Saturday, January 21, 2012

Kelebihan orang berdahi luas

Adoi la, tak tau kenapa dua tiga hari ni, mood tak best. Takde sebab pun nak marah. Nasib baik kita orang pompuan, boleh salahkan PMS, hahaha... Iye la tu, PMS memanjang kan. Kesian kat orang lelaki yang terkebil-kebil tak paham.

Selalu kalau aku rasa tak best ni, aku akan cakap pada Cik Abe awal-awal. Senang sket kot kot nanti terkasar bahasa, tertarik moncong, dia tau la kenapa. Tadi bila aku mengadu kat dia, dia ajak makan aiskrim. Aiskrim boleh memberi kebahagiaan kata dia. Tengok tu, mana la tak badan kami makin dipam-pam. Ada anasir jahat dalam rumah, hihihi.. Gurau gurau aje laling, jangan marah.

Petang tadi gi taman permainan, Cik Aiyu mengamuk tanak balik. Itu yang kekadang malas nak gi taman, pasal susah nak ajak balik. Kalau boleh nak tido kat situ. Sudah la tadi tah apsal dia gi bantai makan pasir. Haish, lagi la ada alasan nak ajak balik kan. Sampai rumah menyusu sket, dia terus amik bib sangkut kat leher. Pastu panjat high chair. Oooo... bebetul lapar rupanya.

Walaupun Cik Aiyu tak berapa nak cakap, dia skang banyak buat aksi yang kitorang agak paham la. Macam kalau lapar, dia akan panjat atau tarik high chair. Pastu skang duk gigih nak pakai baju sendiri. Bila dapat sarung dua belah kaki, muka bangga tak ingat. Kasut pun dah pass pakai sendiri. Sampah dan baju kotor, dia tau nak campak kat mana.

Orang Melayu kata kalau dahi luas ni bijak. Entah la, aku pun tak sure sangat. Yang aku tau, orang dahi luas ni, senang nak sangkut spek atas kepala.


Hi Uniiiii!!! (nama kawan ai yang berdahi luas)

Hehehe... peace yo!



Kepada mereka yang menyambut Tahun Baru Cina, Gong Xi Fatt Chai! Kepada yang lain, selamat cuti cuti Malaysia! 

5 comments:

Anonymous said... BALAS

keh keh..aiyu come ape..dgn dahi luas gtu..dahi cik mary pun lueh...ikut genetik papaya...cikgu die slalu cuit manje2 ctu..tp org kabola..dahi luah tu..otaknya pun besau..tp tk tau sahih ker tk..kena tunggu cik mary jd Dr cam jeddahnya

sabira said... BALAS

hehehehe..mmg org berdahi luas amat bijak kak..mcm cik aiyu..heheh siap boleh sangkut sunglasses kat dahi...muka maintan masaammmm..ada la yang dia x puas hati tu gamaknya..hihih

mamasuri said... BALAS

cik aiyu mmg cantik...berdahi luas mmg bijak orangnya...

Amy Z! said... BALAS

Ha? Makan pasir?? *pengsan*

Hahaha. Dahi luas mmg bijak~ Skrg pun dah makin bijak tu.

Bijak sampai blh sangkut spek gitu. hahaha.

Comel sungguh!

ComeyBelako said... BALAS

kih3...i like!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...