Sunday, October 16, 2011

Mi casa

Setelah hampir 4 bulan berlalu…..

Terimalah sesi terjah rumah kami!

Punyalah lama kan, tapi tuan tanah kedaung ni penyanyuk orang nye. Propah nak tunjuk kawasan rumah, habuk pun takde. Gambar dah lama amik, entry tak terbuat. Tapi takpe, hari ni kita buat. Sempena seminggu sebelum balik Malaysia, hihih.. Kot kot ada yang rindu rumah time kat Malaysia nanti kan… Ialah, busuk-busuk pun, rumah sendiri. Sudah tentu lagi selesa daripada hotel 5 bintang. Ok, tido hotel tu kekadang best gak ar, especially part tak yah kemas katil dan cuci toilet, tuan tanah like this!

Anyway… kita mulakan dengan depan rumah.

DSC00375-e

Gambar recycle je lah ek, malas nak amik gambar baru, hahaha… Depan rumah kami tak guna sangat, pasal garage kat belakang. Paling kuat pun keluar waktu petang, kasi Cik Aiyu jalan-jalan atas rumput. Sambil jalan-jalan tu, pergi depan rumah jiran selang serumah untuk amik surat.

DSC00740-e

Masuk rumah, belah kanan adalah bilik mainan Cik Aiyu. Tempat dia eksesais panjat sinki rumah. Elok aje dia bertenggek atas sinki tu. Nak cuci vontot kah? Slide tu pulak skang ni dah berani turun dengan 3 cara berlainan. Yang paling kerap, dia gelungsur atas badan. Kekadang kalau rasa berani sket, dia turun sambil duduk. Kalau timbul lagi rasa berani, dia turun ala mat rempit buat aksi Superman. Head dive gitu.

DSC01107-e

Belah kiri pulak, adalah bilik Cik Aiyu.

Sebelah bilik Cik Aiyu, adalah bilik air kedua.

DSC00356-e

Nampak tak kekawan Cik Aiyu beratur di tingkap? Skang ni suka bawak berborak dengan bath toys dia. Tah ape la arahan yang dia kasi. Itik-itik yang tak bernyawa, diam je lah.

Sebelah bilik air tu, adalah bilik ketiga kami. Patut jadi bilik bersama, tapi korang agak-agak, sape yang conquer skang?

DSC02750-e

Tengah-tengah rumah, adalah ruang tamu. Gambar dah selalu sangat letak, jadi kita skip kali ni, hihihi…

Yang ni pulak dapur.

DSC00787-eDSC00788-e

Dapur ni connected to Aiyu’s playroom. So dalam rumah kami ada loop gitu. Dari pintu depan, ke ruang tamu, ke dapur, ke bilik main Cik Aiyu, balik ke pintu depan. Senang kalau nak lari dari anak, hahaha… Dan semestinya loop ni adalah feveret Cik Aiyu bila main kejar-kejar. Takde jalan mati yeop!

Kat dapur ni ada satu pintu yang memisahkan rumah daripada laundry room, bilik utama dan garaj.

Ni pulak bilik kami.

DSC00345-e

Gambar lama, pasal katil Cik Aiyu masih dalam bilik kami. Gambar baru, malas nak amik, hehehe…

Bilik air utama. Banyak cermin, kalau tak nampak gak lobang idong memasing, tak tau lah.

DSC00346-e

Daripada bilik air ni, ada lorong rahsia untuk pakaian kami.

DSC00349-e

Taa daaa!!! The other side of the bathroom is laundry room. So bukak pintu kabinet ni, campak baju kotor, terus sampai ke laundry room. Tak yah susah-susah pakai bakul dalam bilik air.

The laundry room.

DSC00341-e
DSC00344-e

Hasil terusan Suez kami tadi, hehehe… Gambar terpaksa dikaburkan, tanak tunjuk spenda koyak mak nye.

Kalau nak tau, Cik Aiyu memang suka main dalam laundry room ni. Selain daripada mengasingkan pakaian yang tak perlu diasingkan, dia juga suka masukkan baju kami dalam tong sampah. Boleh? Tau le baju mak bapak dah lusuh, tapi toksah le buat gitu nak.

