tak sabar nak ada anak..hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Hahahah, mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kannn... :D

Shiera,
Itulah pasal, camne nak diet rangka kepala?

Cahya,
Kepala Cik Aiyu ikut carta baby memang besar. Takpelah, dari jadi bayi obese, lagi risau kan

Amyz,
Hihih.. thanks auntie!

Sri Hati,
Thanks dear, kejap je kan dia dah besar.

Ayang,
Auwww... I like! :D

Az,
Hehehe.. berapa berat Mick? Dia boy, takpe!

Jandasepi,
Auww... thanks dear :)

Farah,
Fatehah cukur ke hari tu? Aiyu memang tak cukur, tu tumbuh sekata kot

Syima,
auwww... ada perancangan kah? :D

Konot said... BALAS

good girl cik aiyu! jgn nangis2 jumpa dokter tau.. mintak cekelat lebih sket nanti! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...