Jadi sebelum kami nak ikat plastik sampah, kompem kena check dulu. Kot kot ade benda yang dah lama kami tak jumpa… You know where they are Open-mouthed smile

Laman belakang.

DSC01287-e

Skang ni laman belakang tengah mengalami proses baik pulih. Nanti bila dah siap, kami tunjuk haaa… (Cik Abe nak eksyen dengan set barbeque dia tu, hahahaha)

That's all folks!

30 comments:

bonda dadif aka akish said... BALAS

emmm...menariks betol tang hasil terusan tuh....

cik aiyu..balik mesia...gila jenjalan jb...

tetibe....

=)

farah said... BALAS

Mmg cantik rumah u Nurul! Kemas je, I like the white finishing tp klau kena kat Mesia sedih tang nak lap selalu tu *kecuali kalau ada tukang lap* hehehe...Of cos paling menarik sekali bilik mainan cik Aiyu, tempat pertapaan si kecik!

anumuchan said... BALAS

besar rumah akak..cantik..huhuu..

Nota Cikgu Anum said... BALAS

agak2 bape ringgit ye umah ni Huda? :)

Wahidah said... BALAS

wah ade terusan suez la...lain dr yg lain..


eh cik abe pndai main alat music yea..bestnyaaaa

Asmara said... BALAS

wuwuwu!! cantiknya rumah! paling tak menahan cermin bilik air tu, sepoloh org boleh tengok muka sekali. heheh...

norh said... BALAS

besarnya laman..bestnya..

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

canteksss rumah kau noksss.. best cik aiyu eh dpt 2 bilik dia punya sorang! :)

:|: TinTa Kibod :|: said... BALAS

wow bestlah terusan suez tuu...tadelah payah nk angkut2 bkul bgai..hiks..

cicayanki said... BALAS

you, that's a very nice house you've got there :)

he plays the guitar. you? the tambourine? hehehe

My Name is what..? said... BALAS

Nak laundry room jugaaakkk!!! nape kat Malaysia xpenah ada laundry room...huhu

nways, nice house laa huda! LIKE 10000x! :))

Serendipity said... BALAS

love te stripes bedsheet!

Delila1708 said... BALAS

I like your house.....chantekssss.

jas imran said... BALAS

bleh masuk majalah anjung seri nih...
tetiba datang mood nak mengemas rumah balik nanti... hehe...

Unknown said... BALAS

I loike!!! Minat betul tang terusan kain kotor hingga ke laundry nya tpt tu. Tak yah letak bakul kain kotor luar bilik dan menyakitkan mata bila dah penuh :)

Seriously nice house lah mai ;)

BabyIntan’s latest n3:
Tawaran Model Baju Sejuk!
Arissa Di Zoo Negara!
My Barbie Doll!

Amyz! said... BALAS

Bestnya rumah macam ni.. kat mesia takde pun. haha.

suka part byk2 cermin. vain kan? haha.

bilik ketiga tu, emmm.. kalo rumah kita sure jadi tmpt repair pc encik suami. hahaha.

Amyz! said... BALAS

haha. set barbecue nak eksyen jugak ek? ahahaha. perlu eksyen tu. perlu. ahahaha.

Nanak said... BALAS

cantiknya rumah u dear..teringat rumah2 yg selalu keluar dlm nanny 911..hehehe...err, depan rumah takde nama family ke? :)

DeLancrettLurpak said... BALAS

Nok, walking closet tak tunjuk ker? nak gak tgk collection bag birkin ko, ehem ehem...

DeLancrettLurpak said... BALAS

lupa pulak,apa hal ek, org laki suka betol dgn BBQ set...laki aku pun sama, heran... nasib baik dah beli mahal2, rajin nak bako membako..kalau tak, aku bako aje la bBQ set tu!

cahya indah said... BALAS

suka cermin besar kat bathroom akak tu..hehe. dengan laman belakang, tak sabar nak tengok gambar laman belakang yg baru ;)

jaja said... BALAS

"...dia juga suka masukkan baju kami dalam tong sampah. Boleh? Tau le baju mak bapak dah lusuh, tapi toksah le buat gitu nak."

LOL.gelak guling-guling baca part nih.

NunsNajib said... BALAS

serious cantik and besar gila rumah! untung laa cik ayu dapat berlari lari kan ;)

SJB aka SUELYN J-B. said... BALAS

Luas nya belakang rumah. Oh, Tak ada basement?.

lyzaCR7 said... BALAS

Arissa jeles tgk bath tab..hahaha...

sabira said... BALAS

a week more to come back to malaysia...bersiap sedia untuk kidnap cik aiyu di kelana jaya..yeayyyy!!hehehehehehe :)

sabira

yaNa said... BALAS

canteknye umah.. ;)

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Kalau JB kena tanya drebar, pasal selalu tumpang kakak aje bila balik, hehehe

Farah,
Thanks dear, sini pun selalu kena lap. Lagi selalu buat2 tak nampak, hahaha... Bilik permainan tak lah jadi pertapaan sangat, dia suka bertapa depan tv skang, hehe

Anum,
Thanks dear :)

Nota cikgu Anum,
Rumah sini murah sket kak, pasal bandar tak besar sangat. Kalau beli kat New York, nanges!

Wahidah,
Cik Abe tu dulu cita2 nak jadi rockstar, tapi tak laku, hahaha


Asmara,
Haaa.. sesuai untuk buat aktiviti mekap berjemaah kannn

Norh,
Nak sapu tu yang nanges!

Konot,
Thanks bebeh. Itu la, objek paling kecik, dapat bilik paling besar. Hampeh dot com

Tinta Kibod,
Itu le, jimat ruang dalam bilik air, hehehe

Cicayanki,
Thanks dear. I nyanyi je, hahaha.. Tapi kompem nak hujan lepas tu! :P

Alice,
Thanks dear! Rumah Malaysia jarang pakai dryer kot. Sini panas gak, tapi pemalas nak jemur, hahaha....

Jihan,
Thanks, kembang vontot Cik Abe dengar, dia yang beli :P

Delila,
Thanks dear :)

Jas,
Haha, rumah kosong tak berseni. Hajat hati nak hias, tpai idea takde. Tunggu cat dulu :D

Baby Intan,
Thanks dear! Terusan tu pun memang kami suka :D

Amyz,
Kat Malaysia ada, tapi bukan in the city le kot. Cuba nak beli rumah ada laman luas kat KL, nanges! Wah, encik suami terror repair pc ke? Me likey!

Nanak,
Hehehe.. Nanny 911, harap2 tak sampai la sini, hahahaha... Tak, kitorang suka remain anonymous, hihihi :P

Lurpak,
Aminnn... bila la Birkin nak lilek lilek dalam lemari aku kannn... hahaha... Itu le pasal, bakor baru sekali, tapi semangat tu, ya ampun!

Cahya,
Kena tunggu 2-3 bulan baru siap kot, yang tukang baiki nye sorang je, hehe

Littlenailofar,
Itulah kenyataan nye, iskh iskh iskhh... sedey....

Nuns Najib,
Thanks dear. Alhamdulillah rezeki dia nak keliling rumah. Tu yang tak naik berat badan kot :P

SJB,
Basement sini takde, pasal panas kot. Hurricane pun not really in our way :)

Kak Lyza,
Cakap Arissa Aiyu hari2 fefeeling swimming dalam bath tub, hahaha...

Sabira,
Hehehe.. yeay!

Yana,
Thanks dear :)

Ana Rashidah said... BALAS

huda, sukanya ada backyard yang besar... kat malaysia ni nan hado lah macam tu... kalau nak memang kena beli tanah lot dan buat rumah le jawapnya...

Anonymous said... BALAS

sukaaaaaaaaaa nyer umah kak mai...chantekkkkkkkkk . nnti2 klu dh kayo ..lh wawa design umah pesen ni kat m'sia..english stail ..cewah... part yg paling best tu bilik air n laudry room. (^_^)

wawa putrajaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...